18: Sleepover

290 17 7
                                    

"Kau pun sama!" Aku menuding Hana lalu berlalu masuk ke dalam bilik tidurku.

"Tiber... datang bulan ke?" Sahut Hana dari luar.

Mulut begitukah yang Faiq hendak sangat? Kalau hanya setakat harapkan wajah saja tak cukup untuk dijadikan isteri. Perangai teruk. Dasar anak angkat! Entah- entah perangai dia itu diwaris dari ibu bapa kandung. Dalam keluarga besar aku, mana ada perangai hantu macam Hana.

Aku pasti Faiq akan menyesal suatu hari nanti kalau betul dia kahwin dengan Hana . Mesti teringiang- ngiang dalam otaknya setiap hari tentang amaranku sebelum ini. Dan aku pula bahagia dengan Emma. Tapi buat masa sekarang, aku tidak akan lepaskan Hana. Aku belum puas hati. Selagi hatiku masih membara, selagi itu aku tidak akan melepaskan Hana.

-----

"Masuklah," ajakku lantas mengambil sebuah bagasi di tangannya.

"You sorang je ke kat rumah, sayang?" Tanya Emma sambil melihat sekeliling.

"Taklah. Ada je diorang kat dalam bilik diorang. Jom!"

Setelah tiba di dalam bilik, aku meletakkan bagasinya dekat dengan almariku. Boleh tahan juga berat bagasi Emma. Kata hendak bermalam dua hari tetapi berat bagasi macam hendak pindah rumah.

"Baby," ucap Emma lembut sambil memaut pinggangku rapat.

"Ye." Aku mengukirkan senyuman tatkala panca- inderaku melihat keindahan ciptaan Tuhan.

"Rindu sangat- sangat!" Pipiku dielus lembut kemudian bibirku disentuh.

"Kan i dah ada depan you sekarang ni." Kini giliranku pula mengelus pipinya yang lembut dan bersih.

"I nak kiss," bisiknya lantas membawa bibirnya menyentuh bibirku.

Ciuman inilah yang mampu membawa aku ke satu alam yang berbeza. Aku jadi teruja. Kepalanya aku tarik agar aku dapat menciumnya dalam.

"I love you," ucap Emma di antara nafas yang termengah- mengah.

Tanganku menyentuh punggungnya lalu mengangkatnya sementara tangannya memeluk kemas tubuhku. Aku kemudian merebahkan tubuhnya di atas katil lalu menindih tubuhnya.

"Kiss me all over, sayang," pinta Emma dan aku menurutinya.

Baju blouse yang berbutang aku buka satu persatu. Dadanya yang cantik dan berlurah memancing nafsuku. Aku mulai mencium sekitar dadanya. Colinya yang berwarna hitam memang menyerlahkan lagi kegebuan tubuh badan milik kekasihku.

"Sayang, i'm ready," bisiknya.

"Give me some time to think about it, okay?" Aku merenggangkan tubuh kami dan duduk di birai katil. Aku meraup mukaku. Aku kesal...

"Kenapa you berhenti, sayang?" Tangan Emma melingkar di perutku lalu pipiku dicium lembut.

"Sorry, i cuma rasa ini tak betul." Aku memejam mataku dengan rapat. Emma memelukku dari belakang dan menyandarkan kepalanya di belakangku.

"Sorry, i yang salah," ujar Emma.

"Takpe. I pun salah juga sebab tak dapat kawal keadaan." Aku menarik tangannya lalu mengucupnya lembut.

"You rehatlah dulu, ye? I nak ke dapur jap."

Tok! Tok!

Pasti Hana memanggil aku untuk makan tengah hari. Aku memandang Emma yang sedang terbaring di katilku. Hana belum tahu tentang Emma hendak bermalam di sini.

Aku melangkah ke pintu dan membukanya. Dan betul sangkaanku. Hana seperti biasa akan memanggilku untuk makan tengah hari.

"Dah si-" ayatnya terhenti apabila Hana terpandang Emma yang elok terlentang di katilku. Air mukanya berubah. Dan aku tidak mampu berkata apa- apa.

I Hate That I Love YouWhere stories live. Discover now