Fleur teliti artikel yang ditulis oleh seorang wartawan itu, "nice, tak ada satu pun ayat tambahan yang dia letak. Bagus la wartawan ni, biasanya wartawan akan dok tambah - tambah cerita" Fleur scroll artikel tu sehingga ke bawah.

"Xiu Ying, nama cina kan ni?" Tanya Fleur lepas baca nama wartawan yang tulis artikel ini.

"Haah"

"Ouh chinese boleh jadi wartawan ye dekat Malaysia ni?" Fleur kembalikan telefon Fathi pada tuan punya badan.

"Kenapa pula tak boleh?" Kening Fathi sedikit berkerut.

"Tak ada la..selama ni Fleur tak pernah nampak wartawan berbangsa lain selain melayu"

Fathi berfikir sejenak, "abang pun sama"

Perkara itu buat Fleur menggelengkan kepala, ingatkan abangnya tau, rupanya dua kali lima juga.

"Lepastu kan, lepas je artikel tu keluar kan.." Fathi kembali tersenyum gedik.

"Apa - apa??" Teruja Fleur bila tengok kegedikan senyuman si abang. Pasti ada la tu benda yang nak digosipnya.

"Tengok ni" Fathi buka kan instagram Harraz dan beri pada Fleur.

"Kenapa? Dia tak ada update story pun" soal Fleur lepas teliti instagram tunangnya itu.

"Tengok la gambar yang baru dia post tu"

Mulut Fleur ternganga besar lepas lihat Harraz post gambar mereka berdua kira - kira satu jam yang lepas.

"No way..dia upload gambar kitaorang ke??" Fleur sudah teruja habis di tempat duduknya. Harraz memang la selalu update gambar mereka atau gambar Fleur di instagram story tapi Harraz tak pernah upload gambar mereka di bahagian post instagram.

My Fiance 💍

Itulah apa yang Harraz tulis pada captionnya, "fiance..aaaaaaaa" gadis itu terus campak telefon Fathi dan tekup wajahnya. Seronoknya dia tak terkata.

"Habislah telefon aku" ujar Fathi perlahan.

"Takpe bang. Fleur boleh beli seratus telefon pintar paling pintar buat abang" kata gadis itu riang.

Fathi hanya gelak kecil sahaja. Pipi Fleur sudah mula memerah, segan tapi dia terlalu gembira sekarang ni. Tiba - tiba jadi rindu pada si tunang. Aduh, Harraz betul - betul sudah buat dia angau dan gila.

"Tak pernah post gambar korang berdua dekat instagram, sekali post terus bercaption tunang" kata Fathi. Dia turut gembira bagi pihak adiknya itu.

Fleur menarik nafas dalam, "dah dah, buat kerja buat kerja" Fleur buka komputernya tapi selang beberapa saat gadis itu kembali menghentakkan kaki dek teruja.

"Aaaa lambat lagi ke nak hari esok ni, nak jumpa Harraz" Fleur letakkan kepalanya di atas permukaan meja.

"Maleh aku" Fathi terus bangun dari tempat duduknya. Blazernya dipakai semula sebelum keluar dari pejabat Fleur.

Fleur mengemam bibir. Dia pandang permandangan di luar tingkap besar yang ada dalam pejabatnya sebelum kembali fokus pada pekerjaannya. Dia perlu siapkan banyak benda harini memandangkan dia tak masuk ke pejabat esok. Lebih baik dia fokus sebelum lebih banyak kerjanya tergendala.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEWhere stories live. Discover now