77 - new year edition

Start from the beginning
                                    

"Pft. Seriuslah?" Amirah tergelak dengan masalah suaminya itu.

Fahri meng-hm-kan saja. Orang tengah sedih, dia boleh gelak?

Tawa Amirah hilang apabila nampak suami dia macam tu, tapi senyuman masih tak lekang dari mulut, "Ehem." Dia melegakan tekak. "Awak insecure apa pulak kali ni dengan abang Azri?"

"Dia handsome, kan?"

"Handsome."

"Haih." Fahri mengeluh mendengar jawapan jujur isterinya.

"Hahaha! Awak kena tahu, handsome bukan bermaksud saya suka, Fahri."

"Awak nak cakap saya tak handsome ke?"

"Eh? Fahri paling handsome dalam dunialah!" Amirah mempertahankan.

Fahri tersenyum. Dia teringin nak tengok diri dia dalam perspektif Amirah. Apalah sebenarnya yang Amirah nampak pada diri dia? Seumur hidup dia, tak pernah sekali pun dia rasa diri dia kacak. Amirah seorang sajalah yang selalu puji dia dengan perkataan itu.

Kalau nak dibandingkan, adiknya Akmal berkali-kali ganda lebih tampan daripada dia. Bagaikan semua DNA handsome dalam genetik mama abah pergi kat Akmal sorang je, tak ada langsung pergi kat Fahri walaupun Fahri yang lahir dulu.

"Akmal handsome, kan?" Fahri tiba-tiba curious.

"Mmm, bolehlah. Tapi perangai dia, urgh, annoying gila. Macam budak-budak. Tapi senyuman dia tak charming macam awak, Fahri." Amirah terus-menerus memuji Fahri.

"Hm, berbalik pada abang Azri tadi, dia kelakar, kan?" Fahri tukar subjek.

"Kelakar."

"Haih." Sekali lagi dikeluh Fahri.

"Tapi Riri pun kelakar jugak. Macam sekarang, awak insecure pun mampu menghiburkan hati saya."

"Awak ni sadistic tahap apa, Mirah? Suka tengok saya sengsara?"

"Mana adalah! Kelakar tu pun bukan type saya."

"Dah tu type awak camne?"

"Type saya yang pendiam. Ada masalah komunikasi. Muka nampak cam tak ada life tapi bila dia senyun, senyuman dia paling cute dalam dunia. Minat anime. Suka main bola. Banyak berfikir. Tinggi. Surprisingly suka budak-budak." Amirah mula menyenaraikan satu per satu ciri-ciri perwatakan Fahri.

Fahri tergelak kecil, "Sudahlah. Bukannya hati awak yang saya nak menang. Saya nak menang hati ibu sebagai menantu dia."

"What? Awak tak nak menangkan hati saya?"

"Bukan ke saya dah menang hati awak?" Fahri bertanya.

Amirah terkedu. Selepas memproses ayat itu, Amirah tersengih kemudian mencuit pipi Fahri, "Betullah tu. Ha, jadi awak ada plan ke camne nak menangkan hati ibu?"

Fahri menggeleng perlahan, "Takde..." Dia membisik.

Amirah ketawa riang, "Apalah awak ni, Riri. Awak dah kahwin dengan saya, dah ada anak sorang dah pun. Sejak saya bawak awak jumpa ibu ayah first time dulu pun, dorang dah lama terima awak."

C | CuddleWhere stories live. Discover now