'Una de las sedes de Holy Dragon en España ha sido destruida' (One of the headquarters under Holy Dragon in Spain has been destroyed)

"This is bad, minta mereka padamkan berita ini sebelum tersebar ke seluruh negara" tegas Tengku Daniel apabila melihat masalah itu sudah masuk kedalam beberapa siaran televisyen di Sepanyol.

"Black Fire" sebaris nama yang baru sahaja keluar dari mulut Haider telah menarik perhatian tiga jejaka itu.

"Damn it, aku baru kahwin tak sampai seminggu tahu tak? Tunggulah sebulan lagi ke baru serang markas itu. Aku tak sempat nak bermanja puas-puas lagi dengan bini aku!" Marah Tengku Daniel sebelum dia perasan akan jelingan dari Megat Hafiz kepadanya.

"Apahal kau?! Nak bergaduh lagi?" soal Tengku Daniel kasar membuatkan lelaki itu menayangkan wajah menyampahnya. Mata dijulingkan keatas.

"We will fly to Spain tomorrow morning" tegas Tengku Adrean sebelum dia mengembalikan iPad itu kepada Haider semula.

"How about the madams?" Soal Kevin, takkanlah nak tinggal ketiga wanita itu?

"Bring them" mudah saja jawapan Tengku Adrean tanpa memandang kearah Kevin sebaliknya mata kelabu itu memandang tepat kehadapan. Lambang tiga naga mengelilingi mahkota pada dinding biliknya dipandang tajam.

"What?! Kau gila ke? Anak aku kecil lagi tahu tak" takkanlah nak bawa Puteri Hafiy yang baru berumur tujuh bulan itu bersama mereka? Bahaya tahu tak? Gila ke si Adrean ni?

"Anak kau nanti minta tolong keluarga mertua kau jagakan. Easy right? Nanti hantar budak-budak untuk jaga mereka semua" cadangan yang diberikan oleh Tengku Adrean membuatkan mereka semua terdiam lama.

"Aku tak tahu kenapa tapi aku setuju dengan rancangan gila Rean kali ini, because their target right now is our woman, not the baby" sokong Tengku Daniel membuatkan yang lain mengangguk setuju.

Perlahan-lahan Megat Hafiz turut mengangguk bersetuju dengan cadangan itu. Benar kata Tengku Daniel, sasaran utama musuh adalah isteri mereka. Bibir merah jambunya digigit kuat menahan geram apabila wajah seseorang menjelma didalam fikirannya.

"Fuck you Nazrin Iman!" Marah Megat Hafiz sebelum menumbuk meja pejabat Tengku Adrean. Dia yakin lelaki itu terlibat dengan masalah yang menimpa mereka sekarang.

"Se metieron con la persona equivocada" (They messed with the wrong person) bisik Kevin perlahan namun masih boleh didengari oleh Haider. Lelaki itu hanya mengangguk sedikit. Tengku Adrean, Tengku Daniel dan Megat Hafiz sememangnya mempunyai hati yang besar.

"El dragón siempre será el dragon" (Dragon will always be the dragon) perlahan saja kata-kata itu meniti dibibir Tengku Adrean.

Setiap apa yang diberikan kepada mereka akan dibalas berlipat kali ganda. Oleh disebabkan itu, semua klien-klien yang membeli senjata dari mereka akan berusaha untuk kekal disisi baik Holy Dragon dan tidak termasuk kedalam kelompok musuh.

Tengku Daniel melangkah keluar dari bilik air dengan memakai seluar pendek tanpa baju. Tuala kecil ditangannya digunakan untuk mengeringkan rambut sambil kaki panjang itu berjalan kearah katil sebelum melabuhkan duduk dibirai katil.

Tangannya yang lincah mengeringkan rambut menggunakan tuala disentuh oleh satu tangan lain. Erla Diana.

Diana mengambil tuala kecil itu sebelum dia membantu suaminya mengeringkan rambut dari arah belakang. Tengku Daniel hanya tersenyum menikmati tangan kecil isterinya yang bermain dia kepala.

Selesai mengeringkan rambut, dia bangun untuk menyangkut tuala suaminya semula. Tengku Daniel yang berpaling untuk melihat Diana terkaku bagaikan terkena sumpahan. Liur yang ditelan terasa payah.

Diana hanya mengenakan baju tidur satin berwarna hitam yang panjangnya tidak mencecah lutut. Baju tidur satin yang berwarna hitam itu membuatkan kulit putih isterinya lebih menyerlah.

Erla Diana yang perasan renungan dari suaminya hanya membuat muka tidak tahu. Dia sudah nekad, rasa malu dan trauma perlu dibuang demi kebahagiaan rumah tangga mereka.

Walaupun Tengku Daniel tidak pernah meminta haknya yang satu itu, Diana tahu pasti lelaki itu menginginkan dia, namun kerana memahami trauma yang dialami olehnya Tengku Daniel lebih memilih untuk mengabaikan keinginannya yang satu itu.

Dengan wajah selamba, dia melangkah kearah Tengku Daniel dan terus duduk diatas riba lelaki itu sebelum tangannya melingkar di leher Tengku Daniel membuatkan tubuh lelaki itu mengeras secara tiba-tiba kerana terkejut,

Perlahan-lahan kepala disandarkan di dada bidang suaminya. Jantung Tengku Daniel yang berdetak laju itu membuatkan Erla Diana tersenyum.

"Abang, can you help me?" Soal Diana dengan suara yang sengaja dilembutkan membuatkan lelaki itu mengerdipkan matanya beberapa kali bagi menghilangkan rasa gugup. Tangannya seperti kaku tidak dapat bergerak.

"H..help wha..what?"

"Help me to get rid of my trauma" kata Diana lagi sebelum wajahnya diangkat untuk memandang tepat kedalam anak mata coklat milik Tengku Daniel yang turut merenung kearahnya.

Tengku Daniel yang mendengarkan itu agak terkejut. Apatah lagi melihat air mata yang bertakung di tubir mata isterinya.

"Hey, don't cry. Kenapa tiba-tiba ini? Hm? Ada orang buli isteri abang ke dekat office tadi?" Soal Tengku Daniel lembut sebelum menyeka air mata yang hampir meleleh ke pipi isterinya. Ada orang yang membuli isterinya ke di The Louis Holding tadi? Isterinya itu pergi ke syarikat miliknya untuk mengambil semua barangan miliknya memandangkan dia sudah tidak bekerja disitu.

"Tak ada, siapa berani buli saya? Memang makan penamparlah orang itu" dia turut merasakan suasana janggal ketika melangkah masuk kedalam bangunan itu buat pertama kalinga setelah sekian lama mengambil cuti. Semua mata memandang pelik kearahnya, ada yang mengucapkan tahniah dan tidak kurang juga yang mengutuk kerana dia berkahwin dengan CEO syarikat itu. Namun itu tidak bermakna dia akan berdiam diri jika mereka membuli dirinya.

"I know, my wife is such a strong woman" lembut Tengku Daniel berkata sambil mengusap lembut belakang isterinya untuk memujuk.

"I've promised you that i'll be a good wife, yet i still hurt you. Saya tak jalankan tanggungjawab saya dengan sempurna, i'm sorry abang" kata Erla Diana menahan sebak.

"No dear, sayanglah isteri terbaik yang abang ada. Abang faham sayang masih trauma, and it's not your fault, so stop saying sorry" pujuk Tengku Daniel lagi.

'Kenapa abang baik sangat, abang buat Diana rasa tak layak untuk abang, abang buat Diana rasa semakin bergantung pada abang' bisik Erla Diana didalam hati. Dia tidak pernah rasa dihargai oleh mana-mana lelaki sebelum ini.

"I love you because you are who you are, not because of your body, your virginity or your beautiful face" sambung Tengku Daniel lagi apabila melihat isterinya yang diam membisu.

Tanpa berkata apa-apa, Erla Diana memegang kedua belah pipi Tengku Daniel sebelum dengan lembut dia mencium bibir merah suaminya membuatkan lelaki itu tersentak sedikit kerana terkejut. Perlahan-lahan tangannya memelup erat pinggang ramping isterinya.

Tengku Daniel menarik tubuh kecil itu keatas katil sebelum memusingkan badannya untuk menindih Erla Diana. Setelah beberapa saat dia melepaskan ciuman itu. Matanya merenung tepat kedalam anak mata Erla Diana.

"Are you sure about this? Abang taknak paksa kalau dear belum bersedia lagi" dia tahu bukan mudah untuk menghilangkan trauma seseorang namun Diana hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum manis.

"I'm yours" kata kata Erla Diana mengundang senyum gembira dari lelaki itu.

Then, Ill lead us for tonight" kata Tengku Daniel sambil tersenyum nakal.

"I love you dear wife" bisik Tengku Daniel lagi sebelum mencium lama dahi isterinya

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now