"Abang buat apa kat kawasan rumah..." tak jadi Safiya habiskan ayat memandang Haris yang tiba-tiba duduk bertinggung dihadapannya lantas mendongak memandang jauh ke dalam mata Safiya.

"Safiya.."

"Abang!" Sekali tepuk bahu, Haris sedikit tersentak memandang gadis dihadapannya.

"Abang buat apa kat kawasan rumah Safiya?" Safiya menyoal garang.

"Abang..." Haris bangun menggaru kepala.

"Abang apa?" Safiya kerut dahi.

"Abang ada rumah kawasan ni. Kebetulan terserempak Safiya kat sini." Wajah dipaling tidak mahu menatap wajah itu.

"Iya ke? Kat mana rumah abang?" Safiya jenguk kepala mencari wajah lelaki itu. Apa yang nak dimalukan sangat sampai sembunyikan muka sendiri?

"Depan tu. Safiya nak datang?" Haris mengajak.

"Nak, tapi ada orang tak?" Safiya sudah teruja bangun dari buaian. Alang-alang dia sudah bosan.

"Ada. Ramai. Jomlah." Haris senyum tipis sebelum dia bergerak membuka pintu kereta buat gadis itu.

"Wah,, besarnya rumah abang. Safiya pernah lalu je tak pernah masuk lagi rumah besar ni. Tak sangka rupanya ni rumah abang!" Safiya pegun melihat rumah banglo mewah besar berada di tengah-tengah kawasan perumahannya.

"Ni rumah pusaka keluarga belah papa abang. Semua dah meninggal jadi papa yang urus rumah ni." Haris tarik brek tangan lantas berpaling memandang Safiya disebelah.

"Kenapa abang tak duduk sini?"

"Abang pernah tinggal kat sini. Tapi kami pindah ke rumah lain." Haris tak senyum membalas pertanyaan Safiya.

"Ohh.." mata Safiya menangkap Haris yang keluar dari perut kereta dan membuka pintu kereta buatnya.

"Siapa ada rumah abang? Kenapa ramai?" Safiya pandang pula deretan kereta yang ada di rumah itu.

"Oh, kawan-kawan abang. Rumah ni selalu juga guna buat tempahan orang sanding, nak buat reunion or homestay nak bercuti."

"Ohh.." Safiya terkedek-kedek mengikut langkah Haris. Baju belakang Haris dicubit. Berbeza dengan yang lain, Haris tak suka disentuh. Sebab itu Safiya lebih berhati-hati dengan lelaki itu.

"Kenapa takut?" Haris tergelak kecil saat dia menoleh kebelakang memandang Safiya mengecil diri dibelakang tubuhnya.

"Safiya segan." Tadi nak datang sangat. Ini malu-malu pula. Alahai Safiya.

"Alah, kawan-kawan abang. Safiya dah kenal semua."

"Ya ke?" Safiya dongak memandang Haris.

"Ya. Jangan takut jom." Haris melangkah diikuti Safiya yabg tak lepas memegang baju belakangnya.

"Tengok apa aku bawa." Masuk sahaja ke satu ruangan. Semua mata tertumpu pada Safiya.

"Safiya? Kau jumpa budak ni kat mana?" Faizul paling teruja.

"Aku jumpa dia main buaian kat depan tu. Sempat aku culik datang sini. Tak payah umpan gula-gula." Haris tergelak kecil memandang wajah cemberut Safiya.

"Abang ingat Safiya budak kecil ke?" Safiya juih bibir memandang Naufal yang diam membakar jagung di sudut ruang itu.

"Dah tu kenapa main buaian?" Hazim melepas tawa kecil.

"Dah tu Safiya bosan." Safiya letak beg di atas sofa dan sempat dia membalas senyum dengan kawan-kawan perempuan mereka. Ada juga Auni disitu sedang menuang air di dalam gelas.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now