"Kenapa pilih nama D? Kenapa bukan Davin ke? Dora ke?" Nadeem ketawa kecil.

"I don't know. Tak sedap ke nama D tu?" Nadeem membelai rambut panjangku.

"Entah. Nama Nadeem Qawi lagi sedap!" Nadeem cubit pipiku pula.

"You're so adorable, penguin." Aku menunduk. Malu pula bila dipuji macam tu. Kembang satu badan aku dibuatnya.

"Haa! Kenapa letak Aidan Gallery of Arts?" soal aku lagi. Baru teringat akan soalan itu.

"Sebab saya terbalikkan nama Nadia. Jadilah Aidan." Mulutku berbentuk o tanda faham. Sayang betul Nadeem pada Nadia. Nak jealous boleh tak?

"You look so cute bila awak merajuk. But please! Jangan merajuk lagi. Penat lah saya nak pujuk....." Nadeem tayang muka kesian.

"Yelah, okay. Tapi, jangan berahsia lagi dengan saya. Kalau tak, saya merajuk tiga hari tiga malam. Biar awak tidur dekat sofa sorang-sorang." balasku.

"Patik menurut perintah, tuan puteri." Nadeem mengucup dahiku lagi.

"Jom makan! Saya lapar!"

"Let's go, penguin."

































Aku terjaga dari tidur yang lena setelah terbau haruman yang sungguh menyelerakan dari dapur. Bilik mandi aku tuju untuk gosok gigi dan mencuci muka terlebih dahulu.

Usai itu, aku pantas menuruni tangga. Kakiku melangkah ke dapur. Alangkah terkejutnya aku melihat Nadeem sedang masak sarapan pagi dengan penuh gaya. Kejap melompat, kejap menjerit kecil. Aduh!

"Nadeem! Awak buat apa ni?" soal aku.

"Saya masak sarapan. Pergi duduk kat meja makan. Lepas ni saya datang." Aku menunggu sarapan pagi siap di meja makan. Sementara itu, aku sempat mengelap meja. Takut berhabuk pula.

"Dipersembahkan, nasi goreng cina special untuk isteri saya yang tercinta." Nadeem meletakkan satu pinggan di hadapanku dan satu pinggan di hadapannya. Hatiku melompat teruja. Comel betul encik suami ni!

Nadeem duduk berhadapan denganku selepas menghidang air teh tarik.

"Awak bangun awal semata-mata nak masak breakfast untuk saya ke?" soal aku. Nadeem angguk kepala. Nasi goreng disuapkan ke dalam mulut.

Aku menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut lalu mengunyah. Omg! Sedap giler namati doh! Aku terus makan nasi goreng itu dengan lahap seperti orang kebuluran.

"Makan perlahan-lahan, penguin." Aku sengih. Aku kunyah nasi itu perlahan-lahan.

"Dari mana awak belajar masak ni? Sedap giler woo!" soal aku sambil mulut tidak henti mengunyah.

"Dari mama. Mama ajar saya sebelum saya pergi US." Aku angguk faham. Tidak hairan lah kenapa masakan ni sedap giler sebab menuntut dengan mama rupanya. Masakan mama memang sumpah tiada tandingan. Terpaling sedap dalam dunia ni!

"Awak tak perlu pun nak masak untuk saya, Nadeem."

"Tak apa, penguin. Kerja memasak bukan untuk perempuan je. Lelaki pun kena master jugak tau." balas Nadeem. Untung betul aku dapat dia sebagai suami. Sangat memahami.

"Nadeem, saya rasa saya nak cari kerja lah..." ujarku sambil tayang muka kesian. Insya-Allah Nadeem akan termakan umpan aku. Hehe!

"Kerja? Saya masih mampu tanggung awak, Afreen."

"Saya tahu. Tapi, saya bosan lah duduk rumah. Kalau ada kerja, saya tak adalah bosan sangat." Aku kelip-kelipkan mata meminta simpati.

"Bosan? Nak kerja?" Aku angguk kepala.

"Saya ada kerja yang sesuai untuk awak." Mataku bersinar-sinar setelah mendengar kata-kata Nadeem.

"Kerja apa?"

"Jadi assistant saya. Boleh saya tengok awak 24 jam. Nanti tak adalah rindu." Nadeem berlalu pergi ke dapur.

"Nadeem!!"




































pengumuman penting afreen.

Afreen: Salam readers. Saya dengan dukacita ingin memberitahu saya dah tukar fikiran. Saya dah tak nak jadi doktor. Saya nak jadi suri hati awak je! Ciaaaa! Hehe!

Lain kali jangan ikut member. Tengok sekarang, dah tak jadi doktor. K bye. Nak meraung kejap.

Jangan lupa vote tau readers! Afreen sayang semua! Satu lagi, buat siapa yang minat suami saya, jaga-jaga ya! Nadeem saya punya. kbye.

Siapa nak jadi madu boleh datang interview— eh! tak boleh! nadeem milik saya sorang je! bye. jumpa kat bab seterusnya.

DIAWhere stories live. Discover now