𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 5

30 7 1
                                    

Euna baru saja selesai membersihkan diri dan lagi-lagi dia mendengar bunyi bising dari rumah Beomgyu si budak nakal. Euna berjalan ke arah tingkap dan melihat Beomgyu yang sedang repair motor milik dia.

" Beomgyu shi!! Jangan bising,,,!! " Jerit Euna tetapi diabaikan oleh Beomgyu

Beomgyu sebenarnya dengar jeritan Euna tapi dia abaikan kerana sengaja ingin menarik perhatian gadis yang dia suka, tiba-tiba saja gadis yang disukai oleh Beomgyu sudah berada di luar rumah dan sedang berdiri di balik jaring penghalang

" Kalau motor rosak boleh je kan pergi bengkel minta orang tolong baiki motor kau,,, ni tak bising aje kerjanya,,, " Kata Euna

" Kalau aku ada duit tak adanya lah aku memekak kat luar ni,,, lagipun jiran lain tak ada yang kesah pun aku bising,,, yang kau tu asal menyebok,,, pergi lah buat kerja kau sana,,, ke,,, nak teman aku? Aku okey je,,, sekurang-kurangnya ada kawan nak sembang,, " Balas Beomgyu sambil memandang Euna sekejal lalu kembali membaiki motor

" Tak hingin aku teman kau,,, tapi tak apalah,,, aku pun boring,,, tak tahu nak buat apa sekarang,,, " Kata Euna lalu duduk di bangku halaman rumah milik Aunty Rose

---

Sudah 30 minit Euna menemani Beomgyu dan akhirnya Beomgyu sudah selesai membaiki motornya. Tiba-tiba sebuah kereta masuk ke kawasan rumah Beomgyu sehingga menarik perhatian Beomgyu dan Euna

" Siapa tu? " Tanya Euna

" Parent aku, baru balik dari New York " Jawab Beomgyu membuat Euna terkejut

Tak sangka jiran dia ni, luaran nampak orang biasa saja, tak kaya tak miskin rupa-rupanya orang kaya

" Beomgyu,,, " Seorang wanita berumur 32 datang menghampiri Beomgyu dan memeluknya

" Eomma,,, lepas,,, sesak nafas,,, jangan peluk erat sangat,,, " Bisik Beomgyu dekat ibunya

" Hehe,,, Siapa gadis ni? Cantiknya,,, Awek kamu eh? Ish,, kenapa tak bagitahu Eomma,,, Hai,,, nama siapa? " Tanya Ibu Beomgyu membuatkan muka Euna merah

" Hm,, Annyeonghaseyo,,, nama saya Kim Euna " Balas Euna sambil senyum tanda sopan

" Ah,, Nama Aunty Choi Boreum " Aunty Choi menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Euna

" Kamu dah makan ke belum Euna? " tanya Boreum

" Ouh saya dah makan dah "

Beomgyu yang dibelakang ibunya mula mencari ayahnya dan rupa-rupanya ayah Beomgyu sudah masuk ke dalam rumah mungkin kerana terlalu penat sehingga tidak menyapa anak tunggalnya itu

" Appa? " Beomgyu panggil ayahnya apabila sudah masuk ke dalam rumah. Ayah Beomgyu menyahut panggilan Beomgyu dari ruang tamu dan langsung menoleh apabila menyedari jika Beomgyu sudah berada di sebelahnya

" Ouh ya Gyu... Siapa gadis yang dekat luar dengan Eomma kamu? " tanya Ayah Beomgyu sambil memandang ke luar

" Jiran, dia anak buah aunty Rose " Jawab Beomgyu yang juga melihat ke luar kerana ibunya agak lama bersembang dengan Euna. Beomgyu kembali menumpukan perhatian ke tv tetapi tiba-tiba dia mendengar bunyi langkah kaki.

Beomgyu terkejut apabila melihat Euna yang duduk di sofa sebelahnya, Beomgyu bertanya ke ibunya kenapa Euna disuruh masuk ke dalam rumah tetapi tidak dibalas ibunya

" Jangan tanya aku sebab aku pun tak tahu kenapa aku kena tarik masuk " Kata Euna sebelum Beomgyu bertanya

---

Makan tengah hari sudah selesai dan sekarang Beomgyu sedang sibuk bermain game di biliknya kerana dia tidak tahu ingin membuat apa alias dia boring sebenarnya. Pintu bilik di ketuk membuatkan Beomgyu berhenti seketika dari bermain game.

Seorang gadis membuka pintu bilik apabila mendapat sahutan dari orang di dalam bilik

" Kenapa? " tanya Beomgyu dengan mengangkat kening sebelah kanan sambil memandang Euna

" Aunty Boreum suruh kau beli barang dapur dekat pasar " Jawab Euna lalu terus pergi dari bilik Beomgyu, dia tidak ingin berlama-lama di bilik kaum lelaki.

---

" Eomma, Eomma suruh Gyu pergi pasar? " Tanya Beomgyu apabila sudah berada di dapur selepas menukar pakaian

" Iya Gyu... Ajak Euna sekali ya... " Jawab Boreum, ibu Beomgyu

" Okay,, duit? "

" Nah, Eomma dah bagi list barang dapur yang perlu kamu beli pada Euna ya... Dah shuh! " Halau Boreum sambil melambai tangan lalu pergi dari dapur

Bersambung,,,

Vote and Comment💙...

𝑵𝒂𝒖𝒈𝒉𝒕𝒚 𝑩𝒐𝒚 ♡︎𝐶ℎ𝑜𝑖 𝐵𝑒𝑜𝑚𝑔𝑦𝑢♡︎ (Comeback?) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang