Bab 7

5K 566 58
                                    

"UI! Jauh termenung. Fikir apa?" soal Aira. Dia mengambil tempat disebelah Nerisa yang termenung sambil mencabut kelopak bunga ros yang sudah layu ditangannya.

"Tak termenunglah" balas Nerisa.

"Habis tu? Ceritalah"

"Kau ingat kawan baik Luqman yang girlfriend dia sekarang girlfriend Luqman?" soal Nerisa sambil mula menegakkan tubuhnya.

"Ha ingat, semalam kau jumpa dia kan? Apa jadi?"

"Benda yang kau tak akan sangka dan gila. Cuba kau teka"

"Alah, ni aku malas ni. Kenapa? Dia dah tak betul ke?"

"Aku yang macam tak betul dengan apa yang jadi semalam"

"Kenapa?"

"Luqman, dia akan kahwin dengan perempuan tu minggu depan" ujar Nerisa tenang. Cukuplah semalam aje dia banyak terkejut. Hari ini dia harus tenang dan beri peluang pada Aira pula untuk terkejut.

"Apa?! Minggu depan? Kahwin terus?" soalnya bernada kuat. Memang sengaja nak bagi satu kedai tu dengar. Siapa tak terkejut jika berada di tempat dia kan?

"Yeup"

"Dia gila ke weh? Macam mana kau tahu?" soal Aira. Bunga ditangannya dicampak ke tepi, dah tak berminat nak bermain dengan bunga.

"Dia hantar kad jemputan pada Dzariff" balas Nerisa, dia kini menyandarkan tubuh dan bermain dengan kukunya yang baru sahaja dimanicure. Excuse me, dia solat ya... cuma sekarang minggu dia cuti.

"Apa?!" makin kuat suaranya.

"Sah dia gila! Sekejap aku tak boleh nak fikir" kedua belah tangannya ditekapkan di kepala. Cuba mencerna satu per satu yang diberitahu Nerisa.

"Lepastu apa jadi? Dzariff cakap apa? Dia akan pergi ke?" soal Aira bertalu.

"Dzariff tak banyak cakap. Cuma dia nak aku ikut dia ke wedding Luqman sebagai kekasih dia"

"Ap... Gir... Wow!" Aira menekup mulutnya.

Nerisa pernah beritahu ke yang Aira ni adalah seorang yang beria. Ya, kadang cerita tu tak sehebat mana pun tapi reaksi dia lebih kuah dari sudu, beria.

"Lepastu kau setuju?"

"Of couse, kau ingat aku akan lepaskan peluang ni? Ni satu je cara untuk aku balas balik apa yang Luqman dah buat pada aku. Aku nak dia rasa apa yang aku rasa lepas apa yang dia dah buat" senyuman sinis diselitkan dihujung bicaranya.

"Macam mana kalau Luqman akan fikir kau curang belakang dia sebelum kau dengan dia berpisah?" soal Aira.

"Macam yang dia buat? Well, that's better" balas Nerisa bersahaja. Dia dah tak peduli jika dipandang buruk oleh Luqman.

"Kau nak tahu apa lagi gila?"

"Apa?"

"Dzariff nak aku jadi girlfriend dia lagi dekat family gathering dia nanti juga"

Aira terdiam seketika. Ini sudah melibatkan keluarga, sudah serius kes ini nampaknya.

"Okay, ini aku tak boleh brain. Dan kau setuju?" soalan itu dibalas anggukan dan senyuman penuh makna Nerisa.

"Interesting kan?" soal Nerisa dengan senyuman senget.

"Interesting kau kata? Ini gila lah Risa! Tapi... kenapa kau yang kena jadi dan apa sebabnya? Mengarut je. Dahlah kau tak ada kena mengena pun dengan dia"

"Itu aku tak tahu yang aku tahu tawaran dia SANGAT menarik"

"Wow... aku tak tahu apa yang tengah berlaku sekarang yang aku tahu lepas aje semuanya selesai, lepas kau balik dari family gather tu semua kau cerita dekat aku apa yang jadi"

Dear Nerisa √Where stories live. Discover now