"Akak tak pernah kan, a..kakk ...akakk ta...k per..nah kan..", aku tersedu sedu dengan air mata
"Apa yang aka—",Bam! kepala aku dipukul dengan sesuatu yang keras sederhana."Aduhh!", aku memegang kepala aku yang sakit dihentak.
"Fiq, akak tak suka cara kau cakap, memang elok kau nak luah semua benda , tapi tak elok bila kau nak letak kesalahan tu dekat orang lain, ramai je orang yang suka dekat sikap kau yang ramah , baik semua, tapi kalau sikap kau macam ni, akak pun tak suka Fiq, kau kena tahu tu", kata kak Emi sambil memegang surat khabar yang digulungnya tebal tadi.
"Dahlah takde guna saya duk dekat sini, akak bukannya paham sangat, terima kasih untuk penyapu tu, assalamualaikum...", aku terus keluar meninggalkan Kak Emi keseorangan.
"Afiq! , Tunggu Fiq!".
"Aku ingatkan Kak Emi bole paham perasaan aku, dia pun sama je cis aku tak bole nk mengharapkan siapa-siapa dalam dunia ni semua memang takkan pernah faham aku, arhhh sakit kepala aku fikir pasal ni".Aku runsing.
Tetiba kelibat beberapa orang pelajar senior muncul di persimpangan kelas antara tangga ke bilik guru.
"Kau Afiq kan , budak kelas 3 Permata tu, betui tak?". "Ye bang , kenapa bang ada masalah apa-apa ka?".Aku rasa tak sedap hati. "Ikut kitaorang jap , aku nak cakap sikit".kata senior yang agak berbadan tegap." Maaf bang saya ada kerja ni nak kena buat", aku cuba mengelak."Kau ikut jelah!".Baju aku diheret oleh rakan-rakan senior ke satu tempat.
Badan aku ditolak ke dinding sekolah.
"Wei Kimi budak ni ke yang confess dekat adik aku belakang sekolah tadi"."Budak ni la paan ,tadi ada la budak form sama Ngan dia duk cerita pasal budak ni , aku apa lagi bagitau dekat hg la , budak ni lah ni", kata senior berbadan gempal tu.
"Member aku sendiri!? Kau jangan bawak main, Cis!".Aku bermonolog.
"Hoii budak! aku cuba nak pesan sikit je ehh dekat kau sebelum kau nak confess dekat adik aku , tolong sedar diri tu sikit, dengan kaca mata kau , rambut sikat tepi ingat orang minat ke, orang macam kau bangla pun tak minat betul tak?". "Betul-betul"jawab kawan-kawan senior tu.
"Dari kau hidup menyusahkan mak ayah kau baik kau mati je , diorang pun tak perlu pening fikir nak bayar yuran sekolah kau daripada nak membazir dekat orang macam kau baik kau mampus je HAHA".
Aku cuba melawan balik.
"Ehhh budak ni orang bagi betis dia nak paha pulak , gaiss kita renyuk budak bagi dia ingat sikit, tapi jangan sampai mati pulak , takut nanti nak gali tak cukup tanah HAHAH".
Mungkin ni memang nasib aku , dipijak dari dulu lagi, mungkin memang lebih baik aku mati je dari menyusahkan mak ayah, bukan ada orang kisah pun kalau aku takde.
_____________________________
"Cikgu!Tu cikgu ada pelajar kena buli belakang sekolah cikgu", suara seorang pelajar perempuan membawa cikgu disiplin kedengaran dari penjuru koridor."Cis , cikgu disiplin pulak , geng kita cau dulu lain masa kita renyuk lagi budak ni , kau ingat eh budak puihh!".
Pelajar-pelajar senior itu berlalu pergi.
"Fiq kau ok tak ni, fiq buka mata Fiq..".
"Ha ha ha, drama apa ni , ha ha ha dahlah aku dah penat dengan semua plan ni dahlah aku penat..".Aku lemah.
"Fiq!"
"Kak Emi...?"
"Kenapa akak ada kat sini.."
"Akak yang panggil cikgu disiplin bila nampak kau kena kacau dengan pelajar senior tu lepas kau keluar bilik geografi."
"Kau ok tak ni?", tanya Kak Emi
"Bengkak sikit-sikit ja kak".
"Kak, Fiq minta maaf sebelum dan selepas , Afiq tak tahu nak mintak macam mana lagi , maafkan Fiq..".
"Kau ni buat macam nak mati pulak haihh, ye kak maaf kan, kau tu tak perlu nak simpan sorang-sorang tolong sekali sekala bergantung jugak dekat orang lain ok?", pesan Kak Emi sambil duduk disebelah aku.
"Ye kak..." kata aku dengan nada lemah.
"Kau tahu kan tahun ni akak nak SPM, kau pulak tahun depan nak masuk form 4 , so Fiq nanti banyak benda kau kena hadap, kawan-kawan baru, silibus baru jadi benda-benda yang kau ada sekarang ni tulah yang jadi kekuatan kau nanti. Biar kau tak banyak gelak kawan , tapi lebih banyak tangis sorang sahabat bila kau susah Fiq",nasihat Kak Emi.
"Akak , saya nak tanya...sebab akak sanggup duduk dengan orang macam saya,bantu dengar masalah... Akak suka saya ehh;)".Kak Emi tersentak. "Su..su..su..ka..suka, ehhh kau niii!"
"Aduh-aduh, sakit kak sakiittt..".Aku terhenjut-henjut dipulas perut.
"Tulah kalu akak dua tahun muda dari sekarang, rasanya saya dah konfes dah dekat akak". "Akak pun rasa akak akan buat macam tu..." kata Kak Emi perlahan. "Apa dia kak?", tanya aku."Takde pape , haihh...", Kak Emi tetiba malu macam tu.
"Ummh... terima kasih kak sebab tolong Fiq. Terima kasih sangat-sangat".
Aku dibawa ke klinik untuk menerima rawatan ringan dan dibenarkan pulang selama seminggu. Pelajar-pelajar senior yang melakukan perbuatan buli dikenakan hukuman namun tidak digantung sekolah kerana mengambil peperiksaan SPM.
Aku letih.
______________________________
Seminggu berlalu , aku masih tidak dapat hadir ke sekolah, aku nak , tapi aku tak mampu, aku nak melangkah , tapi setiap kali aku bayangkan wajah-wajah perempuan-perempuan tu aku takut, bila aku bayangkan wajah cikgu-cikgu, rakan-rakan yang akan memandang aku, aku jadi getar.
Aku masih terperap dalam bilik, aku jadi trauma setiap yang berlaku mula menghantui kehidupan realiti yang aku hadapi. Aku mula kehilangan sikap ku yang ceria, kesukaran aku dalam berkomunikasi membuatkan hubungan ibu ayah aku semakin keruh.
Tolong...
Sesiapa tolong...
Aku dah tak bole terima..
Maaf Kak Emi, Fiq tak bole nak cakap maju jaya dalam SPM...
Maaf...
Maaf...
Maaf...
- ᗰᖇ.IᑎTᖇOᐯᗴᖇT -
Hak cipta terpelihara Mujammlk 2022
YOU ARE READING
MR.INTROVERT
Teen FictionKadang kau kena bezakan manusia dengan orang tau tak. Manusia ni memang satu jenis tapi orang tu banyak jenis, Kadang kadang haiwan pun lebih kemanusiaan dari orang. Sebab kenapa aku lebih suka bersendirian , berbanding hidup dengan komuniti bergel...
PROLOG
Start from the beginning
