"Hazim. Abang Afreen." Hazim dan Nadeem bersalaman. Aku yang sedang mencuri-curi pandang apa yang mereka lakukan langsung mengusap kepala setelah dipukul oleh ibu.

"Jenguk apa tu adik?"

"Tak ada apalah. Adik tengok diorang berbual je." balasku.

"Adik dengan Nadeem tu nampak macam rapat je."

"Rapat sebab kami kawan sekelas je ibu. Kalau tidak, memang tak lah gamaknya."

"Bawak dulang ni letak atas meja." Dulang yang berisi air itu aku tatang hingga ke ruang tamu. Aku tersenyum kepada Nadeem lalu memberinya secawan air teh'o panas.

Aku berjalan semula ke dapur untuk meletakkan dulang. Biarlah kaum lelaki duduk berborak di situ.

"Adik, tu kawan ke boyfriend kau?" soal Hazim. Aku memukul lengannya lalu dia mengaduh sakit.

"Dia kawan adik je eh. Bukan boyfriend." balas aku sambil mencerlung tajam anak mata Hazim.

"Okay. Aku nak pergi tanya dia sendiri lah." Aku menahan badan Hazim daripada berlalu ke ruang tamu.

"Tak payah lah!"

"Haa! Tahu pun takut. Hahaha!" Hazim ketawa sehingga terguling-guling di lantai. Lantak kau lah bang, aku malas nak layan kau.

"Adik! Nadeem nak balik nih!" laungan ayahku membuatkan aku bergerak ke ruang tamu. Aku nampak Nadeem bersalaman semula dengan ayahku dan berjalan keluar dari rumah.

Aku mengiringi Nadeem sehingga ke keretanya. Aku bukan ambil kesempatan dalam kesempitan eh. Ini sebagai tanda hormat kepada tetamu.

"Terima kasih sebab hantar aku balik rumah."

"You're welcome. Lagipun, rumah aku tak jauh sangat dari sini." Nadeem seperti biasa tayang senyuman nipisnya.

"Hati-hati balik rumah." ujarku sebelum Nadeem masuk ke dalam perut keretanya. Dia melambaikan tangan kepadaku lalu kereta itu meluncur laju di atas jalanraya.

Aku tersenyum sendiri di pintu pagar. His smile, his face, really can melt my heart.

"WOI! BERANGAN APA TU!!" Itu dia. Si Hazim yang tak kan tenang bila tengok aku senang.

"KACAU LAH KAU NI!"






















"SERIOUSLY, AF???" Hampir pekak telingaku mendengar jeritan maha kuat Maryam Kashaf. Aku tepuk dahi yang mula berdenyut. Dari manalah diorang dapat cerita yang Nadeem hantar aku balik. Tak pasal pasal aku kena terangkan satu persatu kepada Maryam.

"Ya, Yam. Tapi kau jangan fikir bukan-bukan pulak. Ada driver dia sekali dalam kereta tu." balas aku.

"Oh my god, Afreen! Beruntung gila kau! Belum pernah lagi ada orang yang pernah naik kereta dia walaupun member dia sendiri! Omg!" Maryam menjerit lagi buat kali yang ke dua dalam hari ini.

"Tak ada lah untung pun. Dia yang paksa aku masuk kereta dia adalah." balas aku malas. Kalau diingatkan kembali, rasa nak cekik je Nadeem waktu tu. Nasib baik dia crush aku.

"Omg! Sweetnya! Bersemut phone aku sekarang ni!" Aku gulingkan anak mata tanda menyampah.

"Cukup la tu Maryam. Kau call aku sebab tu je ke?" soal aku.

"Haah la. Aku kena lah dengar cerita betul dari mulut kau sendiri. Benda ni dah viral dekat semua pelajar sekolah kau tahu?" Mataku terbeliak luas. Kalau dua tiga orang tahu tak apa lagi, ini dah beratus-ratus yang tahu. I'm dead.

"Ok Yam. Aku gerak dulu. Cau!"

"Woi—" Panggilan aku tamatkan. Aku segera bangun dari katil untuk membuat senaman tarik dan hembus nafas. Tarik, hembus. Tarik, hembus. Chill Af. Jangan panik.

Ting!

Bunyi notification masuk membuatkan aku serta merta mencapai iPhoneku. Aku menekan sebuah mesej yang dihantar melalui whatsapp.

016-XXX-XXXX

Hello.

Who are you?

Nadeem.
Esok petang kita pergi funfair.
Nanti aku ambil kau kat rumah.

Waalaikumussalam. Dari mana kau dapat nombor phone aku?

Assalamualaikum. Sorry. My bad.

Jawab soalan aku tu.

Esok aku beritahu. Okay, Afreen?

Kenapa aku kena ikut kau?

Sebab nanti kau jealous kalau aku keluar dengan perempuan lain.

Okay, fine.

Pukul 4.30 tau. Jangan lambat.

Aku hanya seen sahaja mesej terakhir daripada Nadeem. Sejak bila pulak mamat beku ni ambil kisah pasal aku jeles atau tidak?

And one more thing, dari mana dia dapat nombor aku? Pelbagai soalan mula bermain di fikiranku buat masa sekarang.

Aku merebahkan tubuh ke atas katil. Tipulah kalau aku kata aku tak teruja. Dapat mesej daripada crush kot. Gosh! Good night readers. Aku nak tidur dengan lena malam ni.

DIAWhere stories live. Discover now