'Dah kenapa denga dua orang manusia itu?'

"Kita dah mendarat" tegur Tengku Adrean perlahan sebelum tangan isterinya dicium seketika. Rania yang mendengar kata-kata suaminya itu terus memandang keluar tingkap.

Seperti yang dikatakan oleh lelaki itu mereka sudah selamat mendarat. Dia langsung tidak sedar sejak bila tayar pesawat itu sudah mencecah keatas landasan. Tahu-tahu saja pesawat itu sudah berhenti bergerak.

"Let's go" tangan isterinya ditarik supaya bangun sebelum mereka melangkah kearah pintu pesawat yang sudah terbuka perlahan-lahan secara automatik.

Megat Hafiz dan Salsabella Irine turut bangun mengikut langkah pasangan itu manakala Tengku Daniel hanya diam memeluk tubuhnya.

"Abang taknak turun ke?" soal Diana apabila melihat lelaki itu hanya diam dengan wajah masam. Merajuk.

"Tadi suruh duduk, dah duduklah ni" wajah isterinya dijeling tajam.

"Abang merajuk ke?"

"Mana ada"

"Bangun atau aku campak kau keluar ikut pintu kecemasan" dingin suara itu mengugut membuatkan Tengku Daniel terus bangun. Dengan orang lain tak apa tapi kalau dengan Tengku Adrean memang tak mustahil lelaki itu akan mencampakkan dia betul-betul.

"Scoot over, biar kami turun dulu" Tengku Daniel menarik bahu Megat Hafiz yang sedang berdiri dibelakang Tengku Adrean menunggu gilirannya untuk turun.

"Abang!" marah Diana apabila melihat perangai tidak budak-budak suaminya.

"Stand off! Kau dah kenapa? Dah lambat itu duduk belakang tak payah nak potong orang bangsat!" marah Megat Hafiz, pinggang isterinya dipeluk erat supaya kedudukan mereka tidak berganjak.

"Abang! Biar sajalah mereka turun dulu. Bukannya pintu pesawat ini akan hilang tiba-tiba pun kalau mereka turun dulu" geram Diana rasakan dengan perangai tidak semengah suaminya itu.

"Mana boleh dear! Selalunya abang yang turun dulu baru dia" Tengku Daniel masih tidak mahu mengalah.

"Abang, bagilah Niel turun dulu, dapat pahala kalau kita bagi prang kurang upaya jalan dulu" selamba Salsabella berkata sebelum dia menarik tangan suaminya supaya berganjak sedikit untuk memberi laluan kepada Tengku Daniel.

"You cakap I orang kurang upaya?" matanya merenung tajam kearah Salsabella sebelum dia memandang kearah isterinya pula dengan bibir yang disebikkan. Mengadu.

"Hah apa? Apa?! Dah benda betul" bidas Diana apabila melihat wajah suaminya yang tersebik kecil itu.

Arisa Rania yang berdiri didepan pintu pesawat itu sudah melopong apabila melihat ramai lelaki lengkap berpakaian forma berwarna hitam dengan tali leher berwarna emas sedang menunggu mereka dibawah sana. Apa yang dia perasan, terdapat lencana kecil berwarna emas pada kot hitam masing-masing. Lambang Holy Dragon.

'Emas betul ke?' soal Rania didalam hati.

"Lencana itu diperbuat daripada emas Scotland, and yes, itu emas betul" kata Tengku Adrean tiba-tiba mengejutkan wanita itu. Lelaki itu seperti tahu apa sahaja yang bermain dikepalanya.

Arisa Rania mengundur sedikit untuk memberi ruang kepada suaminya supaya keluar dari pesawat peribadi itu terlebih dahulu namun lelaki itu hanya diam memandang kosong kearahnya.

"Abang keluarlah dulu" dia malu sebenarnya apabila melihat ramai lelaki berseragam hitam sedang menunggu dibawah sana.

"After you, esposa" lembut Tengku Adrean berkata sebelum dia menolak perlahan tubuh isterinya untuk turun dari tangga pesawat itu terlebih dahulu. Dengan penuh berhati-hati Arisa Rania melangkah menuruni tangga pesawat peribadi itu sambil tangannya dipegang erat oleh Tengku Adrean dibelakang.

Mi Esposa (TERBIT)Место, где живут истории. Откройте их для себя