"Kau nak main game apa dulu?" soal Nadeem.

"Tak tahu. Aku ikut kau je."

"Apa kata kita naik ferris wheel tu dulu." Aku segera menggeleng. Omg! Aku takut. Nadeem yang mula perasan muka pucat aku tersengih. Mesti dalam hati dia dah gelak tak ingat dunia. Astaghfirullah. Tak elok bersangka buruk.

"Kau takut tinggi eh?" soal Nadeem. Aku menggeleng lagi.

"Okay. Kalau macam tu, kita naik ferris wheel lah. Jom!" Nadeem melangkah ke tempat menunggu giliran untuk menaiki permainan itu.

"Nadeem!" jerit aku tidak terlalu kuat. Dia memandang wajahku.

"Aku takut tinggi." Nadeem tersenyum dan membawa aku duduk di sebuah bangku.

"Lain kali cakap. Tak payah nak berlagak macam berani sangat, Afreen." Nadeem ketawa kecil. Aku tayang muka bengang. Biarlah orang nak takut tinggi pun. Hmph!

"Jom. Aku belanja kau aiskrim. Biar muka kau tak masam macam cuka lagi." Nadeem pergi ke sebuah food truck yang menjual aiskrim. Aku tersenyum melihat dia dari jauh.

"Nah! I bought you a strawberry chocolate ice cream." Aiskrim kon itu bertukar tangan. Aku menikmati aiskrim itu dengan bahagia. Macam tahu-tahu je si Nadeem ni yang aku hantu aiskrim.

"HAHAHAHAH AFREEN HAHAHA!!!" Nadeem ketawa terbahak-bahak sampai sakit perutnya. Aku tayang muka confuse. Buat pertama kali dalam sejarah hidupku, aku nampak dia gelak sebegini rupa. Selalunya, macam sopan je.

"Kau asal Nadeem?"

"Kau makan comot giler sampai kat hidung!" Nadeem memberi aku sehelai tisu lalu aku mengelap hidungku. Aduh! Malunya ya Allah. Kalau boleh aku nak jadi halimunan sekarang ni.

"Qawi! Korang tak main apa-apa lagi ke?" soal Nafees sambil menghampiri kami berdua.

"Belum." balas Nadeem.

"Abang beli aiskrim kat mana?" soal Naira. Nadeem menggunakan telunjuknya menunjuk ke arah food truck aiskrim itu.

"Id! Aku nak aiskrim!" Naira menarik lengan Nafees, membawanya ke food truck itu. Aku ketawa kecil melihat perangai kebudakan Naira. Kesian Nafees. Tabah lah anak muda.

"Jom pergi main games."

Aku dan Nadeem bermain semua jenis permainan yang tidak melibatkan ketinggian di situ. Sehingga penuh tangan aku memegang banyak anak patung kepunyaan Nadeem. Tidak aku sangka yang Nadeem amat pro bermain semua permainan di situ.

"Nadeem! Jom lah balik! Aku penat lah!" laung aku.

"Kejap Afreen! Habis game ni kita balik." ujar Nadeem sambil sibuk memancing itik kecil di dalam kolam mini itu. Aku menepuk dahi.

Sementara menunggu Nadeem dan Nafees yang sedang memancing itik, aku dan Naira duduk di bangku.

"Kak Afreen." Aku menoleh memandang Naira.  Wajahnya terlukis segaris senyuman.

"Terima kasih." ujarnya.

"Untuk apa?" soalku.

"Sebab lepas kehadiran akak dalam hidup abang Nadeem, dia berubah sangat. Dulu dia pendiam, tapi sekarang lebih ceria. Sebelum ni dia tak pernah rapat dengan mana-mana perempuan, tup tup dia hantar kak Afreen balik rumah. Thanks a lot for that." Naira tersenyum lagi.

"Sama sama."

"Afreen, Qas, jom balik!"

















"Thank you for today, Nadeem." ujarku.

"You're welcome." balas Nadeem. Suasana sepi seketika. Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran.

"Dah, pergi masuk."

"Kalau aku cakap aku taknak?" balas aku tak mahu kalah. Kalau dah nama dia Afreen Humaira, memang tak suka kalah. Ada je benda yang dia nak cakap.

"Sila masuk, Afreen. Anak dara tak elok duduk luar rumah maghrib macam ni. Banyak syai-"

"Cukup. Jangan lah cakap pasal syaitan sekarang ni." Ayat Nadeem aku potong. Bulu romaku mula meremang membuatkan aku takut. Nadeem tarik senyum senget.

"Kau nak tahu tak. Selalunya waktu-waktu macam ni ada banyak—"

"Nadeem!" Aku masuk dalam pagar rumah lalu menutupnya. Nadeem ketawa kecil melihat aku yang sudah takut semacam. Ibu! Tengok Nadeem ni!

"Pergi balik sana!" laung aku.

"Eleh! Halau kita pulak!" balas Nadeem. Aku masuk ke dalam rumah. Tubuh aku hempas atas sofa sambil tangan memeluk tubuh.

Aku salah memilih crush ke apa? Huaaaaaa!!






















Nadeem suka menyakat mode on! jangan lupa vote readers sekalian!

DIAWhere stories live. Discover now