“She is my wife and her name is Siti Aisyah Humaira. Get it?” soalnya. Fasha tersenyum sinis.

            “Wah wah wah. Nampaknya Tengku Adam Iskandar I ni dah jatuh cinta pada wifey dia? Oh, mana janji yang you tabur selama ni pada I hah?” soal Fasha geram. Adam menunduk. Silap. Memang silapnya kerana telah menabur janji. Wajah diraup kasar.

            “Dah setahun dah Is. You nak berapa lama lagi? You dah janji dengan I yang you nak ceraikan dia kan?!” soal Fasha dengan suara yang kuat. Ingin lelaki itu dengar dan ingat semula janjinya. Dia sebenarnya tertekan dengan kehendak mummy dan daddynya yang mendesaknya untuk berkahwin dengan lelaki tua mana entah yang kononnya sangat kaya di negeri Johor ni. Adam mengeluh.

            “Look Fasha. Memang I dah janji, tapi tak salah kan kalau I nak mungkiri untuk kebahagiaan I sendiri. Dosa kalau sengaja nak meruntuhkan masjid…”

            “Oh, jadi tak dosalah kalau you mungkir janji yang you dah bagi pada I hah? I dah sanggup tunggu you selama setahun ni, and this what I worth for waiting you?” soalnya sedikit sebak. Adam mengeluh.

            “Okay,  calm down Fasha. I tak ada niat pun nak bagi harapan palsu pada you. Cuma I rasa macam tak adil untuk Aisyah terima semua ni sedangkan dia tak salah. Memang, memang I yang salah sebab dah tabur janji but I am really sorry cause I am really not willing to fulfill it. I… dah mula sayangkan dia dan I dah rasa some kinda feeling happy married with her.” Adam berkata jujur. Ya, dia yakin. Air mata Fasha jatuh. Hatinya sakit mendengar pengakuan itu. Bibirnya diketap. Hatinya penuh dengan perasaan amarah pada gadis itu.

            “You dengar sini ya Is. I, tak akan biarkan kisah you macam cerita dongeng they lived happily everafter. I akan pastikan you both sengsara terutamanya perempuan tu. I am willing to do anything for getting you. You ingat tu Is!” Fasha mendengus kasar lantas tas tangannya dicapai. Dia mengesat pipinya yang basah lalu melangkah laju ke arah pintu.

            “Fasha, jangan you berani sentuh Aisyah!” jerit Adam. Dia sekadar tersenyum sinis lantas melangkah keluar dari bilik itu. Adam berlalu ke tingkap biliknya itu. Dadanya berdebar laju saat mendengar ugutan Fasha itu. Takut jika Aisyah benar-benar akan diapa-apakan. Iphonenya dicapai lantas mencari nama isterinya itu. Panggilan disambungkan.

            “Mayra, jangan balik dulu. Biar aku ambil kau. Tunggu aku.” Langkah diatur keluar dari pejabatnya itu dengan perasaan risau yang teramat sangat.

***************

Aisyah tersentak apabila panggilan dimatikan. Ish, angin dia ni. Sekejap okay, sekejap tak okay. Pedulikan jelah. Bagus jugak hari ni, aku tak perlu nak jalan kaki balik ke rumah. Pintu belakang dikunci. Meja dikemaskan sedikit. Tas tangan dicapai. Langkah diatur keluar dari rumah itu lalu pintu rumah itu dikunci. Esakan tangis budak kecil yang kedengaran membuatkannya tersentak. Eh, siapa lagi yang belum balik ni? Dia memerhati sekeliling sebelum matanya tertancap pada seorang kanak-kanak kecil yang bertudung dan memeluk lututnya di tepi dinding itu. Dia tersenyum lantas merapati anak kecil itu.

            “Ni Ana ya? Kenapa sayang, kenapa menangis ni?” soal Aisyah, cuba menarik Firzana ke dalam pelukan. Firzana memeluk gurunya itu.

            “Hari ni hari jadi Ana. Tapi tak ada seorang pun ingat. Mama pun tak sudi nak ambil Ana hari ni, dia suruh paksu ambil. Kalau paksu ambil dahlah lambat. Lepas tu,dia lagilah tak ingat hari jadi Ana,” ujarnya teresak-esak. Aisyah tersenyum. Allahu, perasaan budak-budak ni memang tulus suci betul. Dia mengusap lembut belakang kanak-kanak perempuan itu.

Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]Where stories live. Discover now