DIA #26 - final.

Magsimula sa umpisa
                                    

Suami..... suami......

"Nadeem! Bagilah saya asam tu!" Aku melompat-lompat ingin mencapai bekas asam yang aku beli tadi. Lepas aku berbadan dua ni, aku addicted betul dengan asam.

Nadeem mengangkat bekas itu tinggi-tinggi. Sengaja dia berbuat begitu kerana dia tahu isterinya ini pendek. Aku tumbuk dada bidangnya. Geram.

Aku duduk atas sofa selepas rasa putus asa nak ambil bekas asam itu. Tahu dah yang Nadeem tak akan bagi aku makan banyak-banyak. Kata dia, tak elok makan asam. Nanti anak keluar muka macam asam keping.

Aku tonton TV yang menyiarkan drama kegemaran aku. Nadeem yang berdiri di sebelahku aku buat tidak endah. Siapa suruh tak nak bagi asam? Hmph! Merajuk!

"Humaira......" panggil Nadeem meleret. No sorry sorry. My heart hurts you know. Hurts so much.

Nadeem pegang perutku yang mula membuncit. Wajahnya didekatkan dengan perut aku.

"Baby papa, cuba cakap dengan mama. Dia merajuk dengan papa ke? Kata kat mama, papa  buat semua ni sebab papa sayang mama." Nadeem angkat kepala memandang wajahku.

"Penguin merajuk lagi ke?" Nadeem sengetkan kepala.

"Sayang........." Nadeem masih lagi tidak mengalah untuk memujukku.

"Platypus pergi main jauh-jauh. Saya tak nak kawan dengan platypus." Aku toleh tempat lain. Nadeem ketawa kecil. Bekas asam digerakkan depan mata aku.

Ya Allah! Kuatkan lah imanku.

Aku cuba untuk mengambil bekas itu dari tangan Nadeem tapi tidak berjaya.

"Okay, penguin. I'll just give you one." Aku pandang wajah Nadeem. Muka kesian tahap paling kesian ditayangkan.

"Tiga lah..... please please!!"

"No, sayang. One only." Riak wajah Nadeem serius. Penutup bekas dibuka lalu satu keping asam disuapkan ke dalam mulut aku.

"Now, pergi bersiap cepat. Saya nak bawak awak pergi makan sotong goreng tepung." Aku tepuk tangan gembira. Yey! Sotong goreng tepung!

"Okay boss!"





















Nadeem memegang tanganku erat sambil berjalan naik tangga. Kata Nadeem, tempat makan ni istimewa sebab dia atas langit. Sky dining mungkin?

Sampai sahaja di meja makan kami, aku menutup mulut tanda terharu. Dua batang lilin yang sudah dinyalakan api berada di tengah-tengah meja. Sotong goreng tepung kesayanganku terletak elok atas meja.

Nadeem tarik kerusi lalu aku duduk di atas itu. Suasana makan malam kami ditemani langit malam berwarna biru gelap, bintang-bintang yang bersinar cerah dan cahaya bulan purnama. Sungguh cantik!

Seorang waiter datang ke meja kami sambil menatang dulang yang berisi dua gelas air. Dia tunduk kepala sedikit lalu berlalu pergi.

Sedari tadi, bibirku tidak henti mengukir senyuman. Senyuman paling indah yang pernah aku ukir sepanjang hidupku. Bersama dengan lelaki yang sanggup menua bersamaku.

"Are you happy, penguin?" Aku mengangguk.

"Yes, platypus. Thank you so much!" Aku menunjukkan mini love kepada Nadeem. Air mata terharu sudah mula bertakung.

"Don't cry, darling. Let's enjoy the food. Shall we?" Nadeem menyusun sotong goreng tepung atas piringku. Walaupun fine dining kami tak ada rupa macam fine dining sebab ada juga masakan kampung, aku tetap gembira. Maaf lah. Tekak aku tak suka sangat masakan omputeh.

"Kenapa sotong goreng tepung ni nampak special, platypus?" soal aku. Sebab sotong goreng tepung ni nampak lebih terserlah dari hidangan lain.

"Sebab itu makanan favorite awak, penguin."

"Mesti mahal kan awak bayar untuk kita dinner mewah macam ni?" soal aku lagi.

"Don't worry. I'll do anything for you, Afreen Humaira." Lekuk lesung pipit terlihat jelas pada pipi Nadeem.

"Although there's a lot beautiful women in this world, I'll choose you over anyone else, Afreen Humaira. Cause you're the only woman, I'm willing to live with until I die. So, I don't even care about how much money I spent on you." ujar Nadeem. Tanganku dia capai lalu genggam lembut.

"Kalau kita bandingkan berapa banyak duit yang saya habiskan untuk awak dan pengorbanan awak mengandungkan anak saya, awak lebih berharga, Afreen. Terima kasih banyak-banyak sebab awak sanggup kandung anak saya." Pipiku dia usap perlahan.

"Even if I have to die for you, I will, Afreen. Without any hesitation. Cause you're more important than my own life, penguin." Aku tatap wajah jejaka yang aku cinta itu. Tidak ada sesaat dalam hidupku, aku berhenti mencintai jejaka itu.

"I love you and I will never stop loving you until I die, Afreen Humaira. Thank you for existing in my life. Brighten my gloomy day. Make me feel better. I love everything about you, Afreen. For me, you're the most perfect person I've ever seen." Aku kesat cecair jernih yang mengalir. Nadeem mengeluarkan sapu tangannya. Kaki melangkah ke kerusiku. Dia mengesat air mataku.

Tubuhku dipeluk erat. Pelukan hangatnya mampu menenangkan hati aku yang kadangkala gundah.

Hanya dia.

"I love you, Nadeem Qawi." ujar aku. Nadeem usap ubun-ubunku. Satu ciuman dihadiahkan kepada ubun-ubunku.

"I love you too, my sweet little angel."

Rasa bahagia menyelubungi kami. Aku menitipkan kesyukuran kepada Ilahi kerana menjodohkan aku dengan lelaki ini.

"Mudah betul air mata awak menitis, penguin." Aku sengih.

"Makan tau. Biar anak saya keluar macam bola." ujar Nadeem. Aku pukul lengannya membuatkan dia mengaduh.

"Sakitlah sayang......."

"Padan muka! Sampai hati cakap anak saya bola! Hmph!" Aku memeluk tubuh.

"Kalau bukan bola, apa? Panda?" soal Nadeem. Masih lagi mahu menyakat aku.

"NADEEM!!!!"

Alhamdulillah ya Allah atas nikmat ini.

Semoga perkahwinan kami diredai Allah.



- TAMAT -



















don't be sad guys! wait for the special chapter okay? nadeem and afreen love you guys so much! 💟

DIATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon