"A..ah, Safiya nak hantar barang Saqif. Kak Safa dah tidur ke?" Dia melangkah beriringan Faizul masuk ke dalam rumah.

"Entahlah, tapi Abang Thaqif ada kat luar tu borak dengan dia orang."

"Okay." Safiya diam disebelab buat Faizul mengerling sekilas. Macam mana keadaan Safiya lepas tahu Naufal akan menikah? Dia perasan Safiya mula menjauhkan diri, tapi dia tak mampu berbuat apa. Bila perasaan diletak didalam persahabatan, maka inilah jadinya.

"Safiya? Kak Safa sampai tertidur tunggu Safiya." Lihat sahaja tubuh adik iparnya, Thaqif terus menegur buat mata Naufal turut terpaku pada tubuh itu.

Setelah sekian lama mereka membawa diri masing-masing.

"Sorry, Safiya ada kerja tadi. Kak Safa ada dalam bilik ke? Safiya masuk kejap ya?" Safiya sudah tak senang diperhati orang itu. Jujur dia janggal. Mereka dulu rapat tapi sekarang dilayan seperti orang asing.

"Ha,, masuklah. Kak Safa pun mesti nak jumpa Safiya sebelum Safiya pergi esok."

"Pergi mana?" Hazim mencelah buat langkah Safiya terhenti. Air liur ditelan rasa berpasir.

"Dia kan dapat sambung study kat German. Esok dia pergi sana.."

"Safiya tak cakap kat abang pun!" Haris pula menyampuk buat Thaqif terdiam. Dah kenapa budak-budak ni? Tu adik ipar dia, yang masing-masing tak senang duduk kenapa?

"Safiya lupa.." Safiya berpaling dengan wajah serba salah. Kenapa dia pula yang kena bersalah! Tu hak dia, ikut suka hati dia lah nak pergi bila pun.

"Lupa atau Safiya sengaja pilih tarikh esok?" Naufal tenang menyoal buat Safiya diam membalas tatapan lelaki itu.

"Apa yang jadi esok tak ada kena mengena dengan Safiya. Yang jadi pengantin tu Auni. Safiya pergi mana pun esok, tu hak Safiya tu urusan Safiya sendiri." Dari wajah serba salah Safiya mengecil mata sebelum dia melangkah meninggalkan ruang itu.

Naufal terpana hingga mulutnya terkunci. Tak berkelip mata memandang Safiya mengatur langkah masuk ke bilik Safa sebelum daun pintu bilik daun pintu dikatup.

"Ingat Naufal, esok kau nak kahwin." Thaqif tenang mencapai remote televisyen dan sempat matanya mengerling pada Naufal yang masih pegun.

"AKAK.. Kak Safa.." Safiya membisik di telinga Safa melihat kakaknya sudah terlelap memeluk Saqif disebelah. Senyuman tipis terukir dibibir sambil dia mencuit geram pipi tembam anak saudaranya.

Safa sekarang kalau dah tertidur, jangan harap dia bangun. Sejak ada anak, tidurlah benda paling berharga yang dia cari. Tiap kali ada peluang. Wajib tidur! Saqif tu sudahlah kuat berjaga malam.

Safiya serba salah, mahu dikejut kakaknya dah terlena jauh diulik mimpi.

Tengok sahaja telefon Safa di atas meja, Safiya terus mencapai tanpa ragu-ragu. Esok je lah dia hantar pesanan kat Safa suruh tengok video yang dia buat tu.

Turun sahaja dari tangga, Safiya bertembung dengan Thaqif yang mendaki tangga.

"Kak Safa dah tidur, jadi Safiya tinggal beg Saqif kat tepi meja."

"Safiya tak jumpa kak Safa dulu? Esok dia murung tahu-tahu adik dia pergi German tak jumpa dia dulu." Thaqif tidak sedap hati. Tahu sangat Safa dengan Safiya itu macam mana akrabnya.

"Tak apa, Safiya dah tinggal something special dalam phone dia.. Safiya dah lewat ni. Nanti kalau abang cuti bawalah Kak Safa  dengan Saqif bercuti kat German. Boleh kita jumpa." Dia kena cepat-cepat balik dari bertembung dengan Naufal! Takut hatinya tak kuat mahu memandang wajah itu.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now