"Naufal..."

"Maaf Auni,," Naufal pandang Auni yang melangkah mendekatinya.

"Kenapa?"

"Awak tahu kenapa. Saya cuma lelaki tak guna.."

Auni terdiam. Dia sudah dapat rasakan semua ini. Dia tahu hati Naufal sekarang bukan milik dia lagi. Tapi sebabkan rasa bersalah Naufal teruskan hingga tahap ini..

Lebih baik begini dari dia berkahwin dengan lelaki yang separuh rela mencintai dia.

Hari demi hari berlalu meninggalkan Naufal yang diam dengan dunianya sendiri. Melihat dua orang perempuan yang dia pernah sayangi dibahagiakan lelaki lain. Auni berkahwin setahun setelah pernikahan mereka dibatalkan. Tak, dia tak cemburu. Tapi dia lega. Seperti satu beban yang ada dibahunya terlepas pergi. hubungan di dan Auni sekarang sebatas sahabat. Auni dapat menerimanya dengan baik walau pernah dikecewakan Naufal. Tapi fikiran perempuan itu jauh lebih matang.

Tapi lain pula yang dia rasa di pihak Safiya. Safiya mungkin dalam proses menyerah hati kepada Haris yang setia berada di sisi perempuan itu. Dia tahu ada sesuatu yang tersekat dihati buat dia rasa sakit setiap kali melihat kemesraan dua orang itu dari sosial media.

Tiada jalan lain selain mengikhlaskan. Safiya berhak bahagia dengan lelaki lain.

Dan sebab itu dia tak aktif lagi di Instagram.  Dia tak mahu menyerabutkan hati melihat kebahagiaan gadis itu.

Biarlah Safiya dengan hidupnya.

Dan dia.. sendiri menjalani hidup tanpa rasa.

Hingga digelar 'Lifeless Naufal'.

Dalam beban memegang tanggungjawab yang dulu dipegang baik oleh Thaqif. Dan sekarang segalanya diserah dibahu Naufal. Segalanya tak mudah.

Dia pernah menangis sendirian kerana kepenatan. Dia pernah dua hari hilang selera makan kerana terlalu penat. Dia pernah dua minggu tidak pulang ke rumah kerana tak mahu mamanya lihat bertapa penatnya dia.

Segalanya dipendam sendiri sekarang kerana dia sudah cukup dewasa.

Empat tahun dijalani Naufal tanpa rasa dihati. Kerja, kerja dan kerja..

Hingga matanya menangkap mata Safiya dihadapan pintu mesyuarat. Seperti semangar ditiup kembali ke dalam diri. Safiya agak pegun tapi dia berusaha mengalih perhatian sekadar menyedarkan diri.

Dia tidak tahu bila Safiya pulang ke Malaysia, yang dia tahu sebulan yang lalu dia dimaklumkan yang safiya akan bekerja untuk beberapa bulan di syarikatnya sebagai training.

SEPANJANG MAJLIS Safiya tak dapat memberi tumpuan penuh, sesekali dia memandang Auni dan suaminya. Sesekali dia menjeling Naufal yang ada dihadapannya sekarang. Dia sedang bermimpikah? Kenapa mereka tak berkahwin? Bukankah hari dia tinggalkan Malaysia empat tahun lalu hari yang sama Naufal berkahwin dengan Auni. Dewan majlis sudah siap, dia melihat dengan matanya sendiri papa dan mama bertolak ke majlis akad nilah Naufal.

Malam itu Naufal bersungguh-sungguh meminta dia berhenti mencintainya kerana dia akan menjadi suami orang.

Safiya urut dahi. Dia hilang dalam fikirannya sendiri.

Mereka bercerai? Tapi kenapa?

"Safiya kenapa?" Teguran Dhia buat Safiya sedikit tersentak. Semua mata dimeja itu menoleh kearahnya.

"Tak, tak ada apa." Safiya jeling Naufal dihadapan. Hanya lelaki itu tenang tidak perihatin pada dirinya lagi.

"Kenapa Abang tak bagitahu Safiya benda yang sebenar? Kenapa Abang Naufal tak bersama dengan Auni? Dia orang bercerai ke? Dia orang tak jadi kahwin ke? Kenapa dia orang.." Safiya raup rambut kebelakang melihat wajah Haris dihadapan. Lelaki itu tetap tenang tidak bersalah menyembunyikan kebenaran selama 4 tahun selama ini.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now