Tok! Tok!

Aku memberi salam kepada semua pelajar di dalam kelas itu. Nasib baik waktu ini guru matapelajaran masih belum tiba. Sempat lah untuk aku cakap sesuatu kepada Nafees.

"Boleh saya jumpa dengan Nafees?" Seorang pelajar perempuan memanggil Nafees. Nafees bangun dari duduknya lalu berjalan ke arahku.

Daripada pemerhatian aku yang tak berapa betul, wajah Nafees ada iras-iras dengan Nadeem. Hidung mereka sama mancung dan tinggi mereka lebih kurang sama.

"Ada apa ya nak jumpa saya?" soal Nafees.

"Saya Afreen. Kawan sekelas Nadeem. Boleh saya tahu siapa perempuan yang Nadeem lukis dalam sketchbook dia tu?" Riak wajah Nafees berubah kelat.

"Boleh jumpa saya bila habis kelas? Sebab saya rasa sini bukan tempat yang sesuai untuk cakap pasal hal ni." Aku mengangguk dengan kata-kata Nafees. Dia memberitahu waktu dan tempat yang akan kami bertemu selepas sekolah nanti sebelum aku berjalan pulang ke kelas semula.

"Perempuan mana yang kau tengah siasat ni?" soal Maryam kepadaku.

"Nanti aku story dekat kau."

Tepat pukul 4.30 petang, aku tiba di sebuah pondok yang terletak tidak jauh dari kantin. Nafees yang sudah sampai lebih awal melambaikan tangannya kepadaku.

Aku mengambil tempat dihadapannya. Maryam juga turut menemani aku tetapi dia duduk jauh sedikit dari kami berdua.

"Cerita dia macam ni kak Afreen......."

Empat tahun lepas......

"Akak! Cepatlah! Kata nak pergi jalan-jalan kat town!" laung Nadeem dari tangga. Tergopoh-gopoh Nadia menuruni tangga. Wajah Nadeem yang cemberut dipandang.

"Sorry lah. Akak lambat sikit je." Pipi Nadeem dicubit.

"Aduh! Sakitlah akak!" Nadia ketawa lagi melihat pipi Nadeem yang merah akibat dicubit.

"Qawi, Qahira, kata nak pergi town tadi. Nak papa atau driver hantarkan tak?" soal Abdul Malik.

"Tak apa papa. Kami pergi jalan kaki je. Lagipun, town bukan jauh sangat dari rumah ni." tolak Nadia. Bagi dia setakat jalan sikit, tak ada hal lah.

"Jaga diri okay. Nak melintas, tengok kiri kanan tau. Banyak kereta waktu petang macam ni." pesan Malik. Nadeem dan Nadia mengangguk serentak lalu melangkah keluar dari rumah.

Selepas lebih kurang 15 minit berjalan kaki, mereka tiba di sebuah town yang agak meriah pada petang itu. Banyak gerai yang menjual pelbagai barang di sekitar town itu.

"Akak, Nadeem nak pergi beli marshmallow chocolate boleh?" soal Nadeem.

"Boleh. Tapi hati-hati tau. Akak nak cari beg dompet kejap." Nadeem angguk kepala lalu berjalan ke gerai yang menjual manisan. Nadia pula pergi ke kedai yang menjual beg.

Usai membeli, Nadeem pergi ke kedai yang dituju oleh Nadia tetapi malangnya Nadia tiada di situ.

"Tolong! Tolong! Ada orang accident!" Nadeem pantas berlari ke arah pemilik suara itu. Orang ramai mula berkumpul di kawasan itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sekujur tubuh yang dia sangat sayang sedang terbaring lemah di atas jalanraya.

"Akak!" Nadeem menghampiri tubuh Nadia.

"Akak! Tolong jangan tinggalkan Nadeem! Tolong akak!" Air mata Nadia mula mengalir selepas mendengar suara Nadeem. Dia tahu, masanya sudah hampir.

"N-Nadeem..... jaga....diri....baik...baik....ya... akak.... sayang.... Nadeem....." Serentak itu, Nadia menghembuskan nafas terakhirnya di situ.

"AKAK!!!"

"Lepas kejadian tu, abang Nadeem terus jadi seorang yang pendiam. Selalu jauhkan diri daripada orang. Itupun, nasib baik ada geng abang yang selalu bagi semangat dekat dia." Geng yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan ialah Kim, Khaliq, Fattah dan Hud.

Aku mengesat air mata yang mula membasahi pipi gebuku. Sungguh berat ujian yang Nadeem tempuh seorang diri selama ini.

"Terima kasih Nafees sudi beritahu cerita ni dekat saya." ujarku.

"It's okay. No hal lah. Walaupun abang Nadeem tu macam dry je dengan akak, dia baik tau." Aku tersengih melihat wajah Nafees. Sungguh kontra perangai dua beradik itu.

"Okay lah. Saya nak balik aspuri dulu. Nanti lambat pulak. Thanks again, Nafees." Aku berlalu pergi bersama Maryam pulang ke aspuri. Kisah tragis yang aku dengar sebentar tadi cukup menyentuh hati tisuku.

Kau kuat, Nadeem.

DIAWhere stories live. Discover now