Cerita ni dah nak sampai Epilog. Okay biar saya bagi ringkasan untuk each character yang ada dalam TS. Sebab saya rasa TS ni macam berbelit-belit dah sebab banyak kisah dari setiap character tu. And ada yang saya tak sempat nak ceritakan pun. 🥲
Mana tahu berguna untuk saya akan datang.
‼️[GAMBAR SEKADAR HIASAN]‼️
1. SAFA AQILAH.
Semua orang tahu yang Safa ni bekas penghidap sakit mental dengan kisah silam dia. Yang dia dituduh membunuh lepastu dibuli kawan dia. Sebabkan itu Safa agak berhati-hati atau dia ni tak tahu langsung macam mana nak berkawan. Orang yang kena approach dia dulu barulah dia selesa berborak dengan orang.
Jadi bila dia dapat kawan, orang macam dia ni akan cepat excited. Yelah bertahun dia sendiri tak ada kawan. Bila ada dia akan buat apapun untuk stay dengan orang tu. Dari kawan jadi lover. Lepastu dia diperbodohkan. Dia betul-betul jumpa kawan sebenar lepas dia berkahwin dengan Thaqif. Thaqif banyak tolong dia kenal dengan orang-orang yang boleh bantu dia bersosial dengan baik.
2. THAQIF
Sama macam Safa, Thaqif pun ada kisah silam dia sendiri yang pernah buat dia depression. Bezanya dia pandai kawal depression dia, cuma dia tak boleh kawal trauma dia.Dari sekolah Thaqif serba sempurna, dia pelajar terbaik, pelajar contoh sampailah ke alam pekerjaan. Apa yang dia buat dianggap sempurna. Sebab dari kecil hidup dia bersaing dengan Azrul. Biasalah kalau ada mak ayah yang suka bandingkan anak lebih bagus dari orang lain. Mesti anak tu rasa termotivasi nak jadi yang terbaik macam mak ayah harapkan. Itulah Thaqif.
Tapi apa yang dia kejar dari kecil berubah lepas dia betul-betul jatuh cinta kat Safa. Dia memang kahwin dengan Safa sebabkan harta (sebabtu anak dia mata duitan) tapi perasaan tu tiba-tiba ada sebelum mereka kahwin lagi tapi Thaqif tak sedar.
Dan dia mula sedar yang dia tak nakkan harta tu semua selain Safa. Sebab tu dia cabar diri dia lepas semua kekayaan dan semua yang jadi kebanggaan orang tua dia untuk buktikan yang dia betul-betul cintakan Safa.
Dan sekarang hidup dia sempurna.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...