Part 1

215 0 0
                                    

Pandangan mata jatuh tepat ke atas puncak bukit di laluan jalan raya.  Perjalanan 8jam dari kuala lumpur ke kelantan terasa sekejap sahaja. Fikirannya masih melayang di atas kejadian semalam. Tanpa sedar air mata yang bertakung jatuh jua ke pipi yang putih mulusnya.

'siapa perempuan tu?' dengan suara bergetar menahan amukan jiwa, hannah bertanya kepada suaminya.  Matanya sarat dengan kesayuan, hati dan jiwanya  kecewa. Sakit. Hatinya sakit. 

'kekasih aku,  dia cinta pertama aku ' harris menjawab tenang. Sudah tiada apa lagi yang perlu dia sembunyikan. Terasa lagi bagus kerna perkara ini terbongkar akhirnya. Penat berpura pura.

Hannah memejam mata rapat. Ngilu rasa di dadanya. Ingin saja dia menjerit dan meraung. Namun dia bukan perempuan bodoh. Orang tak hingin dia tak hadap. Tanpa perlu dia meroyan memaksa suaminya menjelaskan perkara yang sudah jelas. Kakinya dibawa menaiki bilik tidur. Pakaian dikemaskan.

Redha.  Entah redhakah dia?  Mata dipejam tangan ligat mengesat air mata.  Sibuk melayan perasaan sendiri, telinganya menangkap bunyi enjin kereta keluar dari garaj rumahnya.

Pernikahannya dengan  harris baru sahaja mencecah 2tahun. Terasa bersyukur kerana dia belum direzekikan anak. Belum apa apa harris sudah curang atau lebih tepat. Harris kembali menagih cinta pertamanya.  Perkenalanya dengan Harris hanya sekejap, silapnya juga tidak ingin bercinta. Kesungguhan harris menjadikan dia lelaki pertama yang masuk dalam kehidupanya.  Rupanya dia silap. Harris lelaki yang melukainya kerana cinta.

Pakaian yang siap dikemas diletak di bonet kereta. Kereta dipandu laju membelah jalan raya. Fikirannya kosong, tidak tahu kemana harus pergi. Sedar sedar sahaja dia sudah melepasi tol gombak laju sahaja stereng dipulas memasuki laluan pantai timur.  Kelantan,  tempat asal usulnya menjadi pilihan. Biarlah dia merawat hati ini di kampung halaman.

Kembali ke realiti,  tangannya memberi signal ke kiri memasuki rumah banglonya itu. Dikelantan rumah banglo tidak asing lagi. Kaya atau sederhana kehidupan disini amat murah. Muka yang bengkak akibat menangis dia renung melalui cermin pandang belakang kereta. Bibirnya mengukir senyuman hambar. 

Salam diberi,  terjengul muka tua ibunya di muka pintu. Muka tua itu terkejut namun ceria melihat anaknya pulang.

'mana harris?  Balik sorang ke? ' soalanya ibunya dibiarkan tidak berjawab. Tidak bersedia menceritakan aib rumahtangganya. Di kampung nya dia hanya mahu bertenang sebelum pulang ke kuala lumpur menguruskan hal penceraian. 

'sorang je,  ada urusan, ibu sihat? Yang lain mana? ' mata dililaukan di sekeliling rumah. Kosong dan sunyi. 

' abah dan abang kau ada tu ha di kebun.  Berapa lama kau balik ni banyak beg? ' soalan ibunya dibalas dengan senyuman kelat. Tidak berasa seperti ingin menjawab soalan ibunya dia berlalu membawa barang nya kebilik.

Handphonenya dibuka,  dahinya berkerut melihat notifikasi panggilan yang tidak terjawab. 56 misscalled dari harris dari semalam. Sebak bertandang kembali ke hatinya.

Harris. Lelaki itu cinta pertamanya. Sudah menjadi prinsipnya untuk tidak bercinta kecuali dengan lelaki yang ia ingin kahwini. Siapa sangka, cinta yang tulus ini dikhianati. Tidak mungkin dia akan membuka hatinya lagi. Baginya cinta pertama adalah cinta terakhir.

Nombor harris disekat daripada applikasi whatsapp dan daripada panggilan. Nombor itu dipadamnya. Setelah menghantar notis cuti kepada tempat dia bekerja, telefonnya ditukar kepada mode tanpa gangguan.
Kaki melangkah ke bilik air. Biarlah dia meluahkan segala yang terpendam disitu.

Harris mundar-mandir di pejabat. Nombor isterinya dicall berkali kali namun tidak berjaya. Whatsapp juga hanya muncul satu tick.  Hannah... Raut wajah mendung semalam muncul dimatanya. Melamar hannah merupakan satu kesilapan. Iya, dia terdesak dan mengikuti hati.  Keluhan dilepaskan perlahan. Notifikasi daripada group mertuanya melegakan hati. Kelihatan gambar hannah elok sahaja disana. 

Ketukan di pintu mengalihkan perhatiannya. Wajah yang muncul disebalik pintu itu menghilangkan segala kejadian semalam dalam fikirannya.  Amera,  cinta pertamanya.  Senyuman manis terukir diwajah Harris. Muka cemberut itu ditatap penuh sayang.

' pergi mana semalam?  I tunggu you dekat 2jam tahu tak!? Ingat I apa tunggul? ' soalan amera dibiarkan tidak berjawab. 

' sorry I ada masalah dengan Hannah. Dia dah tahu. Dan dia lari balik kampung semalam ' muka amera berubah mendengarkan jawapan. Kelihatan wajah itu sugul sahaja.

'Hannah dah tahu?  Mesti dia benci I kan. You tak rasa ni salah ke?  I kenal Hannah,  I tak rasa dia akan mengamuk cari I. Dia akan undur diri ' jawapan dan persoalan amera biarkan. Apa yang dikatakan amera itu benar belaka. Hannah, hidupnya penuh prinsip. Peluang kedua tiada dalam kamus hidupnya.

Peluang Where stories live. Discover now