📌• Bab 2

3.2K 275 22
                                    

Lama dia termenung memandang pintu biliknya. Entah mengapa kejadian yang berlaku hari ini memberi kesan yang amat dalam padanya. Situasi yang sama namun orangnya berbeza. Sakit yang sama namun pengakhirannya berbeza.

Tunangnya, Adrian gagal di selamatkan. Sedangkan kejadian tersebut berlaku di depan mata Darlina. Dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Melihat tunangnya sendiri terbakar dalam kereta mengundang kesedihan yang tidak berpenghujung. Dua tahun Darlina cuba melupakan semua itu. Tetapi mengapa di saat Darlina kembali ceria meneruskan kehidupan, kejadian yang hampir sama ini diterimanya?

"Darlina?" Ketukan dan panggilan Daria dari luar bilik tidak di sahut. Jauh Darlina termenung memikirkan perkara itu.

"Lina?"

Apabila tiada sebarang respon dari Darlina, Daria terus membuka pintu seluasnya. Dan di situlah dia ternampak wajah sayu sahabatnya memandang kosong ke arah pintu. Darlina tersentak. Pandangan bertemu.

"Kau okey tak?" Tanya Daria, risau. Tempat kosong di samping temannya ditempatkan.

"Aku okey. Kenapa? Aku nampak macam tak okey ke?"

"Apa sebenarnya yang terjadi tadi? Kenapa baju kau berdarah teruk sangat? Ke kau datang bulan?"

Darlina ketawa. Ditepuk perlahan paha Daria.

"Bukanlah. Kan aku dah cakap yang itu bukan darah aku."

"Habis tu, darah siapa?"

"Darah Gorgon!" Jawab Darlina sebelum ketawa terbahak-bahak. Ke depan ke belakang tubuhnya mentertawakan kata-kata yang keluar dari mulutnya sebentar tadi.

"Hesy! Betul-betullah! Darah siapa?"

"Yelah, yelah! Darah tu adalah darah lelaki yang aku selamatkan petang tadi."

Daria terkejut. Mulut ditekup. Membulat matanya memandang Darlina. Aduh, betul ke kawan aku ni dah bunuh orang? Matilah aku! Mesti aku dikira bersubahat nanti!

"Kau bunuh lelaki tu ke?" Bisik Daria perlahan.

"Apa?" Darlina geram. Tak habis-habis dengan tuduhan dia tu.

"Kau ni kan. Kalau aku cakap kau bodoh, kau marah. Dah terang lagi bersuluh kot aku cakap itu darah lelaki yang aku selamatkan petang tadi! Sejak bila aku selitkan perkataan bunuh tu, hah?!" Darlina menjegilkan mata. Jangan salah faham. Kami kalau bercakap memang kasar sikit. Tak ambil hati pun. Macam nilah cara kami berkawan.

"Perangai kau macam siak lah, Darlina. Ceritalah semuanya. Aku nak tahu jugak!"

"Nanti aku cerita. Sekarang ni, aku nak pergi hospital. Aku nak tengok keadaan lelaki tu samada dia okey ke tak." Punggung diangkat. Tas tangan yang berada di sisi tubuh dicapai.

Resah. Takut. Gemuruh.

Pelbagai rasa yang datang menghimpit dadanya. Satu perasaan aneh menerpa dirinya. Darlina tidak pasti apakah dia. Jujur, lelaki yang dia selamatkan petang tadi memberikan sinar harapan untuknya merawat luka di hati.

Darlina beranggapan bahawa lelaki itu di hantar oleh Tuhan untuk menggantikan arwah tunangnya yang telah lama pergi.










MY DARLING DARLINA (SU)Where stories live. Discover now