October - Marigold

Start from the beginning
                                    

Meminta supaya dia tidak lagi mengeruhkan keadaan yang sudah berkeladak.

Pandangan Naufal berlabuh lama pada tubuh aku sebelum aku dengar dia mendengus keras. Terlihat urat-urat biru yang timbul di leher dan pinggir dahinya.

Naufal marah!

Dia melangkah mendekati kami. "Childish!" Sepatah, namun berjaya membuatkan Ayra terus tersenyap. Hilang riak manis yang cuba diukir tadi.

Baju yang Naufal pakai dia buka, lalu dia sarungkan ke tubuhku. Meninggalkan t-shirt putih sahaja di tubuhnya. Pergelangan tanganku dicapai. Apabila aku cuba menarik, dia mengejapkan pegangan. Aku ditarik untuk bangkit daripada dudukku.

Melepasi Ayra yang berdiri kaku, Naufal hentikan langkahnya. Ayra dikerling dari tepi.

"Sometimes, please use that stupid brain of yours, Ayra." Sinis suara Naufal sebelum dia tarik aku mengekori langkahnya.






AKU membasuh kepalaku sambil diperhati Naufal di sebelah. Membersihkan lendiran telur yang melekat di rambut dan juga baju.

"Kenapa kau tak lawan?"

Keras suara Naufal. Dia bercekak pinggang sambil memandang aku seolah hendak telan.

"None of your business, Fal." Suaraku dingin menjawab. Mata hanya dipasakkan ke rumput menghijau di tanah. Langsung tak bertentang dengannya.

Aku malu.

Selepas ibuku dipenjara, aku sedaya upaya mengelakkan diri daripada bertembung dengannya. Apabila dia datang ke rumah, aku langsung tidak membuka pintu. Hanya membiarkan dia terpacak di depan pintu sehinggalah dia sendiri berputus asa.

Aku malu.

Aku tak mahu berjumpa dengannya.

"Jawab soalan aku, Aleyna. I'm asking you." Seperti aku yang tak mahu menjawab, Naufal juga masih berkeras dengan soalannya.

Aku masih mengunci mulut.

Naufal berdecit. Dia mendengus panjang.

"You are freaking 18, Aleyna. Stand for your own self."

Aku tarik senyum kelat.

"Macam mana?" Aku angkat mata. Menembungkan anak mataku dengan anak mata Naufal. "Macam mana aku nak stand untuk diri aku sendiri? You tell me."

Tangan di sisi tubuh aku kepal.

"Salah aku ke bila mak aku yang bunuh orang?" Liur yang bergumpal terasa begitu payah untuk ditelan. Seolah menelan sekali emosi yang berkepul di dalam sana.

"Salah aku ke bila mak aku yang buat silap?"

Naufal tak menjawab. Renungan tajamnya mula bertukar redup.

"Salah aku ke..." Suaraku mula bergetar. Mataku mula menghangat. Ruas mata mula dipenuhi air.

"...bila mak aku bunuh ayah aku, depan mata aku sendiri?" Satu esakan yang ditahan terlepas keluar. Begitu juga dengan setitis air mata yang laju menuruni pipi. Segera aku tepis, tak mahu kelihatan lemah di hadapan Naufal.

"Is it my fault, Naufal?"

Naufal senyap.

"Kenapa semua layan aku, macam aku yang bunuh orang? Kenapa dia orang tak nampak yang aku juga mangsa?"

Flower Of The MonthWhere stories live. Discover now