𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞 1

76 16 1
                                    


Choi Beomgyu, seorang lelaki yang nakal dan selalu masuk bilik kaunseling, walaupun nakal dia tetap ramai yang minat... kecuali seorang gadis yang bernama Euna

Kim Euna, dia seorang pendiam dan tak terlalu mencolok di sekolah, tetapi walaupun dia pendiam tetap saja dia memiliki ramai kawan,,, terus? Apa hubungan dia dengan budak lelaki yang nakal bernama Choi Beomgyu?

***

Di Sekolah

Seorang pelajar lelaki yang sedang berhadapan dengan seorang guru yang sedang memandangnya dengan tajam

Tetapi pelajar lelaki tersebut tidak menghiraukan tatapannya

" Choi Beomgyu, Choi Beomgyu, Choi Beomgyu,,, "

" Berapa kali Cikgu nak ulang nama saya? "

Guru tersebut hanya diam saja,,, dia penat, serius dia penat, dia penat kerana setiap kali mendengar ada pergaduhan antara pelajar sudah pasti itu mesti Beomgyu, seorang murid yang sangat nakal dan selalu mencari masalah tak kira dengan siapa pun,,, kalau boleh makcik/pakcik cleaner pun dia nak ajak gaduh

Kaki Beomgyu sudah pegal kerana berdiri terus di depan meja Cikgu Kaunseling ini

Iya, dia berada di bilik kaunseling...

" Cikgu, kaki saya dah pegal berdiri terus kat sini... Saya keluar dulu eh kalau dah tak ada urusan dekat sini... Saya bosan hadap muka Cikgu je terus... " Kata Beomgyu dan terus keluar sebelum mendengar bebelan Cikgu Donghyun

" Aku rasa nak berhenti jadi guru kaunseling lah kalau macam ni jadinya... Penat aku layan budak yang sama... " Gumam Cikgu Donghyun

***

Beomgyu sekarang berada di kantin dengan kawan-kawannya

" Macam mana Beom? Cikgu ada bagi kau denda ke? " Tanya Yeonjun sambil memakan makanannya

" Tak,,, dia diam adalah "

" Dia penat maybe,,, sebab setiap kali dengar ada murid bermasalah mesti kau jela yang dia jumpa,,, dah banyak kali dia bagi denda dekat kau tetap kau buat lagi masalah... " Kata Soobin diangguki yang lain

Beomgyu tertawa mendengar kata Soobin, Soobin dan yang lain hanya menggelengkan kepala... dah tak boleh nak buat apa dengan Beomgyu ni... Even kalau bagi nasihat dan teguran tetap akan sama tiada perubahan

Mereka berempat berharap sangat akan ada seseorang yang dapat menghentikan perangai nakal Beomgyu

***

Waktu persekolahan sudah selesai, Beomgyu berjalan menuju ke tempat parking motor kerana dia pergi ke sekolah membawa motor

Motor biasa saja, kerana dia tidak diizinkan membawa motor besar dulu oleh ibubapa dia

" Beomgyu!!! "

" Beomgyu sayang!! tunggu I "

Suara seorang gadis menghentikan langkah Beomgyu

Beomgyu menoleh ke belakang dan melihat seorang perempuan yang berlari ke arahnya

" Sayang... "

" Stop panggil aku sayang bodoh, kau siapa panggil aku sayang? "

Perempuan itu tertawa kecil lalu cuba untuk memegang lengan Beomgyu tetapi ditepis oleh Beomgyu

" Ish,, U nie... jangan lah malu-malu... lagi pun I kan girlfriend u... " Kata Perempuan itu sambil cuba untuk memegang lengan Beomgyu

" Sejak bila bodoh kau girlfriend aku... ewww aku tak ada girlfriend macam kau... jijik nyah " Kata Beomgyu sambil menolak bahu perempuan itu dan kembali berjalan ke arah motornya

Dia mula menaiki motornya dan mula meng-start-kan enjin motor

Baru saja nak gerak tetapi lagi-lagi di halang oleh perempuan itu

" Sayang, I nak naik motor U... Tolong hantar I balik boleh... Papa I lupa nak amik I... " Kata Perempuan itu sambil memeluk lengan Beomgyu

Beomgyu kembali menepis lengan perempuan itu, ia mula menggerakkan motornya dan pergi meninggalkan perempuan itu

" Choi Beomgyu!! "

Perempuan itu menghentakkan kakinya seperti seorang anak kecil yang merengek ingin gula-gula

" Woy bodoh,, suara kau dah lah macam itik tersedak ada hati nak jerit " Kata salah satu murid yang berada di parking motor itu

***
Bersambung...

Vote and Comment💙

𝑵𝒂𝒖𝒈𝒉𝒕𝒚 𝑩𝒐𝒚 ♡︎𝐶ℎ𝑜𝑖 𝐵𝑒𝑜𝑚𝑔𝑦𝑢♡︎ (Comeback?) Where stories live. Discover now