"1 month and 2 weeks" balal ibu itu menayangkan gigi putihnya. Patutlah dia sentiasa mengidam macam-macam, moodnya juga senang berubah.

Nasib baiklah Tengku Adrean tidak pernah mengeluh melayan perangai dia yang berubah-ubah, sebaliknya lelaki itu sabar melayannya walaupun lelaki itu sendiri letih setiap kali pulang dari Royal Airline. Semakin sayang dia pada suaminya ais batunya itu.

"Kau dah call Adrean ke bagitahu kau pregnant?"

"Belum, aku nak bagitahu balik nanti, tak best lah kalau bagitahu dalam call, tak boleh peluk" Rania tersengih kecil membayangkan wajah tampan suaminya itu.

"Apa-apa sajalah mak buyung, jaga kandungan kau elok-elok, apa yang kau nak minta dekat aku bila Adrean tak ada" pesan Diana membuatkan Rania menggangguk laju sebelum mereka meneruskan perjalanan untuk memburu makanan. Food hunting!

Tanpa mereka sedari, ada mata yang sedang memerhati gerak-geri mereka dari kejauhan.

Suasana bising di lapangan terbang itu lansung tidak mengganggu ketenangannya. Dia memandang keadaan sekelilingnya mencari sesorang sebelum mata coklat itu terpaku pada susuk tubuh tegap seseorang yang sedang bersandar di dinding sambil bermain telefon.

"Bro" sapa Tengku Daniel.

"Lambatlah kau, lenguh tahu tak kaki aku tunggu kau dekat sini" bebel Tengku Adrean.

Tengku Daniel meminta Tengku Adrean mengambilnya di airport pagi itu, mengikut perancangan dia akan mengambil flight malam untuk pulang ke Malaysia, namun urusan kerjanya sudah selesai semalam lagi jadi dia ambil keputusan untuk mengambil flight pagi sahaja.

"Iyalah Adrean, memang aku pun yang bawa kapal terbang tadi" Tengku Daniel malas melayan bebelan sepupunya itu.

"Ah aku tak kira, jom pergi starbuck, your treat" Tengku Adrean terus berjalan ke starbuck meninggalkan Tengku Daniel yang sudah ternganga di belakang.

"Eee nasib kau yang ambil aku, kalau tak dah lama bersepai kepala kau" marah Tengku Daniel sambil berpura-pura menumbuk lelaki itu dari belakang.

Semua mata terpaku kearah dua jejaka tampan itu. Ada juga yang tersenyum-senyum kearah mereka namun kedua-duanya hanya menayangkan wajah beku.

Satu perubahan yang Tengku Adrean perasan tentang sepupunya ialah Tengku Daniel sudah tidak mesra dengan perempuan sejak kehadiran Erla Diana, lelaki itu lebih banyak menayangkan wajah bekunya kepada perempuan lain. Padahal lelaki itulah paling murah dengan senyuman versi pencair hati untuk gadis-gadis yang memandang mereka sebelum ini.

Mereka berbual kosong tanpa menghiraukan mata gadis-gadis yang memandang kearah mereka.

"Kau dengan Rania macam mana?" Soal Tengku Daniel sebelum menghirup mocha latte miliknya.

"Okay, cuma aku rasa bini aku itu dah makin pelik" tenang Tengku Adrean menjawab.

"Pelik macam mana? Dia bercakap sensorang ke?" Soal Tengku Daniel lagi.

"Tak adalah bercakap seorang, cuma dia makin sensitif sekarang, pantang aku silap cakap sikit terus tarik muka, dia pun selalu minta makanan pelik-pelik" keluh Tengku Adrean perlahan. Mata kelabu itu dikerling kearah meja sebelah.

Pandangan tajam diberikan kepada dua orang gadis yang asyik memandang kearah mereka.

"Iya? Dia minta makanan apa?" Wah jarang-jarang nampak Tengku Adrean tertekan macam sekarang. Selalunya lelaki itu hanya menayangkan wajah beku.

"Kau tahu beberapa hari lepas, aku terlupa belikan kek red velvet yang dia minta masa balik dari office, terus merajuk dia tiga hari dengan aku bro" cerita Tengku Adrean membuatkan Tengku Daniel membulatkan matanya.

"Okay, itu agak pelik"

"Itu okay lagi, ada yang lagi teruk, minggu lepas tengah malam buta dia kejutkan aku semata-mata minta aku carikan dia ikan siakap" Tengku Adrean meramas-ramas rambut nya memikirkan hal itu.

Tengku Daniel yang mendengar hampir saja memyembur air yang diminum olehnya, nasib sempat tahan kalau tak memang lencun Tengku Adrean dihadapannya itu.

"Habis kau cari ke? Ada orang jual ikan siakap ke malam-malam?" Soal Tengku Daniel, parah betul situasi sepupunya itu.

Tengku Adrean hanya menggeleng, memang merajuk teruk Arisa Rania malam itu.

"Ha kau, bila nak kahwin?" Soalan Tengku Adrean mengundang senyum lebar diwajah Tengku Daniel.

"Ini lah aku nak minta tolong kau dengan Rania ni, hehe"
Terangkat sebelah kening Tengku Adrean, tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh sepupunya.

"Okay macam ni, kau minta Rania promote aku dekat bestfriend dia, then minta Rania senaraikan benda yang Diana suka dan tak suka".

"Apasal kitaorang terlibat sekali, tak gentle lah kau ni"

"Ala tolong lah! please Rean, janji nanti aku kasi kau upah"

"Upah apa?"

"Upah anak saudara" kata Tengku Daniel dengan senyuman lebar.

"Heh, itu self reward untuk diri kau sendiri bukan untuk aku sial, tak guna punya orang" kata Tengku Adrean sebelum melepaskan ketawa kecil.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now