"Adik" panggil Aisy.

"Hm?" Fleur lihat abangnya yang duduk berhadapan dengannya.

"Harraz bahasakan diri dia abang kan bila dengan Fleur?" Tanya Aisy baik.

"Haah" Fleur mengangguk perlahan.

"Dia panggil Fleur sayang?" Soal Aisy lagi.

Sekali lagi Fleur mengangguk, "dah kenapa pula kau sibuk hal laki bini diaorang ni?" Tanya Amsyar tiba - tiba.

"Kau jeles ke Aisy?" Fathi turut masuk campur.

"Bukan..buat apa aku nak jeles? Harraz ada hak. Abang cuma nak tau..kenapa Fleur tak panggil Harraz sebagai abang? Ke abang je yang rasa macam tu?"

"Paling busy body, biarlah dia nak panggil Harraz macam mana pun" jawab Amsyar.

"Ye betul..tapi tak rasa macam kurang hormat ke? Diaorang bukannya couple macam dulu lagi..tak kan la nak panggil nama. Sekurangnya saya awak" Aisy lontarkan pandangannya.

"Ini bukan soal siapa lagi tua, ini soal adab dengan suami..Fleur faham kan?" Aisy lihat wajah adiknya, berharap yang adiknya itu tidak terasa.

Fleur hanya tersenyum kecil, "Fleur masih cuba biasakan diri.., Fleur faham" jawab wanita itu dengan sopan.

"Kalau tak dapat biasakan diri guna panggilan abang, adik panggil dia awak, guna saya awak, itu pun dah memadai" Emir turut beri pandangannya.

Fleur mengangguk faham, "terima kasih sebab tegur Fleur" ucapnya.

"Perkara nampak kecil, tapi kadang - kadang, benda tu la yang tambah pahala kita. Panggil suami dengan panggilan baik - baik kan dapat pahala? Inikan pula kalau panggilan tu disukai oleh suami dan buat dia bahagia. Berganda pahala yang adik dapat" Aisy tersenyum manis buat adiknya.

"Terima Kasih" ucap Fleur baik. Fleur tak pernah lepas dari ucapkan perkataan itu selepas terima teguran dari abang - abangnya. Orang sudah tegur secara baik, sudah tentulah hati dapat terima dengan senang.

"Aku nak beli something la untuk basahkan tekak.." Emir bangun dari tempat duduknya.

"Nak ikut" kata Fleur pantas.

"Basahkan tekak? Kan Dayyan ada beli air kosong tadi" Aisy tercari - cari botol air kosong yang dibeli Dayyan.

"Aku nak air manis..nampak macam lambat lagi je flight kita ni delay.., aku nak cari makanan untuk kunyap - kunyap sekali" Emir cari dompetnya di dalam beg galas Amsyar.

"Nak ikut" sekali lagi Fleur bersuara.

"Harraz kan tengah tidur dekat bahu adik..adik duduk je sini, abang belikan apa yang adik nak. Adik nak apa?" Emir cuba bercakap sebaik mungkin.

Wajah Fleur sedikit kecewa, terkadang gadis itu rasa yang abang - abangnya lebih sayangkan Harraz berbanding dirinya.

"Ilham?" Emir panggil lelaki yang duduk memeluk tubuh. Jauh betul lelaki itu duduk sekarang, merajuk dengan Amsyar la tu.

"Vincy Ilham" panggil Emir sekali lagi.

Vincy alihkan kepalanya, "jom ikut abang, kita tak payah layan Amsyar ni" pujuk Emir.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now