"Kenapa kau takut reputasi kau tercemar ke Akmal,orang perfect macam kau takut? kau suka dia kan? Cakap jelah!"
"Jangan cabar aku fiq,kau ingat aku takut ke fiq? ye aku suka Auliana Nasuha binti Azhar! Puas? Puas tak Fiq!?"
Pepatah melayu bagai gunting dalam lipatan, HAHAHA macam ni pun bole jugak ehh HAHAHA tak sangka aku akan teringat balik latihan peribasa Cikgu Mala haritu.HA HA HA...
"Cis!" aku yang berusaha mencari jarum dalam jerami.
" Dan kau tu tak sedar diri lagi kan Fiq,bukan kau sorang je sengsara dekat dunia ni, kau ingat kau je!? Kau buat alasan semua tu sebab kau pun pentingkan diri sendiri betul tak? Akhirnya , kau pun sama je betul tak Fiq?Kau mengalah pada benda yang kau minat , kau mengalah pada benda yang kau cuba, semuanya sebab kau tak bole buat macam orang lain buat macam tu?".
" Semua alasan tu sebab kau cuba nak larikan diri je kan, kau tak nak rasa hampa dan kecewa lukakan kau sebab tu kau lari,aku dah kawan kau lama dah Fiq, aku kenal kau".
"Tapi kau kenal ke aku yang sekarang Akmal , tak... kau tak kenal!". Aku menolak Akmal ke depan dengan melepaskan kolar miliknya.
"Madam Farah!", kata akmal. "Maaf madam saya tak perasan madam, maaf madam".
Aku tak perasan Madam Farah lalu dibelakang Akmal ketika aku tolak dia waktu tu. Habis buku- buku latihan bahasa inggeris berselerakan di atas lantai. Aku takut. Aku meloloskan diri dari tempat kejadian
secepat mungkin.
Akmal pula sedang menolong Madam Farah berkenaan buku-buku latihan yang jatuh tadi." Apa yang kau fikirkan Fiq, aku je satu-satunya kawan kau selama ni..." keluh Akmal perlahan.
"Apa aku dah buat...".Tekanan demi tekanan mula menghimpit. Aku tertekan. Tanpa aku sedari aku dah habiskan hampir 45 minit daripada menyertai aktiviti kelab.
"Assalamualaikum..., macam takde orang je , fuhh selama—". " Haa! Dari tadi pergi mana Fiq!?".Aku terkejut.
Sergahan kak Emi sedikit sebanyak menghilangkan rasa gusah ditambah sakit jantung yang teramat."Eh kak ni , orang bagi salam jawab la dulu, dosa kak tak jawab".
"Ye ye, waalaikumussalam... kau pergi mana tadi batang hidung tak nampak langsung, bukan selalu kau ponteng waktu kelab macam ni?" tanya kak Emi.
"Taulah kak, saya kan femes jalan-jalan sini sana , ronda-ronda dengan kawan-kawan hahaha...".
"Ouhhh..."balas kak Emi. " Yang lain mana kak?"."Diorang ada je tadi , ada ahli kelab lain ajak pergi makan jamuan , apa lagi diorang ni skip la haihh, akak jugak kena kemas bilik geografi ni, kalaulah ada yang rajin nak tolong akak ni...", mata kak Emi tepat memandang aku.
"Tetiba saya nak pergi jamuan la pulak, hehe".Cubaan aku melarikan diri tidak menjadi."Kau tak yah lari Fiq, jangan banyak songeh, nah ambik penyapu ni sapu dari depan signboard Tu". " Baik kak huhu...".Buat kerja terpaksa tanpa rela.
"Fiq...", kata kak Emi. "Ye kak , ada apa?" kata aku sambil menyapu bahagian lantai yang masih kotor.
"Akak tak tahu kau ada masalah apa , tapi kalau kau rasa nak luah, cerita je kat akak mana tau akak bole bantu, kalau kau pendam sorang-sorang benda tu tak ke mana Fiq...".
Mungkin kak Emi perasan kelakuan aku yang agak sendu, lebih berdiam, dan tak seceria selalu dengan kesan aku menangis masih melekat segar pada wajah.
"Eh takde ape lah kak, saya macam selalu ni nampak haaa!", senyuman palsu aku jelas terpapar." Takpa fiq, kau cerita ja kat akak , akak cuba bantu...,kau cuma kena cerita je",kata Kak Emi.
Perasaan aku mula menggelegak.
" Kalu fiq bagitahu pun akak bole buat apa! Akak pernah ke confess dekat orang yang akak suka lepastu kena reject!Akak pernah ke bila kawan akak yang akak paling percaya tikam belakang akak!Akak pernah ke orang pandang rendah dekat akak sebab akak takde function langsung dan diremehkan!Tak pernah kan?! .Aku meraung sekuat hati meluahkan segala yang terpendam.
JE LEEST
MR.INTROVERT
TienerfictieKadang kau kena bezakan manusia dengan orang tau tak. Manusia ni memang satu jenis tapi orang tu banyak jenis, Kadang kadang haiwan pun lebih kemanusiaan dari orang. Sebab kenapa aku lebih suka bersendirian , berbanding hidup dengan komuniti bergel...
PROLOG
Start bij het begin
