"Please don't tell His Majesty Emperor about this." Kata Liviania sebelum memicit dahinya yang terasa sedikit berdenyut.

Dia rehatkan kepalanya di sebelah tubuh kecil Jay yang sedang berbaring di katil bersama dengan Jaen.

"Yes, Your Highness." Jawab Oscar sopan.

"Terima kasih. Awak boleh pergi sekarang." Ucap Liviania tanpa memandang lelaki tua itu.

Dia ingat lagi arahannya kepada Jay yang dimana dia menyuruhnya untuk mengajar Jaen mengawal kemampuan fizikal mereka.

Selama mereka berada di Euria, maid dan beberapa knight yang bertugas di palacenya sudah diberitahu untuk membiarkan sahaja apa yang dua ekor wolve miliknya itu lakukan semasa ketiadaan dia.

Tidak disangka pula mereka akan menghabiskan masa dengan hanya berlatih sehingga membuatkan ketahanan tubuh mereka tidak dapat beriaksi cepat hingga menyebabkan mereka jatuh sakit setelah kehabisan tenaga dalaman.

".........."

Tengahari itu, semasa Rhea sedang mengemas bilik Liviania, kedua ekor wolve yang tadinya masih lena kini sudah mencelikkan mata.

"Wolve!" Panggil Rhea dengan nada gembira apabila melihat Jaen yang sudah bangun.

Suara riang yang sudah dikenali itu menyebabkan Jaen menoleh laju ke arah gadis yang kini sedang mendekati mereka.

Baru sahaja dia ingin menyahut namun apabila teringat yang Rhea masih belum tahu bahawa mereka ialah Human-Beast maka ditahankan sahaja niatnya.

"Baguslah korang dah sedar. Kesian Her Highness daripada pagi tadi risau." Bulu mereka diusap lembut oleh Rhea.

Jaen yang mendengar nama Liviania disebut serta merta menjadi aktif dan mengelilingi Rhea di katil.

"Awooo..."

Rhea tergelak kecil. Faham yang wolves itu sedang bertanya tentang tuan mereka.

"Princess sedang berjumpa dengan semua knight yang bertugas di palace ini."

Jaen menyengetkan kepalanya untuk melihat Jay yang masih berbaring malas. Mereka saling berpandangan. Pelik kerana Master mereka yang lebih suka berkurung di dalam bilik itu tiba-tiba mengadakan pertemuan dengan para knight.

Melihat Rhea yang berura-ura untuk bangkit, segera Jaen menggigit baju gadis itu meminta untuk diangkat.

"Awo!"

Rhea melihat gelagat wolve putih kecil itu sebelum tertawa lagi. Comel!

•••

"SO, this is everyone?"

"Yes, Your Highness."

Yami, lengkap memakai Knight Attire yang berwarna kelabu gelap, menunduk sopan ke gadis muda dihadapannya.

Ia tidak normal bagi gadis itu untuk tiba-tiba memanggil dan bertemu dengan semua knight yang bertugas di palacenya. Kelakuan aneh Liviania telah menimbulkan beberapa rumor di antara mereka.

"Let's have a little conversation about future."

"Oh???"

"...???"

Ekspresi hairan terpancar di wajah mereka. Perubahan yang berlaku kepada Seventh Princess agak pelik, tetapi nampaknya gadis itu telah semakin matang.

Unreachable PrincessWhere stories live. Discover now