🦇Part 1🦇

1.6K 95 2
                                    

Di dalam kehidupan akan ada evolusi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Di dalam kehidupan akan ada evolusi

Mana yang hidup akan mati,

Tapi tahu tak yang mati boleh tidak mati?

Bukan menentang kejadian tuhan tapi cuma di panggil sebagai

Penangguhan.

You know,

Kadang-kadang yang mati belum lagi nak mati,

Dan yang hidup tak semestinya nak teruskan hidup...

Tak faham

Fine, baca dulu. Faham kemudian.

Ni bukan cerita tipikal remaja yang bukan sekadar cuba nak survive dunia pra dewasanya, tapi cerita remaja vampire yang struggle nak adapt kehidupan dia yang berbeza dunia dengan manusia biasa....


Rentak lagu Dictator dari Rei Ami bermain rancak dalam ruangan bilik yang dihiasi dengan imej anak muda. Poster idol lelaki tidak berbaju dan berotot lapan tertampal di tepi dinding sebelah rak buku. Tepi almari baju sebuah meja belajar yang bersepah penuh dengan buku dan helaian kertas. Sebelah meja belajar itu ada langsir yang tidak diselak betul memancarkan cahaya matahari pagi melaluinya.

Cahaya matahari itu tepat memancari jam loceng yang ada di atas night stand sebelah katil. Tepat pada jam 7pagi, masa itu la cahaya merah keluar dari tepi alat tersebut.

Det!

Det!

Det!

Jam loceng kotak hitam bentuk rectangle di atas almari night stand berbunyi yang memekakkan telinga. Cukup kuat untuk telinga yang sensitive itu dengar. Walaupun empunya jam tahu dia tak perlukan jam loceng, tapi tetap jugak digunakan kerana mahu kelihatan normal.

Jari runcing itu menekan butang pemati pada alat tersebut.

Lantas sehelai reben merah yang masih di pegang dengan tangan sebelah lagi di bawa ke bawah rambut lalu di ikat naik menjadi pony tail ke belakang. Ketat dan kemas pada rambut hitam berkilatnya.

Sepasang mata beranak merah jalur keperangan di dalamnya berkedip taktala lihat akan pantulan bayang di cermin. Dia tatap permukaan cermin itu , hendak tersenyum namun sayang, wajah ini hanya dibalas dengan kebencian terhadap identitinya.

Tidak terkejut atau hairan, langkah di atur menuju ke meja vanity. Sudah terbiasa dengan keadaan tersebut, terus di capai kanta lekap warna coklat perang untuk menutupi warna mata pemangsa miliknya itu.

Masa itulah telinganya menangkap bunyi derap langkah sepasang kaki.

Berderap tenang dan seragam. Hafal siapa pemiliknya, terus dia berpaling ke belakang. Melihat ke arah pintu bilik. Sambil menghitung undur menunggu pintu terbuka.

5..

4..

3..

2..

Klik!

         "Happy birthday yang ke 19 tahun Vasilissa Dragomir!" pintu terbuka diselangi dengan suara ucapan ulang tahun kelahirannya. Wajah jelita wanita berusia 47 tahun terjegul di depan pintu sambil menatang sebuah kek hari lahir.

Senyuman lebar pun terukir di bibirnya.

          "Kan Lissa cakap tak payah sambut..."ucapnya semasa gerak ke depan kek lalu meniup lilin yang bernyala di atasnya. Lalu satu kucupan hinggap di atas dahi ibunya pula. Dalam hati dia berdoa ibunya akan selamat senantiasa.

           "Well....mesti la kita kena sambut. Kamu dah capai usia matang sebagai vampire muda untuk abad ni..."senyum Carolina dengan lebar.

Yup!

Vampire.

Perkenalkan, nama diberi Vasilissa Dragomir. Anak keturunan vampire. Tapi halfblood. Ayahnya adalah pewaris utama barisan organisasi Vampire seluruh dunia. Ibunya pula manusia biasa. Kalau nak diceritakan macam mana ibu dan ayahnya berjumpa, better tak payah tanya. Sebab dia tak pernah nak ambik tahu. Apa dia tahu ibu dan ayahnya telah berkahwin pada usia muda, lalu terlanjur dapat dia. Kemudian tertangkap sebab buat hubungan terlarang antara dua dunia berbeza. Jadi terpaksa berpisah. Dan sekarang dia sudahpun capai usia matang dimana selepas ini dia bakal mempunyai kuasa dan kemahiran yang vampire lain miliki.

Dan sekarang Lissa tinggal berdua bersama Carolina. Ibu kandungnya di daerah vampire.

           "Haha...so funny. Mama tahu kan kita kena lebih berhati-hati lepas ni?"soal Lissa dengan nada kesal. Mereka berdua ni bukan kaya mana. Jadi nak lindungi diri dalam rumah yang tak seberapa ni tak la selamat mana. Tapi boleh la buat teduh panas dengan hujan.

           "Jangan risau, mama dah sedia dan faham tentang semua tu. Apapun enjoy la tahun terakhir kamu di akademi nanti. Ingat. Kalau dahaga jangan minum darah orang. Balik rumah. Ambil IV drip serta merta."

Lissa menggeleng kepala sambil tersenyum nipis. Entah berapa kali dia nak jelaskan dekat mama dia yang dia tidak minum darah. Still nama pun orang tua kan. Mana la mereka nak dengar dan fahamkan.

            "Yalah...ikut mama la. Lissa gerak dulu. Jumpa nanti."pamitnya sambil tunduk mengutip beg sandang di atas katil.

              "Okay...take care. Jangan nakal-nakal. Kalau ada budak lelaki kacau kamu, belasah mereka."ujar Carolina bernada gurau sambil tepuk belakang badan anaknya.

Tanpa tunjuk rasa risau atau takut, Lissa terus berjalan keluar dari rumah. Cahaya matahari pagi memancari seluruh tubuhnya tanpa tunjuk sebarang kesan berbahaya. Dia jalan sambil menyeluk tangan ke dalam poket.

Ya..ya

Tahu.

Pelik tak dapat nak gambarkannya.

Dia memang vampire, tapi separuh vampire, which mean....

Matahari takkan hanguskan tubuhnya jadi debu,

Atau buatkan kulitnya bersinar seperti diamond.

Atau bertukar menjadi kelawar what so ever you guys think about vampire out there.

Still, Lissa ada kemampuan yang tersendiri sebagai vampire.

Contohnya deria pendengaran dia dapat menangkap bunyi sehalus jarum pin peniti jatuh ke bumi. Degupan jantung, deru nafas manusia dan semuanya. Selain tu dia juga ada kemampuan luar biasa. Yang mana Lissa sendiri malas nak ambil peduli atau develop kan kemampuan tu. Kalau rajin baru dia guna.
Kebanyakan masa dia hanya lakukan cara normal seperti manusia biasa.

Macam manusia biasa, vampire jugak boleh mati. Kalau tak consume darah untuk jangka masa yang lama, fungsi tubuh mereka akan drop. 

Tapi untuk Lissa, dia lain sikit ceritanya.

And yeah...this is her story.

Welcome to vampire world everyone!

Welcome to vampire world everyone!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now