"Bb..bos" sayu saja panggilan Diana sebelum tubuhnya melorot jatuh ke bawah.

Tengku Daniel yang baru sahaja ingin mengejar Rayyan membatalkan niatnya apabila mendengar suara Diana yang memanggilnya perlahan.

Tanpa membuang masa, dia segera melangkah ke arah Erla Diana yang sudah terduduk dilantai, muka gadia itu sudah dipenuhi air mata.

"Darn it!"

Tubuh gadis itu segera didukung sebelum dia melangkah pantas menuju ke keretanya. Tegang saja wajah Tengku Daniel menahan marah.

Sampai saja dikereta, tubuh Diana diletakkan perlahan-lahan di tempat duduk penumpang.

Gadis itu sudah pun terlelap, mungkin kerana terlalu banyak menangis membuatkan matanya memberat, butang kemejanya yang terbuka dibahagian atas menyebabkan Tengku Daniel menelan liur kasar.

"Ese estupido bastardo" (That stupid bastard)

Jacket kulit yang sentiasa disediakan di dalam keretanya diambil sebelum digunakan untuk menutup tubuh Erla Diana.

iPhone miliknya dikeluarkan sebelum nombor Tengku Adrean Ruiz di dail. Dia ingin menghantar gadis itu ke rumah Tengku Adrean saja memandangkan Diana merupakan sahabat kepada isteri sepupunya itu.

Takkanlah nak dibawa pulang ke penthouse dia pula, dia juga tidak tahu dimana rumah Erla Diana dan dia tidak mahu menganggu tidur gadis itu semata-mata untuk menunjukkan jalan ke rumahnya.

Tengku Adrean dan Arisa Rania sudah menunggu di hadapan pintu villa mereka. Setelah mendengar cerita tentang apa yang berlaku kepada Diana membuatkan Arisa Rania terkedu, dia tidak menyangka Rayyan akan bertindak sejauh itu di tempat awam.

Mercedez AMG a45 hitam milik Tengku Daniel berhenti tepat dihadapan pintu villa pasangan itu. Erla Diana diangkat sebelum dibawa masuk kedalam villa.

Arisa Rania yang melihat keadaan sahabatnya yang tidak sedarkan diri itu menekup mulut, air mata bergenang di tubir mata, simpati terhadap gadis itu.

"Jangan risau, dia cuma tertidur" kata Tengku Daniel apabila melihat air mata yang mengalir laju di pipi Rania.

"Letak dia dalam bilik ni Niel" arah Tengku Adrean, Tengku Daniel hanya menganggukkan kepalanya sebelum dia meletakkan tubuh Diana perlahan-lahan keatas katil.

"Siapa si Rayyan tu kepada Diana, Rania?" Soal Tengku Daniel serius. Tengku Adrean hanya memandang hairan kearah sepupunya, tidak pernah-pernah lelaki itu menjadi serius.

"Err d..dia ex boyfriend Diana masa di Universiti dulu, tapi dia yang tinggalkan Diana sebab Diana taknak ikut cakap dia dan tak dapat bagi apa yang dia nak" teringat kembali ketika Diana menangis hampir seminggu hanya kerana ditinggalkan oleh lelaki itu.

Tengku Daniel sudah memicit dahinya perlahan. Jika Erla Diana dan Arisa Rania belajar di universiti yang sama dengan Rayyan Evan, itu bermakna mereka semua satu universiti kecuali Tengku Adrean yang belajar di universiti lain bersama Megat Hafiz dan Salsabella.

"What a small world" gumam lelaki itu perlahan.

"Please tell me the whole story Rania, saya nak tahu" wajah Rania dipandang lama.

Arisa Rania mengenggam erat tangan Tengku Adrean, ada peristiwa yang dia ingin lupakan dan dia sangat berterima kasih kepada Diana kerana memilih dia berbanding lelaki itu walaupun Rania tahu betapa Diana mencintai Rayyan ketika itu.

"Rayyan selalu minta Diana untuk jadi sex partner dia tapi Diana menolak, Diana pun selalu kena pukul dengan Rayyan bila dia tak ikut cakap Rayyan" Arisa Rania menarik nafas panjang. Tengku Adrean menggenggam erat tangan isterinya untuk memberi kekuatan

Lelaki itu baran, sangat baran.

"Rayyan adalah sepupu kepada Hariz, Rayyan pernah suruh Diana letak pil tidur dalam air Rania se..sebab Hariz nak ti..tidur dengan Rania, tapi Diana taknak, Ra..Rayyan marah le..lepastu Rayyan pu..pukul Diana teruk" teresak-esak Arisa Rania menangis bila mengenangkan hal itu.

Sahabatnya itu sudah banyak berkorban untuk melindungi dia dari dulu. Tengku Adrean dan Tengku Daniel yang mendengar cerita itu masing-masing menggenggam penumbuk.

Kedua sepupu itu sama sahaja, hidup bertuhankan nafsu semata-mata! Geram Tengku Adrean rasakan ketika ini.

Tengku Adrean terus menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan. Belakang Rania diusap lembut bagi menenangkan wanita itu.

Mengenangkan peristiwa di Tesco dulu membuatkan Tengku Adrean semakin marah.

"Dragón siempre será el dragón" (Dragon will always be the dragon) sinis Tenku Adrean perlahan.

"Y ahora los dragones tienen hambre" (And now the dragons are hungry) sambung Tengku Daniel perlahan.

"Helen" nama itu meniti di bibir Arisa Rania menyebabkan dua jejaka itu memandangnya. Tangan Tengku Adrean digenggam lebih erat.

"Abang kenal Helen kan?"

Perlahan-lahan Tengku Adrean mengangguk. Helen merupakan adik kepada Hariz, gadis muda itu juga selalu mencuba untuk mengambil hatinya.

"Rayyan tinggalkan Diana sebab dia sukakan Helen dulu, mereka selalu tidur bersama. Diana know about it but she can't do anything, Rayyan selalu ugut untuk apa-apakan Diana." Jelas Arisa Rania lagi.

"Memang nak kena potong burung mamat ini, tak padan dengan dia, semua dia nak rembat" bebel Tengku Daniel dengan wajah tidak berpuas hati.

"Kau stay sini malam ni" ringkas arahan Tengku Adrean.
Dia tahu bahawa sepupunya itu risaukan keadaan Erla Diana.

"Sayang masuk bilik dulu ok? I want to discuss something with Niel."

"Okay, Rania naik dulu, assalammualaikum" perlahan wanita itu bangun menuju kearah lift meninggalkan mereka berdua ditingkat bawah.

Dua jejaka itu menjawab salam perlahan. Setelah memastikan kelibat isterinya hilang di sebalik pintu lift, Tengku Adrean mula bersuara.

"You love her, don't you?"

Tengku Daniel tersentak mendengar soalan itu. Cintakah dia kepada gadis itu?

"I.. I don't know, aku tak pernah bercinta, kau pun tahu, jadi aku tak tahu macam mana rasa jatuh cinta" jujur Tengku Daniel.

"When you feel happy around her and you want to protect her in every situation, you don't want her to get hurt and you can't be yourself around her that means you love her", terang Tengku Adrean panjang lebar.

Tengku Daniel hanya diam. Dia gembira bila dapat mengusik gadis itu, sehari tidak nampak wajah cantik tu buat dia tak keruan, dia pun tak faham dengan dirinya sekarang ni,

Melihat airmata yang mengalir di wajah Erla Diana tadi cukup menyeksa jiwa lelaki nya. Dia ingin melindungi gadis itu.

Tengku Adrean yang melihat kebisuan Tengku Daniel terus saja bangun sebelum menepuk perlahan bahu sepupunya.

"Take a good care of her, you are her knight in shining armor from now on"

Langkah dibawa ke lift untuk naik ke tingkat atas meninggalkan Tengku Daniel seorang diri di ruang tamu tingkat bawah villa itu.

Mi Esposa (TERBIT)Where stories live. Discover now