Ada yang kena sebat nanti.

"Tidur?"Ayra terkedek-kedek mengikut langkah lelaki itu. Buatnya lelaki itu kunci dia dekat balkoni,tak ke mati kesejukan dia nanti.

Ayra melihat Faleeq mengalih Izz ke hujung katil.

Dia hanya tercegat. Takkanlah dia nak kena tidur dengan laki tu.

Kejap,dia kena berhijrah ke bilik Nisrin. Lantaklah dia nak kata pukul 2 pagi datang bilik dia,yang penting dia selamat.

Ayra mengambil bantalnya semasa Faleeq di dalam bilik air.

Semasa kalut-kalut itu boleh pula bantalnya terjatuh atas muka Izz. Dah merengek budak kecil itu.

"Shuhh,sorry sayang"Ayra menepuk belakang Izz beberapa kali sebelum Izz kembali lena.

Apa lagi,cabut lah!

"Sayang ni daripada buat abang geram tahu tak?"suara Faleeq kedengaran rapat di telinganya sewaktu dia hendak membuka pintu.

Klik

Ayra terdiam bila tangan Faleeq naik mengunci tombol pintu.

Manakala dia sudah tersandar di pintu. Mencipta jarak dengan Faleeq.

Bila masa dia ni keluar bilik air?

"Nak pergi mana?"mata mengantuk Faleeq memandangnya.

"Aaa,nak pergi.."Ayra menutup mulut bila Faleeq makin merapatinya.

"Nak pergi bilik Nisrin?"

Ayra mengangguk laju.

"No way!"

Liurnya terasa kental melihat tangan Faleeq merangkul pinggangnya.

"Sleep here,with me"

Mahu atau tidak Ayra terpaksa mengangguk. Mahu melawan,rasa kantuknya minta perhatian.

Dia hanya mengikut Faleeq ke katil.

Ugh,mission failed.

"Jangan mimpi sayang boleh lari lagi"

Serentak itu tubuhnya dipeluk erat. Dia juga rasa lembut tamparan nafas lelaki itu di lehernya.

Ayra tidak menolak. Hangat pelukan itu membuatkan dia terlena.










Tersembur air yang diminum Nisrin sewaktu melihat Faleeq turun dari tangga.

Ayra hanya pasrah. Sudah dia pesan sewaktu solat Subuh tadi turun selepas pukul 8. Ni apa kes?

"Morning"

"K..kau..kau ti..tidur dengan d..dia?"tergagap-gagap Nisrin menyoal.

Ayra menjeling Faleeq. Rasa nak hempuk dengan kuali nasi goreng ni dekat muka dia.

Eh lagi dikasi flying kiss.

Dia flying kick mamat tu nanti tahula nasib dia macamana.

"Pergi kerja cepatlah"

Nisrin bangun dari kerusinya.

"Nasib kau baik aku dah lambat. Aku tuntut balik kerja nanti"

Tidak lama kemudian terdengar pintu ditutup.

Ayra membasuh kuali setelah mengalih nasi goreng ke dalam mangkuk kaca.

"Merajuk ke?"

"Buat apa nak merajuk"Ayra menyental kuat kuali itu.

Bukan merajuk,geram. Geram tahu tak geram?

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now