DIA - special chapter.

Start from the beginning
                                    

Ting!

Roti bakar yang sudah siap, aku letak atas pinggan. Kakiku mula melangkah ke bahagian luar lalu meletakkan pinggan itu atas satu meja kecil. Aku tersenyum manis melihat Nadeem sedang bermandi-manda dengan seronok bersama sepasang kembar seiras itu.

Naqash yang mempunyai iris mata hazel seperti bapanya sedang mandi di dalam kolam kanak-kanak manakala Nadeem membawa Naeem mandi di kolam dewasa. Kolam ini memang tersedia khas untuk bilik termahal di hotel ini.

Naeem yang mula merengek kerana disakat oleh Nadeem diletak semula ke kolam kanak-kanak. Nadeem mula berenang jauh dari kolam kanak-kanak itu. Air kolam yang mengalir pada badan tegap Nadeem menambahkan lagi kekacakannya. Nadeem meraup rambut yang jatuh kebelakang. Sepasang mata hazel itu lalu menikam anak mata aku.

"Come here, penguin." ajak Nadeem tapi aku menolak. Dah la aku lupa nak bawak baju yang sesuai untuk mandi-manda. Terlalu sibuk menyiapkan pakaian si kembar dan suami sampai terlupa baju sendiri. Hehe!

"Jom lah mandi sini, penguin." ajak Nadeem lagi. Masih tidak berputus asa.

"Tak apalah. Awak mandi lah dengan diorang. Saya tukang tengok je." Nadeem menayang senyuman penuh makna. Dia mula berbisik dengan Naeem dan Naqash. Habis berbisik, mereka bertiga serentak memandang wajahku. Oh..oh...

Am I in danger right now?

Naqash dan Naeem berlari ke arahku. Tangan kananku ditarik oleh Naeem manakala Naqash menarik tangan kiriku. Mereka menarikku sehingga sampai tepat di tepi kolam renang. Gosh!

Nadeem melakukan tugasnya pula iaitu menarik kedua belah kakiku sehingga akhirnya aku terjatuh ke dalam kolam itu. Dalam sekelip mata, aku jatuh ke dalam dukungan Nadeem. Aku memukul dada bidangnya. Geram!

"Nadeem!" marahku. Habis bajuku sudah basah lencun. Aku menjeling Nadeem tajam. Dia pula hanya tayang muka selamba. Dah la kaki aku tak sampai nak jejak lantai kolam ini. Almaklumlah, aku kan kekurangan tinggi. Bukan pendek ya! Kurang tinggi sikit je.

"Yey!" Naqash dan Naeem bersorak gembira kerana dapat mengenakan aku. Siap lah korang! Mama tak masak dua hari dua malam baru tahu. Hmph!

Nadeem meletakkan aku di belakang badannya lalu berenang di dalam kolam itu.

"Nadeem! Jangan lah!" Aku pukul belakang badan Nadeem dengan tangan kecilku. Walaupun aku tahu, pukulan aku tak ada kesan pun dekat badan dia.

"Why penguin?" Nadeem dudukkan aku di sisi kolam.

"Nanti saya jatuh lah! Dah la kolam ni dalam!" bebelku. Nadeem hanya merenung anak mata aku tanpa berkelip sementara aku membebel bagai nak rak.

"Nadeem! Dengar tak saya cakap ni?" soal aku geram. Boleh pula dia tenung aku macam tu. Dia ingat aku tengah buat persembahan pidato ke apa?

"Yes, penguin. Saya dengar." ujar Nadeem. Rambutku yang terjuntai ke bawah dia selitkan ke belakang telingaku. Pipiku dia cubit kuat.

"Auch! Sakitlah!" Aku mengaduh. Nadeem sengih.

"You know what, penguin..." Jari Nadeem menyentuh dahiku hingga jatuh ke pipi. Angin kencang yang meniup tubuhku membuatkan aku membeku di situ.

"...you look so cute when you're angry..." Tangan kanan Nadeem mencengkam dagu aku lembut mendorong anak mataku bertembung dengan mata hazel itu.

DIAWhere stories live. Discover now