Menantunya itu ibarat cahaya yang menerangi kehidupan mereka sekeluarga, tanpanya kehidupan mereka menjadi suram dan kelam.

Erla Diana hanya tersenyum malu, awalnya takut juga andai dia tidak diterima oleh keluarga Tengku Daniel kerana status anak tidak sah taraf yang dipegang olehnya itu.

Hidupnya hanya sebatang kara jauh berbeza dengan kehidupan lelaki itu, namun sangkaannya meleset apabila ibu bapa Tengku Daniel terlebih teruja semasa Tengku Daniel memberitahu bahawa dia ingin menamatkan zaman bujang bersama wanita biasa seperti nya.

Apabila dia jujur tentang status yang dipegang olehnya kerana tidak mahu timbul apa-apa masalah dimasa akan datang, jawapan ibu kepada Tengku Daniel hanya satu.

"Anak sah taraf atau tidak bukan pengukur martabat seseorang, semua manusia sama dimata Allah, tiada yang lebih tiada yang kurang"

Seminggu Kemudian

"Pstt, kamu jangan buat malu muka daddy ya, kalau salah sebut kiranya majlis ini batal, jadi buat betul-betul" Bisik Tengku Dahlan Louis kepada Tengku Daniel sengaja mengusik anak tunggalnya itu.

Muka Tengku Daniel sudah pucat. Kini dia memandang kearah Tengku Adrean ingin meminta kepastian.

"Betul ke?" Soal Tengku Daniel perlahan.

Tengku Adrean hanya mengangguk dengan wajah serius, padahal dalam hati sudah berbakul-bakul dia ketawakan Tengku Daniel.

"Kalau lebih dari sekali lafaz nanti perkahwinan itu tak berkekalan" bisik Tengku Adrean Ruiz pula. Makin pucat wajah Tengku Daniel.

'Hiks mummy' dia berpaling melihat Tengku Sofea Ruiz yang merupakan ibunya dan adik kepada Tengku Asyraf Ruiz.

Tengku Sofea bangun sebelum telinga Tengku Adrean Ruiz dan Tengku Dahlan ditarik kuat.

"Korang jangan nak rosakkan majlis ini ye" Tengku Sofea mula bangun dengan wajah garang mendekati mereka.

"Aduh aduh! Sayang sakit sayang malu lah orang tengok" kata Tengku Dahlan sambil menepuk-nepuk tangan Tengku Sofea yang menarik telingnya.

"Mak ngah sakit mak ngah, habislah air muka Rean yang handsome ni mak ngah" memerah wajah Tengku Adrean menahan sakit, terasa seperti mahu terputus saja telinganya.

Tengku Daniel hanya tersenyum sinis kearah dua lelaki itu manakala tetamu yang lain hanya ketawa melihat adengan itu.

Arisa Rania yang melihat Erla Diana seronok ketawakan mereka mula menarik senyuman nakal.

"Kau ketawa lah puas-puas, malam karang dah tak boleh ketawa" usik Rania dengan senyuman nakal. Keningnya dinaikkan beberapa kali kearah sahabatnya itu membuatkan gadis itu terus diam membisu.

"Ee kuning betul lah otak kau sekarang ini. Apa yang si Adrean itu dah ajar kau hah?!" Marah Diana sebelum dia menepuk kuat paha wanita itu yang bersimpuh disebelahnya.

"Eh apahal kau buat isteri aku?!" Marah Tengku Adrean dari jauh dengan wajah garang.

"Apahal kau marah bakal isteri aku?!" Tengku Daniel tidak kurang lantangnya sebelum dia mencekak kuat kolar baju melayu Tengku Adrean.

Kevin dan Haider yang melihat situasi itu sudah mengerutkan dahi mereka. Sejak bila Tengku Adrean jadi macam Tengku Daniel? Perlahan-lahan mereka berpusing kearah Megat Hafiz yang sudah menekup wajahnya.

"Bos tak nak join diorang ke?" Sinis Kevin menyoal.

"Aku tak kenal diorang" laju saja Megat Hafiz menjawab sebelum dia terus memandnag kearah lain.

"Tengku Adrean Ruiz!"

"Tengku Daniel Louis!"

Jerit Datin Roselle dan Tengku Sofea memanggil anak masing-masing. Kenapa mereka semua perangai tidak semengah hari ini?

"Eh aku tak cakap apa-apa pun. Kau yang fikir jauh ke situ kenapa? Haa mesti kau tak sabarkan?" Usik Rania lagi. Belum sempat Diana membidas semula, tok kadi mula bersuara.

"Dah boleh mula?" Sampuk tok kadi itu sebelum majlis akad nikah itu bertukar menjadi majlis perpisahan ibu dan anak lebih baik mereka mulakan.

"Boleh boleh, saya pun dah tak sabar ni" kata Tengku Dahlan bersemangat. Duduknya dibetulkan dengan senyuman lebar.

'Eh orang tua ni, macam dia pula yang nak kahwin' kutuk Tengku Daniel dalam hati. Wajah bapanya dipandang hairan.

Tetamu di situ hanya ketawa apabila melihat reaksi bapa pengantin lelaki yang lebih teruja itu.

"Tengku Daniel Louis bin Tengku Dahlan Louis"

"Saya"

"Aku nikahkan dikau dengan Erla Diana binti Abdullah dengan mas kahwinnya RM9999 ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Erla Diana binti Abdullah dengan mas kahwinnya RM9999 ringgit tunai".

"Sah"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah"

Doa dibacakan oleh tok kadi tanpa sebarang gangguan.

"Tahniah pengantin baru!" Ucap Arisa Rania dengan air mata yang mengalir bahagia. Ini siapa yang kahwin ni?

Erla Diana menunduk untuk menyalam tangan Tengku Sofea disebelahnya, sebelum wanita separuh abad itu mencium dahi menantu baru nya.

"Welcome to our family sayang" ucap Tengku Sofea.

"Thank you mummy sebab sudi terima Diana" kata Erla Diana sebak sebelum memeluk erat tubuh ibu mertuanya itu.

"Ehem" Tengku Daniel berdehem apabila agak lama menunggu drama tv3 antara mertua dan menantu itu.

"Ehem!" Semakin kuat dia berdehem apabila tiada tanda-tanda ibu dan isterinya akan berhenti berpelukkan. Tanpa menunggu lama Tengku Dahlan dan Tengku Daniel menarik tubuh isteri masing-masing.

"Orang nak sarung cincin yang awak peluk menantu kita taknak lepas dah kenapa?" Bebel Tengku Dahlan sendiri.

Upacara menyarung cincin berjalan lancar.

"Salam suami kamu Diana" arah Tengku Sofea Ruiz seronok sambil telefon ditangannya diangkat untuk merakam memori indah itu.

Tanpa menunggu lama Erla Diana tunduk mencium tangan suaminya. Tengku Daniel mengangngkat wajah Erla Diana sebelum mengelap dahi licin isterinya.

Diana mengerutkan kening dengan kelakuan Tengku Daniel. Wajah suaminya dipandang hairan manakala lelaki itu memandang tajam kearah mummynya.

"Apa mummy ni? Niel tak sempat rasmi lagi mummy dah rasmi dulu, siap tinggal bekas lagi" kesan lipstick merah yang melekat didahi Diana diusap sehingga hilang.

Tengku Sofea hanya menjuihkan bibir mendengar bebelan anaknya. Dengan mak sendiri pun nak berkira.

Wajah Diana sudah memerah mendengar perkataan rasmi itu. Suaminya ini tak boleh guna ayat lain agaknya.

Tengku Daniel kembali tersenyum manis kearah isteri yang baru dinikahinya, dengan lembut ciuman dilabuhkan di dahi Erla Diana.

"Ini dah kenapa? Orang lain yang kahwin orang lain yang menangis bagai nak rak?" Soal Tengku Adrean sebelum menyeka air mata Arisa Rania menggunakan ibu jarinya.

"Ish, abang ni tak sensitif langsung lah" marah Arisa Rania sebelum memeluk suaminya. Sempat digigit kuat bahu lelaki itu sebelum dia menyandarkan kepalanya pada bahu Tengku Adrean.

Tengku Adrean hanya mengerutkan kening, inilah perempuan semua benda nak ditangiskan.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now