S2 CHAPTER 20

763 85 7
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

"Tapi, kamu berdua tetap harus menjalani hukuman kerana menjadikan rumah Pemimpin Klan seperti ini." Kata Kagura lagi.

"Hah?" Serentak Zenmaru dan Ace melihat Kagura.

"Kamu ingat kamu akan terlepas begitu saja setelah memusnahkan rumah ku?" Ujar Kagura.

"Hehe.." zenmaru menggaru kepala nya yang tidak gatal.

"Bahkan jika cucu ku sekalipun harus dihukum jika melakukan kesalahan." Ujar Kagura.

"Apa hukuman nya?" Tanya Ace tertunduk kepala.

"Organisasi hunters akan memutuskan hal ini." Balas Kagura.

Ace dan Zenmaru tercengang mendengar ucapan Kagura.

"Habis lah aku kalau Tuan Wayami tahu pasal ni." Gumam Zenmaru.

"Rasa macam jadi penjenayah pula." Gumam Ace pula.

"Petang ini aku akan menghantar kamu ke balai hunters!" Kata Kagura dengan tegas.

"Hah petang ini? Saya harus melatih para pemilik pedang bulan." Ujar Zenmaru.

"Ace dah janji nak jumpa Kak Rin dan Mirae." Kata Ace pula.

"Lakukan semua itu setelah kamu selesai menjalani hukuman, aku tidak menerima alasan kamu berdua." Balas Kagura.

Ace dan Zenmaru tertunduk pasrah.

"Baik Tok."
"Baik Tuan."

Kagura menghela.

"Sekarang apa yang harus ku lakukan terhadap rumah ini? Sepertinya aku harus menumpang di rumah keluarga Sai ketika pembaikan rumah dilakukan." Ujar Kagura.

"Kami berdua macam mana?" Tanya Zenmaru.

"Kenapa kamu mempertanyakan hal itu kepada ku? Aku fikir kamu berdua sudah siap mencari tempat tinggal sendiri ketika menghancurkan rumah ini." Balas Kagura.

Zenmaru tersengih menggaru kepala nya.

Ace pula duduk dengan wajah kosong memikirkan tempat untuk dia tinggal.

"Renungkan kesalahan kamu berdua, sebentar lagi kita akan ke balai hunters." Ujar Kagura.

Kedua duanya mengangguk pasrah.

***

Sekitar pukul 3 petang, Sai dan yang lain tiba di rumah Kagura untuk latihan pedang bulan bersama Zenmaru. Mereka baru pulang dari academy dan terus menuju ke sana, oleh itu berita tentang pertarungan Ace dan Zenmaru belum mereka ketahui.

Mereka terkejut besar melihat rumah Kagura yang musnah, pokok di sekitar juga tumbang dan dinding nya seperti di tebas pedang.

"Apa yang jadi, ada penyerangan iblis lagi ke?" Tanya Sai dengan wajah cemas.

"Tuan Muda Sai?" Gumam seorang lelaki muda yang merupakan penduduk di kawasan itu. Dia mendekati Sai, penduduk desa Kiyomizu memanggil Sai sebagai Tuan muda kerana dia adalah bakal pemimpin Klan seterusnya.

"Zenmaru dan Ace bertarung tengahari tadi." Katanya.

"Hah? Kenapa? Kenapa dorang bertarung?" Tanya Raizo.

"Zenmaru serang Ace ke?" Ujar Shiro.

"Saya dengar Ace yang mulakan pertarungan." Ujar penduduk desa itu lagi.

"Ace mulakan? Tapi kenapa?" Tanya Sai.

"Entah lah, saya pun tekejut juga bila tahu Ace yang mulakan. Padahal dulu Ace tak macam ni, satu desa ni tahu Ace dulu macam mana , tapi sekarang dia macam orang yang berbeza." Ujar nya pula.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now