2

98 3 0
                                    

SETELAH kelas tamat, Hanisha dan Diyana mengemas beg dan berura-ura untuk bangun. Tiba-tiba, Hanisha terasa seperti rambutnya di tarik dari belakang.

"Siapa pulak ni tarik rambut aku!"

Hanisha menoleh ke belakang dan SPLASHH! Hanisha disimbah air oleh Aryan.

"Apa masalah awak eh. Dah tak ada cara lain nak balas ke? Perangai macam budak-budak main simbah-simbah air kat orang. Tak pasal pasal rambut dengan baju aku basah! Hishh!" Hanisha menempik Aryan.

"Sabar Nisha. Salah kau jugak pergi cakap gitu kat dia tadi," kata Diyana sambil cuba untuk menenangkan hati Hanisha yang sedang menggelegak panas.

"Woi perempuan kat hujung sana tu! Apa yang engkau gelakkan sangat? Nak aku simbah air kat kau pulak ke !" Hanisha menjerit tidak puas hati kepada sekumpulan perempuan yang sedang mentertawakannya lalu menapak keluar dari kelas itu.

" Kau boleh diam tak. Hati ni tengah panas. Kau jangan nak tambah lagi panas hati aku ni. Nasib lah lepas ni tak ada class, boleh balik terus. Kau tu suka lah kan encik handsome kau dekat dengan kau," marah Hanisha.

"Wehhh.. Kau ni mana adalah. Aku cuma cakap je muka dia handome. Aku nak hang out kat rumah kau boleh? Lagipun mesti kau sorang kan nanti kat rumah?" soal Diyana.

"Suka hati kau lah. Macam tak biasa lepak rumah aku. Dah jom." Mereka berdua berjalan ke tempat letak kereta.



SETIBANYA di depan kereta, Hanisha merengus geram buat ke sekian kalinya.

"Makhluk mana pulak ni tampal post it banyak-banyak kat kereta aku. Membazir kertas je lah. Ni mesti kerja si Aryan ni tau!" kata Hanisha.

"Tulah kau bercakap tak tengok kiri kanan. Ikut sedap mulut kau je kan dah kena. Cepatlah cabut kertas ni semua. Tak balik jugak ni kang. Dengan baju kau yang basah tu lagi" bebel Diyana.

"Yelah, yelah. Cepat lah, kau drive eh baju aku basah ni tak selesa lah nak drive," jawab Hanisha dengan sengihan.

"Hmm, yelah. Sat gi kalau calar balar kereta kau ni kau jangan salahkan aku tau," kata Diyana.

"Eleh, acah je kau ni padahal boleh je nak drive kereta." kata Hanisha sambil menepuk bahu Diyana.

"Yelah Hanisha Imaani. Kesian kawan aku ni ye basah sampai tak boleh drive ye." Diyana terus masuk ke dalam kereta.

TIBA sahaja di rumah, Hanisha masuk ke biliknya lalu menyalin pakaiannya yang sudah basah dan membuatnya kesejukkan.Setelah itu, dia turun ke bawah lalu ke dapur untuk membuat air untuk dirinya dan Diyana.

"Nah, air kau," Hanisha menghulurkan gelas kepada Diyana.

"Thanks Nisha.hehe," Diyana pun menyambut huluran itu.

"Kau lapar tak?" Hanisha tanya kepada Diyana.

"Gila tak lapar dah tengah hari ini. Time makan aku. Kau nak masakkan aku ke?" Diyana jawab.

"Takde maknanya aku nak masakkan kau. Lagipun mama balik lambat and kat peti sejuk tak ada apa yang boleh masak," balas Hanisha.

"Ala boleh lahh. Aku rasa macam dah lama tak makan masakkan kau. Nak makan buttermilk chicken kau yang sedap menjilat jari tuuu," pujuk Diyana sambill menggoyangkan lengan Hanisha

"Yelah,yelah. Tapi kau kena teman aku pergi beli barang lah." Hanisha bangun dan mencapai kunci keretanya.

"Okay bos!" Diyana turut bangun dan menapak keluar rumah Hanisha.

Bahagia Pada AkhirnyaWhere stories live. Discover now