"Papa dah balik?" Soalan seseorang dari belakang buat Thaqif berpaling lantas mengoyak senyum lebar.

"Ya mama. Papa dah mandi dan solat." Kali ini tubuh Saqif didukung menghampiri Safa yang sibuk menghidang lauk di atas meja makan. Jangan tanya kenapa makan petang. Mereka berdua sedang jaga badan. Dua dua tak nak makan malam.

"Dulu balik kerja terus cari saya. Ini balik kerja cari Saqif dulu. Haih rasa terpinggir.." Safa mengomel sambil melangkah ke dapur dibontoti Thaqif dari belakang.

"Saqif kan sebahagian dari awak juga. Sama je saya cari Saqif atau cari awak. Tetap pangkalnya adalah awak." Tak bersalah Thaqif membalas buat Safa menjeling. Ada je benda nak menjawab bila orang cakap apa.

"Mestilah saya rindu mama Saqif moree... than anything..." Sedar renungan tajam si isteri, Thaqif cepat-cepat merapati Safa sebelum dia hadiahkan kucupan di dahi isterinya.

"I miss you more papa Saqif." Ah Safa mengaku je lah kau tak boleh merajuk lama-lama! Confirm kalah dengan bakal duda tak jadi tu!

Nasib baik dulu mereka tak jadi cerai! Kalau tak meroyan tak berlagu lah dia tengok suami dia jadi duda hot!

"Oh tadi Najla ada datang office." Mati senyuman Safa mendengar kata suaminya.

"Najla?" Safa peluk tubuh bersandar pada kabinet dapur memandang Thaqif serius. Thaqif kelihatan menepuk-nepuk tubuh kecil Saqif dengan anggukkan.

"Dia buat apa?" Jangan cakap datang nak merayu atau nak menggoda suami dia. Aku cincang kau nanti Najla!

"Entah. Saya tak suruh dia berambus. Dia tak sempat cakap apa pun."

"Betul awak tak tipu?" Safa mengecil mata meragui.

"Saya tak tipu. Kenapa? Ada something yang awak tak cerita kat saya? Saya nak tahu juga kenapa isteri saya ni bebaskan Najla dari penjara lepas saya turun naik mahkamah masukkan dia ke dalam penjara?" Thaqif senyum tipis memandang Safa yang menayang muka tak bersalah.

"Tak.. cuma saya rasa tak berbaloi nak letak dia kat dalam penjara tu." Safa gigit bibir.

"Wahh baiknya hati. Jadi apa yang awak buat sampai berbaloi? Perangkap Najla dengan Azrul dalam bilik hotel?" Thaqif tergelak kecil memandang wajah Safa seperti orang tertelan cicak.

Macam mana suami dia tahu??

"Macam mana awak tahu?" soal Safa terkejut.

"Mama beritahu. Azrul masuk penjara lepas Najla bebas. Kesnya dia tertangkap berduaan dengan Najla dalam hotel oleh isteri dia sendiri. Lepastu dia pukul isteri dia. Awak yang buat report untuk pihak bini dia kan?" Sebelah kening Thaqif terjungkit buat Safa teguk air liur. Lambat-lambat dia mengangguk kepala.

"Saya sebenarnya cuma perangkap dia orang sebilik. Tapi bini Azrul jumpa dia orang shirtless. Jadi saya tak buat salah." Safa angkat kedua belah bahu. Dia bukan bagi apa-apa minuman yang boleh buat dua orang itu hanyut dalam nafsu.

"Kalau Azrul tu tak mahu, dia boleh keluar dari bilik tu. Plan asal saya cuma nak snap gambar dia orang keluar dari bilik hotel yang sama. Tapi saya penat tunggu lama sangat. Saya call lah bini Azrul tu suruh tengok laki sendiri dalam bilik hotel tu."

Tempat Sempurnaजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें