Selamat pengantin baru Abang. Semoga bahagia dan terus bahagia. Jangan lupa doakan Safiya juga.'
Safiya

"Dari siapa?" Faizul datang disebelah Naufal sebelum dia capai kad ditangan lelaki itu.

Seketika dia terkedu.

"Safiya..." Naufal cengkam baju didada. Sakitnya sekarang makin parah. Dia terlalu rindu ingin melihat Safiya ada didepannya. Dia rindu ingin mendengar tawa dan nakal gadis itu. Dia rindu semuanya mengenai Safiya.

"Tolonglah.." kalau dia diberi kuasa memutar balik waktu. Dia ingin berlari memeluk tubuh itu. Meluah betapa besar keinginannya mahu bersama Safiya.

"Maafkan abang.. Maafkan abang.." Naufal bersandar tangan pada dinding sebelum dia terduduk di tiang depan rumahnya. Tak berkelip mata memandang pasu-pasu bunga dihantar Safiya buatnya.

Dan sekali lagi air mata lelakinya jatuh mengalir.

'Macam mana abang nak rawat sakit ini Safiya? Silap abang pada Safiya terlalu besar..'

"Abang nak hidup dengan Safiya.. Kenapa semua jadi macam ni..?"

"HAI KAK!" Safiya berbisik perlahan.

"Sorry tak dapat nak bangunkan akak! Akak tengok ni. Akak dengan Saqif tidur mati! Macam mana Safiya nak kejut!" Skrin telefon menunjuk tubuh Safa dan Saqif lena tidur sementara Safiya disebelah duduk mencuit-cuit pipi tembam anaknya.

"Kalau Safiya tak buat video ni, esok akak membebel kat Safiya. Pergi jauh tak jumpa akak dulu. Ini bukti Safiya datang tau! Tapi akak je dah tidur." Safiya melepas tawa kecil dan seketika dia terkejut melihat Saqif bergerak. Spontan tangannya menepuk-nepuk tubuh kecil itu.

"Esok Safiya dah nak pergi jauh. Nanti kalau akak dengan abang Thaqif free ke datanglah tempat Safiya bawa Saqif sekali. Sorry Safiya bagi video ni je, Safiya tak sampai hati nak kejut akak." Bibir Safa bergetar lagi.

"Oh! Bulan depan birthday akak kan! Jangan risau Safiya dah siap-siap tempah hadiah! Tunggu tarikh, hadiah tu sampai depan rumah akak! Jadi jangan nak buat ayat sedih kononnya Safiya tak ingat birthday akak!" Safiya mengecil mata.

"Safiya dah siap-siap tempah hadiah birthday untuk semua orang tahun ni. Untuk mama, untuk papa, untuk Abang Thaqif. Tunggu tarikh, hadiah Safiya sampai kat rumah. Safiya tempah awal-awal takut kat sana nanti sibuk tak sempat nak ingat birthday orang."

Safiya kelihatan berpaling merenung kakaknya di atas katil. Perlahan-lahan dia menunduk kepala sebelum dia kucup pipi Safa. Semua sempurna terakam di dalam telefon bimbit itu.

"Safiya pergi dulu akak! Esok jangan menangis rindukan Safiya! Kesian Abang Thaqif kena pujuk." Safiya tergelak kecil sebelum dia laju-laju menekup mulut, takut mengejutkan Saqif.

"Bye! Sayang kak Safa!"

Tangan Safa terketar-ketar menekup mulut sebelum dia bawa telefon ke dada. Mata dipejam rapat hingga air mata mengalir jatuh ke dagu.

"Safa.." Thaqif setia disebelah isterinya tak lepas menemani Safa dari tadi.

"Saya rindu Safiya.. Saya rindukan Safiya Thaqif!!!" Meraung lagi Safa selepas mengulang video entah untuk keberapa kali. Baginya tidak cukup, tidak pernah cukup!

Tempat SempurnaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt