"Tak lama lagi, aku akan tahu sebab apa Hilman di bunuh. Aku dah janji dekat dia, yang aku akan balas dendam untuknya" ujar Arya perlahan di bibirnya.

Adrian diam seketika. Dia masih tidak lupa lelaki bernama Hilman itu. Satu sekolah dan sedikit rapat. Dia lah yang menjaga line saat Arya dan Hilman diam-diam berjumpa di sekolah. Kirakan dating dekat sekolah.

Waktu itu Hayden tidak satu sekolah dengan mereka. Yang pasti Hayden bawah setahun dengan mereka.

"Aku harap kau tak menyesal ambil jalan ni Arya-" balas Adrian perlahan.

"Aku tak menyesal pun Adrian. Kejap, Arya? Mana panggilan boss?" soal Arya sambil mengangkat kedua keningnya.

Adrian tersengih.

"Rindu pulak nak panggil kau Arya bukan boss" balas Adrian.

Arya tergelak kecil.

"Ye lah- waktu kau masuk kumpulan Red Phoenix tu, kau ajak aku dan Hayden masuk sekali tapi bekerja di bawah kau. Nasib baik Dragon bagi sahaja" jawab Adrian.

"Aku masuk kumpulan Red Phoenix ni bukan suka-suka, ada sebab. Kau tahu bukan? " ujar Arya.

"Aku tahu-" balas Adrian.

Arya hanya membalas senyuman nipis. Dia memandang ke arah dinding semula, melihat gambar-gambar yang mungkin menjadi targetnya.

Entah kenapa waktu itu Arya teringat kisah silamnya.

Flashback-

Hilman. Nama itu dulu pernah duduk di hatinya. Semasa zaman percintaan di waktu sekolah dahulu, benar-benar dia buta akan cinta. Hilman adalah teman lelaki Arya. Hari-hari buat Arya angau di buatnya.
Hilman sangat baik orangnya. Peramah dan romantik pulak tu. Mereka berdua jatuh cinta semasa tingkatan 4.

Semua orang kenal Hilman dan Arya waktu sekolah dahulu. Pasangan yang tidak boleh berjauhan.

Namun, hubungan mereka berdua tidak berpanjangan. Hilman telah di bunuh.

Kejadian itu selepas tamatnya mengambil peperiksaan spm. Malam itu, Hilman mahu berjumpa dengan Arya pada sebuah tempat.

Arya berasa sedikit hairan kerana Hilman jarang ingin bertemu pada waktu malam. Biasanya mereka akan berjumpa pada siang hari sahaja.

Jadi malam itu, Arya keluar dari rumah senyap-senyap dan mengajak Adrian untuk menemaninya. Berasa tidak sedap hati pula malam itu.

Adrian yang membawa moto sambil membonceng Arya berhenti di sebuah tempat tidak ramai orang. Mereka berdua berkerut dahi. Ada kedai burger di bawah pokok besar itu. Kedai lain dah tutup. Mana tidaknya sudah pukul 10:00 malam.

Arya mengeluarkan telefon lalu mendail nombor Hilman. Tidak berangkat. Katanya mahu berjumpa di situ.

"Kau pasti Hilman nak jumpa dekat sini? " soal Adrian yang masih duduk di atas motornya itu.

"Aku pasti lah, dah dia nak jumpa dekat sini" balas Arya yang tidak henti mendail nombor Hilman.

Beberapa minit kemudian. Hilman muncul di satu lorong. Hilman berlari anak ke arah Arya dan Adrian.

"Arya-" panggil Hilman yang seakan menahan kehilangan nafas itu. Berlari agaknya. Berpeluh dah satu badan bila di lihatnya.

"Hilman? Awak dari mana ni? " soal Arya sambil memegang Hilman yang seperti mahu jatuh.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now