"Oh tapi mereka dah terlibat lama Amato. Kalau kau ikut apa yang aku cakap,aku tak kan bertindak sampai macam ni sekali."kata Jason dengan sinis. Amato mengetap giginya kuat,cuba menahan amarah.

Dia buntu. Tok Aba dan Ochobot masih terikat dikerusi, Halilintar,Thorn dan Blaze yang masih cedera berada dibawah muncung pistol Jason dan dia tak nampak mana yang lain.

Perhatian Jason mula beralih pada Gempa yang masih memproses apa tindakan terbaik yang dia patut buat sekarang.

"Macam mana Crystal? Masih nak berdegil?"sindir Jason mengalihkan pistol itu pada Halilintar pula.

Tangan Gempa menggigil,bukan sebab takut. Tapi sebab  main command dia arahkan dia untuk bunuh saja manusia dihadapannya.

Tapi itu akan mengaktifkan Reverse Mode-

Reverse Mode akan serang sesiapa saja-

"Macam nilah. Biar aku tunjukkan satu...sebab kenapa kau kena ikut aku."kata Jason. Nada suara dia berubah kepada....menyeramkan.

Jason membaling sesuatu ketanah. Cakera hologram itu terbuka dan memaparkan sebuah hologram yang membuatkan situasi semakin buruk.

Taufan,Ice dan Solar terikat didalam sebuah van yang kelihatan sedang bergerak. Ice dan Solar masih sedar,tapi dari hologram mereka boleh nampak sisi muka Taufan berdarah.

"Tengok? Ini apa yang aku boleh buat kalau kau tak dengar cakap aku,Crystal? Apa jawapan kau sekarang?"kata Jason sinis.

Gempa mengerling kearah Amato yang menggeleng dan kemudian pada kembar BoBoiBoy.

Keselamatan mereka harus diutamakan tak kira apa.

"Kalau...aku ikut kau,kau janji tak akan ganggu mereka lagi?"kata Gempa perlahan. Jason tersenyum sinis dan menutup hologram itu sebelum berjalan mendekati Gempa.

"Aku tak akan ganggu mereka lagi. Termasuklah Amato dan keluarga dia. Macam yang aku cakap,aku hanya perlukan kau. Heh,dan lihat muka kekalahan Amato dah buat aku senang."kata Jason lagi. Gempa merehatkan posture badan dia dan tangan tanah itu mula hilang perlahan-lahan. Lining pada bajunya juga pudar perlahan-lahan.

"Gempa,jangan buat semua ni."rayu Amato. 

Gempa hanya memandang Amato.

"Tak apa. Dia cuma perlukan saya. Lepas ni,semua kegilaan ni boleh berhenti,Tuan Amato."

Amato tergamam dengan nada yang Gempa gunakan untuk sebut nama dia. 

Gempa masih lagi tersenyum walaupun dia tahu keputusan yang dia buat ni pasti akan memudaratkan diri dia sendiri. Tapi nak buat macam mana?

Dia hanya robot. Diri dia langsung tak ada nilai berbanding dengan manusia yang bernyawa.

"Lagipun,inilah satu-satunya cara untuk saya tebus balik kesilapan saya yang dulu....Saya....akhirnya boleh berkhidmat macam mana tuan programkan saya dulu.." Gempa memandang Halilintar,Thorn dan Blaze yang berada di dalam rumah,riak wajah terdesak pada wajah mereka.

"Saya boleh lindungi mereka akhirnya.."

Senyuman sinis Jason makin lebar apabila Gempa melangkah kearahnya tangan dihulurkan.Nervous point shutdown dia ada dipergelangan tangannya.Ia lebih kurang sama macam butang on off pada mesin,cuma ia ada had masa selama satu jam untuk dia hidup balik.

"Pilihan yang bagus,Crystal.Tengok,tak adalah susah sangat kalau kau dengar saja arahan aku?"Jason tergelak sinis sebelum mengenggam pergelangan tangan Gempa dan menariknya dekat supaya dia boleh berbisik pada Gempa.

My AI BodyGuard TwinWhere stories live. Discover now