Arya kini berdiri di hadapan sebuah bangunan kelab malam milik Black Lion. Kelihatan ramai orang yang berada di tempat itu.

Tapi tidak semua orang boleh masuk ke dalam bangunan itu. Hanya orang terpilih sahaja.

Arya memandang dirinya pada pantulan cermin keretanya.

Dress hitam paras lutut cantik sahaja terletak di tubuhnya. Dia tersenyum nipis. Dia perlu yakin dengan dirinya.

Cermin kereta di turunkan dari dalam.

"Arya, kau dah cantik. Tak perlu lama-lama nak tengok lagi. Kang pecah pulak cermin kereta ni" Adrian menyakat dari dalam. Hayden yang berada di tempat pemandu hanya menahan gelak.

"Ouh iya? " balas Arya sambil menjongket sebelah keningnya.

Dengan pantas Arya menunduk ke bawah sambil mengambil sesuatu.

Pak!

Kasut tumit tinggi 3 inci itu selamat mendarat di atas kepala Adrian.

"Ouchh! Sakitlah Arya! " rengek Adrian sambil memegang kepalanya yang terasa ingin terkoyak sahaja.

"Padan muka! " balas Arya puas hati. Kasutnya di sarung semula pada kaki.

"Arya, baik kau masuk cepat sebelum terlepas apa-apa yang penting " sampuk Hayden.

Arya diam seketika. Dia manarik nafas dalam kemudian di hembus keluar.

"Okey-" balas Arya sambil memusingkan badannya menghadap pintu masuk nighclub itu.

"Kalau ada apa-apa problem, bagitahu. Don't worry Arya, this is your plan so everything will be fine" ujar Adrian yang kelihatan sudah okey.

"Yah I'm fine. Aku pergi dulu" ujar Arya lalu berjalan dengan penuh yakin ke arah pintu utama itu.

Cermin tingkap kereta itu di tutup semula. Adrian dan Hayden menunggu di dalam kereta.

Kelihatan ada dua orang berpakaian suit hitam menjaga pintu masuk.

Salah seorang dari mereka menghalang laluan Arya.

Arya berhenti di situ.

"Let me see the card" pinta lelaki cina itu.

Arya diam seketika.

"You can't come in if you don't have a card" balas lelaki cina itu.

Arya tersenyum senget. Arya mengambil sesuatu di dalam hand bag kecilnya.

Kad berwarna hitam di keluarkan lalu di hulurkan pada lelaki cina itu.

Tulisan bewarna emas itu jelas terletak di atas kad itu.

Lelaki itu memandang Arya lama kemudian memandang ke arah kad itu semula. Arya pula sudah fikir lain. Ada yang tak kena ke?

"You can go inside" balas lelaki itu.

"Thanks" jawab Arya lalu mengambil semula kad hitam itu.

Pintu di buka oleh penjaga pintu itu.

Arya melangkah masuk ke dalam. Dia lega kerana dia boleh masuk.

Mana dapat kad hitam itu? Kad itu dari barang tinggalan arwah Hilman, boyfriend Arya.

Ingat lagi ketika Hilman memberikan barang penting kepada Arya dahulu? Yah sebuah pendrive dan satu kunci.

Kunci itu lah yang boleh membuka sebuah peti besi milik Hilman. Di dalam itu banyak barang kaitan kerja dengan Black Lion. Sampai sekarang, Arya simpankan barang milik Hilman.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now