"Lagi satu, dia tu selalu bagi hint singkat! Lepastu buat semua orang bekerja macam orang gila sebab nak capai expectation dia! Cuba dia explain tu bagi clear! Otak perempuan ni bukan selaju sepantas macam otak dia!" Masing-masing menepuk dahi dan ada yang mula duduk melarikan diri dari pandangan maut seseorang yang tegap bercekak pinggang dibelakang gadis itu.

"Saya yang belajar German ni pun tak dapat tangkap apa dia nak! Ingatkan perempuan je complicated, tapi lelaki macam dia berganda-ganda complicat..."

"Excuse me Princess?" Safiya kaku dengan sapaan mengejut dari belakangnya.

Bibir bawah digigit. Dengan suara sahaja dia dah tahu siapa gerangannya.

Tanpa berpaling kebelakang dia terus menonong ke hadapan lantas bersembunyi di belakang Soraya. Dia perlu tempat persembunyian yang selamat.

"E..Encik Naufal.. Good Morning.." Soraya kaku tegap seperti tugu menyapa Naufal yang berdiri dua meter darinya. Ah budak Safiya ni pun!

"Morning. Saya rasa dalam website company ada 'complaint box' boleh dibuat. Or you nak buat secara face to face. I don't mind." Mata Soraya membulat dengan kata-kata Naufal! Ah matilah nak! Siapa je berani complain CEO depan-depan. Minta kena buang gamaknya!

"Eh tak.. Ma..maafkan.."

"Bukan you. Tapi orang belakang you Soraya." Naufal pandang Safiya yang takut-takut berlindung dibelakang Soraya. Pagi-pagi dah nak buat drama si budak Safiya ni. Perangai dari dulu sampai sekarang tak nak berubah.

"Er... Safiya.. Safiya tak sengaja! Dia tak pernah macam ni! Hari ni dia pelik sikit, mungkin PMS! Hahaha." Soraya mempertahankan Safiya.

"Be-betul Encik Naufal. Safiya banyak kerja lately ni. Sebabtu dia jadi macam tu. Encik Naufal jangan salahkan dia." Entah mana datang keberanian seorang lagi pekerja bersuara mempertahankan Safiya.

"Ha~" Naufal hela nafas berat sambil dia urut pelipis memandang Safiya memandangnya takut-takut.

"Saya akan kahwin dengan Safiya nanti. Harap kau orang dapat layan dia sama macam hari ni. And kurangkan mengumpat pasal saya." Mata Safiya membulat dengan kenyataan Naufal. Jap! Siapa setuju nak kahwin ni? Lelaki ni tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba buat penyataan sendiri.

Ni tak adil! Keputusan di sebelah pihak!

"Kejap-kejap." Dari takut-takut gadis itu sendiri melangkah kearah Naufal dengan kerutan.

"Masuk office abang." Tanpa riak Naufal berkata sebelum dia melangkah meninggalkan Safiya yang terpinga-pinga tidak puas hati.

"Abang kejap!" Safiya berlari-lari mengejar langkah lelaki itu.

Tinggal Soraya dan pekerja disitu kaku tak berkutik.

"Tadi Encik Naufal sebut kahwin kan?" Soal Soraya. Telinganya tak salah dengar kan?

"Ya."

"Sepatutnya kontrak Safiya habis tiga bulan lagi. Dan dia suruh kita layan Safiya macam biasa sepanjang Safiya kerja kat sini. Maknanya.." Soraya bulat mata memandang orang-orang disitu.

"Dia orang akan kahwin tak lama lagi!!"

_____

BETUL, sebulan selepas itu mereka berkahwin. Dipersetujui kedua-dua belah keluarga walau awalnya Thaqif yang menghalang serupa dia bapa mentua. Akhirnya berkat pujuk memujuk Naufal pada abangnya. Thaqif setuju, dan Dato' Azham juga setuju. Jujur orang tua Safiya awalnya ragu-ragu kerana mereka ada di majlis Naufal batalkan akad nikah dengan Auni satu ketika dahulu. Dato' Azham tak mahu Safiya dapat nasib yang sama.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now