"Orang tu.. yang.. buat.. se.. semua ni?" Ujar Rin tersekat sekat.

"Tak dapat dimaafkan! Haruko!! Aku sendiri yang akan bunuh orang tu!!" Ucap Raizo dengan marah.

"Takde satupun penduduk desa yang dapat diselamatkan ke?" Tanya Shiro ragu.

Ace menggeleng dengan wajah datar sembari menyembunyikan rasa sedih yang teramat dalam dirinya.

"Orang tu dah melampau." Ujar asyura pula.

Apabila melihat Kazuke sedang memindahkan jasad penduduk, mereka juga terus bergerak untuk membantu.

****

Hari mulai gelap dan masih banyak jasad yang belum dipindahkan, namun sebahagian nya telah dikebumikan.

Walaupun begitu, mereka masih tetap meneruskan pencarian. Ace sedang duduk berehat jauh dari kawasan pencarian. Sedang dia memandang langit yang semakin lama semakin gelap, cahaya bulan purnama pula mula menerangi kawasan di tempat nya duduk.

Namun, kawasan tempat pencarian tidak diterangi cahaya bulan sama sekali dan mereka hanya menggunakan obor api sebagai penerang mereka.

Setelah beberapa waktu berehat, Ace berdiri lagi untuk membantu. Ketibaan nya di kawasan pencarian itu agak mengejutkan kerana diri nya seperti membawa cahaya terang yang menerangi seluruh kawasan itu.

"Kenapa tubuh nya bercahaya."

"Tidak. Bukan tubuhnya."

"Iya benar, itu bulan purnama. Cahaya bulan itu seperti mengikuti dirinya."

Zenmaru juga agak terkedu melihat kejadian itu.

"Puteri Naungan Bulan." Ujar Zenmaru membuat beberapa hunter disekitarnya memandangnya.

"Maksud mu?" Tanya Gamma

"Itu gelaran Hwayuki. Aku sendiri pernah melihat kejadian seperti ini di dunia ku. Hwayuki mendapat gelaran itu apabila orang orang di dunia ku menyedari bahawa cahaya bulan purnama selalu mengikuti dirinya." Ujar Zenmaru.

"Aku juga menyedari cahaya bulan purnama seperti mengikuti Ace sejak kecil." Kata Kagura apabila terdengar kata kata Zenmaru.

"Siapa Ace sebenarnya, kenapa semua tentang dirinya mengingatkan ku kepada Hwayuki. Jangan jangan........ Tapi tidak mungkin." zenmaru memikirkan sesuatu namun terus menyangkal pemikiran nya.

Berkat cahaya bulan purnama itu, kerja pencarian mereka menjadi lebih mudah dan menjelang matahari terbit, semua jasad berhasil ditemukan.

Pada hari itu juga, semua jasad telah berhasil dikebumikan di hujung desa Kaneko. Para anggota Kaneko yang tersisa masih meratapi pemergian ahli keluarga mereka.

****

Keesokan harinya, langit mendung diiringi hujan renyai renyai. Semua hunters berkumpul di balai organisasi sambil berkabung. Mereka mengetepikan kejadian yang menimpa desa Kaneko dan bersikap profesional sebagai Hunters kerajaan.

Walaubagaimana pun, terdapat beberapa hunters yang merupakan anggota klan Kaneko yang masih tidak dapat menerima kenyataan dan terus mengatakan ingin membalas dendam.

Para hunters dari serata kerajaan dihimpun di padang balai organisasi. Mereka mulai membentuk susun atur organisasi baru. Dan sudah tentu Hwangko bersama Zenmaru yang mengutarakan pendapat mengenai susun atur organisasi itu setelah membuat penilaian selama beberapa hari di balai kerajaan itu.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now