Bahagian 1

1.6K 1 0
                                        

Haura

Akhirnya, tiba juga hari di mana aku sudah bergelar seorang isteri. Umurku sudah 28 tahun, suamiku pula 29. Muhammad Aliff Asfan, lelaki yang telah aku pilih sebagai suami. Aku sudah kenal Aliff sejak tahun pertama universiti lagi. Kami daripada fakulti yang sama tetapi tidak pernah berjumpa sehinggalah aku memasuki satu kelab yang sama dengan dia, dan dari situ kami mula rapat. Aliff menarik perhatianku dengan keramahan dan kelembutannya, air mukanya langsung tak lekang dengan senyuman. Semakin aku kenal dia, semakin aku tertarik dengan sikap periang dan penyayangnya. Dia sangat baik dengan semua orang, tak sombong, rajin dan tak suka mendominasi orang lain. Dia bukanlah orang yang hebat atau gah macam presiden society, tetapi cukuplah dia bekerja keras dalam bidangnya sahaja. Tak ada yang lebih tepat untuk aku jelaskan personalitinya melainkan seorang yang sangat menyenangkan hati. 

Setelah beberapa lama berkawan, kami kemudiannya renggang kerana sudah habis belajar. Sepanjang berkawan pun bukan rapat sangat sebab aku memang tak pandai nak rapat dengan lelaki. Tapi sebab kerja kelab persatuan punya pasal, adalah alasan untuk berjumpa dan bual-bual. Setelah beberapa lama menyepi dengan kehidupan masing-masing, kami dipertemukan semula sewaktu aku ingin menyambung masters di universiti yang sama. Waktu ni, aku masih lagi tak anggap dia lebih daripada kawan. Tapi entah macam mana selepas dah lama tak berjumpa tu, dia jadi semakin handsome. Tak tahulah aku saja yang perasan ke, tapi dia nampak lain dan aku jadi betul-betul tertarik dengan dia. Sudahlah perangai pun tip-top, ni dah makin handsome, tak ada sebab untuk aku tak suka dia. Kebetulan pula kami ada satu kelas yang sama, jadi makin rapat sebab dia selalu ajak aku dan kawan-kawan kami lepak bersama untuk study group dan sebagainya. Awal-awalnya berkumpulan, lama-lama berdua makan di cafe. Aku tak pernah tahu dan faham macam mana orang bercinta, jadi aku tak fikir apa-apa waktu tu. Aku cuma rasa, aku seronok meluangkan masa dengan Aliff. Bercerita dengan dia tak pernah habis sebab dia seorang pendengar yang bagus dan berfikiran terbuka. Aku boleh jadi diri aku sendiri bila dengan dia dan rasa sangat selesa. 

Waktu hari graduasinya, dia jemput aku datang untuk tengok dia. Aku datang dengan kawan aku untuk beri sokongan. Selepas tamat saja majlis, dia tiba-tiba confess, kata dia dah lama sukakan aku. Aku terkesima, rasa macam tak percaya, gembira, semua adalah! Yang paling terkejut, waktu dia confess tu sekali dengan dia ajak aku kahwin. Dan kemudian semuanya berlaku dengan sangat pantas. Tup-tup dah jumpa family, dah bincang semua benda. Dan sebab aku terlalu sibuk menguruskan persiapan majlis dan sebagainya, aku tak sempat untuk rasa nervous nak jadi isteri orang. Maklumlah, umur pun dah berapa, memang aku tak fikir panjang melainkan aku nak kahwin cepat-cepat dengan orang yang dah sedia elok macam Aliff tu. Mak dan ayah aku bukan main happy lagi anak dara tua mereka yang seorang ni akhirnya akan berkahwin. Memang dah lama dah diorang ungkit-ungkit pasal kawan-kawan diorang yang lain semua dah ada cucu. Aku tebalkan telinga saja. Sah, aku kahwin ni memang terus kena gesa ada anak. 

Macam yang aku cakap sebelum ni, aku tak fikir sangat pasal benda-benda ni sebelum nak kahwin tu sebab busy. Sampailah malam sebelum nikah, semua benda datang berpusu-pusu dekat kepala aku sekali gus. Dan gementar aku pun jadi menggila. Aku mula search di internet tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan peranakan dan aku, sebagai seorang dara...

Memang tak boleh dinafikan, kali pertama memang akan sakit, tapi aku perlu tahu semua risiko yang ada. Mengikut sudut saintifik, tak semua perempuan akan rasa sakit untuk kali pertama kerana struktur hymen (lapisan tisu yang berada di bukaan rahim) setiap wanita berbeza-beza. Ada wanita yang dilahirkan tiada hymen dan hubungan seksual untuk pertama kali buatnya tidak akan ada istilah 'pecah dara', dan mungkin juga kurang sakitnya. Hymen yang normal akan ada bukaan kecil berbentuk donut ataupun bentuk bulan sabit dan tepi berlekuk-lekuk dengan takuk. Tapi ada juga kes-kes yang tidak normal dimana seseorang itu tiada bukaan hymen langsung ataupun bukaannya terlalu kecil sehingga darah haid pun sukar untuk keluar. Kerisauan aku membawa aku untuk check sendiri keadaan aku dan kesudahannya membuatkan muka aku pucat lesi.

Jangan Sentuh!Where stories live. Discover now