Amsyar lihat jam di tangannya, "okay jom" Amsyar tarik tangannya dari terus ditarik oleh Fleur. Dia kemudian daratkan tangan kirinya di bahu Fleur dan rangkul kemas bahu adiknya itu.

"Adik abang dah nak kahwin, Ya Allah" Amsyar tersenyum tipis.

Fleur juga begitu, "Fleur masih adik abang" jawab gadis itu perlahan.

"Of course. You are still my little sister and my beast!" Usik lelaki itu.

Fleur pukul perlahan belakang Amsyar sambil tertawa kecil. Panggilan yang Amsyar beri padanya itu melekat sampai sekarang. Sedangkan itu cuma caption instagram sahaja pada mulanya.

♧ ♧ ♧

Ketika Fleur berjalan hendak masuk ke ruang pejabatnya, Fathi tiba - tiba sahaja sergah Fleur, "abang!" Fleur tampar lengan Fathi sekuat yang boleh.

"Aduh, sakit la dik" Fathi sudah usap lengannya yang dipukul.

Wajah Fleur masih berkerut dan dadanya masih berdegup laju. Perlahan - lahan riaksi wajahnya berubah lepas Fathi tak berhenti usap lengannya, "sorry" ucap Fleur sambil usap sekali lengan abangnya.

"Takpe, dah tak sakit dah" Fathi kembali tersenyum lebar.

Lelaki itu rangkul lengan adiknya dan berjalan masuk sekali ke dalam pejabat Fleur, "dari tadi rapat - rapat dengan Fleur ni, ada nak minta apa - apa ke?" Soal Fleur sebaik sahaja mereka masuk ke dalam pejabat gadis itu.

"Aaaamm, bukan la nak meminta sangat pun tapi ada la" Fathi ambil tempat di kerusi kosong yang berada di meja kerja Fleur sementara Fleur ambil tempat di kerusi kerjanya.

"Apa dia?" Fleur mengangkat kedua belah kening.

"Abang kan.." Fathi sudah tersenyum gedik. Jarinya juga sudah digerakkan seolah melakar sesuatu di atas permukaan meja Fleur.

"Baik abang cakap terus sebelum Fleur ubah fikiran" ugut gadis itu seraya sandarkan badannya.

Laju sahaja Fathi angkat wajahnya untuk pandang Fleur, "abang perlukan pembantu la Fleur" kata lelaki itu.

"Pula? Haritu masa mula - mula masuk abang kata abang tak perlukan pembantu. Kononnya, abang boleh buat semua sendiri" Fleur sudah membuat mimik muka seolah mengajuk apa yang dikatakan Fathi kira - kira tiga minggu lepas.

"Hish! Janganlah ejek abang macam tu" kening Fathi sudah berkerut.

"Ye boleh, abang nak apa lagi? Semua Fleur boleh bagi. Syarikat ni kan syarikat abang juga. Abang nak berapa pembantu? Dua? Tiga??"

"Satu je sudah la. Cari seorang yang macam Afrina kalau boleh. She can be your friend and at the same time she can be your assistant. Sometimes she know how to make jokes and sometimes she know how to be serious and do her works"

Fleur mengangguk, "nanti Fleur arahkan staff yang berkenaan untuk buka jawatan kosong bagi jawatan assistant"

"Okay! Thankyou my lovely sister" Fathi kembali seronok.

"Eh by the way, artikel tentang pertunangan Fleur dah keluar tau. Tengah hari tadi, nak tengok tak?" Fathi keluarkan telefon pintarnya dari kocek seluar.

"Mana?" Gadis itu turut teruja sama. Cadang mereka sekeluarga, berita tentang pertunangan Harraz dan Fleur bakal disebarkan sebulan selepas mereka bertunang.

[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE LOVEΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα