"Maaf, kami diberi arahan, dengan siapapun Puan balik. Kami hanya perlu bawa balik Puan Safa sahaja. Ini arahan dari Dato' Azham sendiri!"

"Kalau papa ada arahan! Saya pun ada arahan saya sendiri!! Bawa saya dan suami saya SEKALI!!" Kuat Safa menengking mengundang mata-mata disitu.

Reen dan Ihsan yang memang hadir awal ingin menjemput mereka sama-sama meneguk air liur.

"Maaf Puan." Terseret tubuh Safa ditarik kasar lelaki itu buat Thaqif ketap gigi. Tak semena-mena sebelah tangan tak bersalah dia cengkam kolar baju orang kanan Dato' Azham itu.

"T-Thaqif! Ni airport! Jangan buat kerja gila!" Laju Ihsan melangkah merapati Thaqif dan melerai tangan sahabatnya.

"Siapa bagi kau kebenaran sentuh bini aku?" Dingin suara Thaqif menyoal mengundang senyum jengkel lelaki itu. Lelaki bertag nama Hamdan, usianya boleh diagak seusianya juga. Dia kenal lelaki itupun kerana lelaki itu satu-satunya orang kanan kepercayaan Dato' Azham.

Tapi itu bukan lesen lelaki itu buat isterinya sesuka hati.

"Layak ke kau tanya soalan itu lepas kau rogol perempuan lain Thaqif?"

"Hamdan! Dia suami saya!" Safa tolak tubuh Thaqif menjauhi Hamdan. Ikutkan hati mahu dia hadiahkan penampar dimuka lelaki itu. Tapi bila difikir dimana mereka sekarang, turun naik juga dadanya menahan sabar.

Bunyi rengekan Saqif buat Safa berpaling sayu memanfang ke arah Thaqif yang diam menahan diri.

"Pergilah," ujarnya.

"Thaqif.." Mata Safa berkaca, jangan cakap sekali lagi lelaki itu mahu berpisah dengannya.

"Saya izinkan awak balik rumah papa. Saya akan jemput awak nanti."

"Awak jangan tipu saya!" Bergetar suara Safa sekali dengan air mata mengalir memegang hujung baju Thaqif. Seperti anak kecil yang mahu ditinggalkan ibu ayah. Itulah rasanya.

Thaqif hela nafas dalam diam.

Tangan naik mengusap kepala isterinya. Senyum pahit terukir

"Saya suami awak, tapi dia Papa awak. Dia hero pertama awak. Dia orang pertama pujuk awak sebelum saya. Pergilah, bincang baik-baik." Kata-kata Thaqif buat wajah Safa mengendur. Lemah jiwa memikirkan nasib sekali lagi dia terpaksa berpisah dengan suaminya.

"Awak cakap kita akan selesaikan benda ni sama-sama..?"

"I will. You just need to go back and rest. I'll take care everything for you."

"Go back where? You are my home!" Geram Safa dengan jawapan tak munasabah Thaqif. Kemana lagi lelaki itu mahu pergi kalau bukan disisinya?

Thaqif hela nafas berat.

"Saya akan jemput awak balik ke rumah kita nanti. Buat masa sekarang, awak baliklah rumah papa. Saya akan jagakan Saqif."

"Lama ke sekejab?" soal Safa tidak puas hati.

"Saya dah cakap awak jangan susah hati. Saya akan uruskan semuanya."

"Never, ever give up on me."

"I wont, My Queen."

Safa merengus. Sempat dia melepas rindu dengan mengucup wajah Saqif di dalam dukungan Thaqif bertalu-talu. Sementara itu mata tajam Thaqif dan Hamdan berpandangan.

"Kau sentuh bini aku..." Thaqif sentuh bahu Hamdan sebelum dia rapatkan mulut ke telinga lelaki itu.

"Mati kau.." Mata Hamdan sedikit membesar.

"Kau tahu, aku dah tak pegang nama AZ lagi? Maknanya aku bebas nak buat apa yang buat tanpa palit nama kat syarikat tu?" Kata-kata Thaqif berbaur ugutan buat Hamda teguk air liur lantas mengepal penumbuk sendiri.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now