Bab 8

8.7K 626 50
                                    

Majlis dimulakan dengan doa pendek dari Tok Kadi dan pesanan ringkas buat pasangan pengantin. Sekali-sekala ada jenaka yang keluar mengundang tawa seisi dewan. Kecuali Nerisa. Beritahu dia, wanita mana aje yang akan terkesan dengan lawak semacam itu bila berada di posisi dia sekarang?

Tidak teralih walau sedikit pun kepalanya dari terus memandang mempelai yang sedang berbahagia diatas pelamin persandingan mereka. Itulah dia, wajah-wajah manusia yang sedang bahagia selepas mempermainkan hati orang lain.

Sepanjang majlis berlangsung, Nerisa hanya mampu berdiam kaku. Setiap detik berlalu, hanya sakit yang bersarang dihati.

Depan mata dia melihat Luqman masuk kedalam dewan dengan senyuman maha lebar. Depan matanya dia melihat kedua pasangan itu tersenyum bahagia dan didepan matanya, Nerisa lihat Luqman melafazkan akad dan menyebut nama orang lain. Benci.

Ya, Nerisa tak boleh terima semua ini. Cakaplah dia tak terima takdir Allah tapi semua ini cukup menyakitkan dan tak boleh diterima. Sudahlah kekasihnya berkahwin dengan orang lain. Ditambah pula cara lelaki itu mengakhiri hubungan mereka. Berbulan, hanya Nerisa yang beria sedangkan dihati Luqman bukan lagi terukir namanya.

Kenapa kena sembunyikan?

Lihatlah betapa bahaganya lelaki itu kini...

Macam mana Luqman boleh sebahagia itu bila hati Nerisa disini bagai dijeruk.

Nerisa memalingkan kepala kearah Dzariff pula. Tiada secalit senyuman diwajahnya seperti yang sepatutnya lagi-lagi dihari bahagia sahabat sendiri. Seketika, lelaki itu mengetap rahangnya.

Nerisa tidak kenal siapa Umayr Dzariff, satu hal yang Nerisa tahu. Sakit yang dirasakan Dzariff lebih teruk darinya. Antara cinta hati dan sahabat. Dia hilang kedua-duanya sekaligus tanpa dia tahu apa silap yang dia dah buat.

Sekalipun ada salah pada dirinya, haruskan balas dengan cara ini?

"Jom," ajak Dzariff sambil menarik tangan Nerisa supaya bangkit. Nerisa hanya akur, sesekali tangan Dzariff yang menggenggam tangannya diusap. Masih tak hilang rasa kasihan.

Mereka berjalan beriringan mendekati Luqman dan Katrina yang sedang berbual dengan 2 pasangan muda. Tiba sahaja dibelakang kedua pasangan itu.

"Luqman, my man" sapa Dzariff dengan senyuman.

Luqman dan Katrina memalingkah tubuh dan sekelip mata, senyuman besar yang sedari tadi menghiasi wajah hilang. Kedua-duanya.

"D... Dzariff" seru Katrina sambil matanya bersilih ganti memandang kearah bekas tunangnya dan Nerisa sebelum mata jatuh kearah tangan Dzariff dan Nerisa yang menggenggam satu sama lain.

"Congratulations bro." ucap Dzariff, matanya memandang Luqman sebelum kearah Katrina dengan pandangan hanya mereka sahaja yang tahu.

"I...I"

"Oh lupa... kenalkan, Nerisa" sambil memperkenalkan. Tangan Nerisa diambil dan digenggam. Sempat belakang tangan wanita itu dicium sekilas sebelum dia memandang kearah Nerisa dengan pandangan yang penuh perasaan.

Nerisa yang terkesima dengan tindakan Dzariff cepat-cepat beriak tenang dan memandang lelaki itu dengan pandangan yang sama.

"I Nerisa, kita pernah jumpa dulu. Ingat?" soal Nerisa kepada Katrina. Sama seperti Katrina berpura-pura tak mengenali dia saat mereka bertembung sewaktu makan tengah hari sebelum ini, Nerisa beriak sama.

Katrina menyambut tangannya namun mata memandang kearah Dzariff. Seolah tidak percaya.

"Sejak bila kauorang kenal?" soal Luqman ingin tahu. Tak mungkin, tak mungkin Dzariff dengan Nerisa bersama. Nerisa itu bekas kekasihnya dan tak sampai 2 minggu pun lagi sejak dia ke rumah Nerisa untuk memutuskan hubungan mereka.

Dear Nerisa √Where stories live. Discover now