Terkedu lelaki itu dibuatnya.

"Dia.. video s*ks dia dengan senior kita tahun lepas ada orang sebar dalam group." Perlahan-lahan tangan Safiya mengendur melepaskan kolar baju lelaki itu.

"A..apa kau cakap?" Lemah suara dia menyoal kembali.

"Kau ni pekak ke? Aku cakap video dia main dengan senior kita yang tahun lepas orang sebar dalam group! Group-group lelaki!"

"Kalau kau buka mulut kau pada orang lain. Aku akan pastikan kau dah tak boleh bercakap lagi!" Keras amaran Safiya sebelum dia berlari mencari susuk perempuan itu.

"Nasha!!" Tolak sahaja pintu stor, Safiya kelu memandang Nasha terduduk menekup wajah pada lutut.

Dengan nafas termengah-mengah, dia perlahan-lahan melangkah menghampiri.

"Aku nak mati.. Aku penat.. Aku takut nak hidup lagi.." bergetar suara Nasha kedengaran buat Safiya perlahan-lahan menunduk memegang bahu rakannya.

"Nasha.."

"Aku nak buat apa lagi. Aku takut.. Aku takut mama papa aku tahu. Aku takut semua orang tahu.. Aku takut.."

"Kau boleh cakap dengan mama papa kau Nasha, kau bo.."

"No!! Sampai aku mati pun, tolong jangan.. Tolong jangan beritahu dia orang.."

"Tolong..."

"Tolong..."

Raungan Nasha masih segar dalam kepalanya sehingga hari ini. Nasha masih boleh bertahan walau berbulan-bulan sudah berlalu tetapi. Sakit di dalam diri perempuan itu juga makin parah.

Safiya termenung memandang wad menempatkan Nasha sejak seminggu yang lalu. Keluarga Nasha ada maklumkan yang Nasha terkena buatan orang sehingga anak itu tak lalu makan, tak dapat minum. Setiap kali Nasha makan setiap kali itu perempuan itu akan muntah hingga sekarang berat tubuh Nasha hanya 38kg.

Ralat, dia sangat ralat

Dia satu-satunya tahu apa yang sebenarnya berlaku pada Nasha. Dan sampai hari ini dia masih menyimpan segala sakit perempuan itu dibahunya.

Berat, terlalu berat..

Safiya angkat tangan menekup mulut. Mata mula berair. Dia dah cuba balas apa yang orang-orang itu buat pada Nasha. Tapi tetap, dia lemah

Akhirnya Safiya sendiri teresak-esak disitu.

THAQIF koyak senyum memandang Dato' Azham sendirian di meja kopi. Dia sarung selipar sebelum melangkah menghampiri bapa mentuanya.

Lihat Thaqif disitu, Dato' Azham tak bereaksi selain terus melempar pandang keluar laman rumah.

"Papa petang-petang biasa duduk melepak kat sini ke?" Thaqif tarik kerusi seraya menghenyak punggung.

"Melepak apa. Aku bukan muda macam kau orang lagi."

"Ish siapa cakap melepak untuk orang-orang muda je? Kalau papa bosan. Papa boleh ajak Thaqif sekali. Buat apa ada menantu handsome kalau tak boleh ajak melepak." Thaqif berseloroh ditembak jelingan oleh bapa mentuannya. Spontan dia tergelak kecil.

Haih bapa dengan anak sama je perangai kalau merajuk.

"Maafkan isteri Thaqif. Sebab tinggikan suara pada papa. Maafkan Thaqif sebab gagal didik dia betul-betul." Kata-kata Thaqif buat wajah Dato' Azham sedikit mengendur. Hati tuanya masih terluka.

"Thaqif tak pernah salahkan apa yang papa buat. Thaqif tak pernah bantah kalau papa nak hukum Thaqif dan Safa macam ni.. Papa, lelaki yang dah jaga isteri Thaqif. Dah besarkan Safa dan serahkan dia pada Thaqif dengan sepenuh kepercayaan papa."

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now