"Padan muka!"
















Aku pantas bersiap setelah jam dinding sudah melonjak pukul dua suku. Aku hanya mengenakan seluar track hitam, baju lengan panjang dan tudung hitam.

Usai bersiap, aku berjalan ke dorm Aliya kerana kami telah bersetuju untuk bergerak ke pondok bersama-sama. Pintu dorm Aliya aku ketuk.

"Assalamualaikum." sapaku. Aku nampak Aliya bangun dari baring dengan muka masamnya lalu melangkah ke arahku.

"Kau kenapa tak siap lagi?" soalku.

"Aku mintak maaf, Afreen. Tiba-tiba senggugut datang pulak. Kau jelah pergi eh?" Aku hela nafas pasrah. Waktu begini lah sakit wanitanya nak singgah.

"Okay lah. Aku gerak dulu." Aku melangkah malas ke pondok tepi surau itu. Dari jauh, aku dapat lihat tubuh Nadeem yang sedang duduk sambil membaca bukunya.

"Assalamualaikum. Maaf lambat." Aku melabuhkan punggung di hadapannya. Dia kelihatan langsung tidak mengambil kisah dengan kehadiranku.

"Nadeem. Aku nak mintak maaf kalau aku nampak macam sibuk pasal hal kau." ujarku serba salah. Aku tahu sikap dinginnya berpunca dari aku.

"Hmm. Aku maafkan."

"Deem! Afreen!" laung Kim sambil berlari ke arah kami. Aku melambaikan tangan kananku kepadanya.

"Nah! Aku belikan kau donat gebu makcik kantin." Kim menghulurkan donat itu kepada Nadeem.

"Thanks." balas Nadeem. Tangan kanan menyuapkan donat itu ke dalam mulutnya. Afreen, take note. Nadeem suka makan donat. Aku pantas menyimpan maklumat itu ke dalam otakku.

"Aliya mana?" soal Kim.

"Dia sakit perut. Sebab tu tak dapat datang." Kim gulingkan anak matanya.

"Bagus jugak dia tak datang. Tak adalah aku kena perang mulut dengan dia." Aku tertawa kecil. Kim, walaupun seorang lelaki, dia tetap tak nak kalah macam perempuan.

"So, kita nak bincang pasal apa ni?" soalku.

"Aku pun tak tahu. Aku saja je nak test korang ajak bincang. Tapi sebenarnya aku gurau je." Kim garu kepalanya yang tidak gatal manakala aku tepuk dahi.

"Kau tahu tak yang kau dah bazirkan masa aku untuk tidur?" soalku geram.

"Sabar, Afreen. Aku tak bersalah dalam hal ini." Kim cuba menenangkan aku.

"Tak bersalah tengkorak kau! Aduh! Membazir masa tidur aku!" Aku mendengus geram. Kenapa aku boleh satu kumpulan dengan mamat ni ya Allah! Apa salah aku sampai aku perlu hadap mamat ni!

"Tak apa. Aku sebagai orang yang bertanggungjawab, tidak akan sia-siakan masa yang dah dibazirkan untuk kau datang sini. Apa kata kita naik basikal." Kim melontarkan idea bernasnya.

"Aku setuju." Nadeem bangun dari duduknya lalu membuang plastik donat tadi ke dalam tong sampah. Dia kemudiannya terus berjalan ke arah basikal-basikal yang disediakan percuma kepada para pelajar.

"Jom. Deem pun setuju tau." Aku hanya mengikuti mereka mengambil basikal di situ.

"Cepatlah Afreen!" ujar Kim bersemangat sambil membonceng basikalnya ke hulu ke hilir. Aku tayang senyum kelat. Ohmaigad!

"Kau okay?" soal Nadeem kepadaku.

"Okay...."

"No. You look scared." Nadeem merenung anak mata aku dalam. Gulp!

"Aku tak reti bawak basikal sebenarnya." Nadeem kelihatan seperti menahan tawanya.

"Tak kelakar do, Nadeem."

"Okay okay. Meh aku ajarkan." Dia memarkir basikalnya lalu mendekati aku.

"Cuba try naik."

"Tapi, aku takut." ujarku. Kali terakhir aku membawa basikal dalam hidupku ialah 10 tahun lepas. Itupun accident masuk dalam longkang. Sejak dari tu, aku terus fobia nak bawak kenderaan beroda dua ini.

"Trust me, Afreen." Aku perlahan-lahan mengangguk. Kata-katanya seperti membunuh segala rasa takut aku.

Nadeem mengajarku untuk menaiki basikal. Kemudiannya, dia mengajar aku untuk mengimbangkan basikal sambil bawa pulak. Selama aku mengenal dia, belum pernah dia jadi baik sebegini. Walaupun aku rasa pelik, tapi apa yang aku dapat lihat. Dia nampak lebih ceria daripada sebelum ni.

Old Nadeem is slowly coming back......

Maybe......




















sekian empat chapter for today. tak tahu kenapa rajin sangat harini. mohon puji author anda yang baik hati. hehe.

selamat berbuka kepada readers yang berpuasa. and jangan lupa banyakkan amalan pada malam nisfu syaaban ini. bye.

DIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang