********************

 Panggilan dimatikan. Hmm… pelik. Selama ini, tak pernah pula dia telefon aku dulu. Tapi hari ni, tiba-tiba Adam yang menelefonnya dulu. Malas mengambil peduli, dia focus pada wajah Syakirah di hadapannya.

            “Syakirah, so macam mana? Enti terima ya? Ana tengok walid ana dengan baba enti tadi bukan main gembira dapat jumpa semula,” ujar Aisyah. Tak disangka-sangka, Haji Azman iaitu ayah Syakirah merupakan kawan karib Haji Shahrum semasa di sekolah menengah tahfiz pada zaman mereka. Tu yang gamat rumah ni dengan gelak tawa mereka tu. Sampaikan, dalam bilik Syakirah ni pun terdengar.

            “Aisyah, ana tak sangka pula yang enti betul-betul bersemangat untuk satukan ana dengan akh Usman. Tapi, ana tengok muka dia macam tak rela je. Ana risau kalau perkahwinan ni tak bahagia, kalau ana sekadar bertepuk sebelah tangan,” balas Syakirah, terbayang wajah Usman sewaktu dia membuka pintu hadapan tadi. Agak terkejut jugak dengan kedatangan yang tidak semena-mena itu. Dan kaki itu laju dibawa ke bilik. Segan. Tangan Syakirah dipegang oleh Aisyah.

            “Syakirah, dengar sini. Ana yakin ada hikmah atas semua yang terjadi ni. Dan ana pun pasti ini adalah yang terbaik untuk akh Usman, untuk ibu bapa kita. In shaa Allah, kalau semua redha, enti pun akan bahagia. Macam ana dengan abang Adam,” tutur Aisyah, tipu sedikit untuk tetap menyatukan dua insan itu. Meskipun, ayat terakhirnya tadi diucap sebak. Syakirah mengangguk.

            “Tapi, memang setiap kali ana buat solat Istikharah, dan terus tidur. Tak lain tak bukan, wajah akh Usman yang selalu muncul. In shaa Allah, ana berharap inilah yang terbaik untuk ana. Kalau macam tu, enti panggilkan ummi sekejap ya?” soal Syakirah. Aisyah tersenyum puas. Dia menyarung purdah dan keluar dari kamar itu dengan perasaan bahagia untuk abangnya.

            “Mak cik, Syakirah dah buat keputusan. Dia minta mak cik masuk ke bilik sekejap,” bisik Aisyah pada Hajah Izzah. Wanita itu mengangguk dan tersenyum lantas berlalu ke bilik anaknya. Aisyah melabuhkan pungguh di sebelah Hajah Mardhiah.

            “Ummi, mission accomplished,” ujarnya teruja. Usman yang mendengar mengetap gigi, geram. Namun, berdebar juga dengan jawapan yang bakal diberikan pada pihaknya meskipun dia tahu Aisyah suah memastikan segalanya berjalan lancar.

            Dua beranak yang sedang melangkah penuh sopan itu dipandang oleh semua orang. Usman memerhatikan Syakirah yang memakai purdah biru itu. Tenang rasanya, sejuk hatinya. Dia bersyukur kerana Aisyah memilih yang terbaik untuknya. In shaa Allah, dia akan jaga gadis ini sebaik mungkin, tekadnya dalam hati.

            “Alhamdulillah, Syakirah setuju.” Dan tiga perkataan itu mengoyakkan bibir semua orang dengan senyuman, termasuklah Usman. Alhamdulillah. Dia menghulurkan sesuatu pada Hajah Izzah.

            “Mak cik, suruh dia sarungkan cincin ni pada jarinya. Hari ni, kami terus bertunanglah kiranya.” Dan mata semua orang terjegil, terutamanya Aisyah. Tak sangka pula yang Usman sepantas itu! Masa Aisyah tempoh hari pun, tak ada pertunangan. Terus berkahwin. Wah, hebatlah akhi!

            “Wah, bagus sungguh anak kau ni Shah,” ujar Haji Azman tergelak. Haji Shahrum sekadar tersenyum bahagia. Tak masuk dalam rancangan rasanya. Aisyah dan Hajah Mardhiah berpelukan. Dan Hajah Izzah menghulurkan kotak baldu merah itu kepada Syakirah. Syakirah tersenyum bahagia. Dia membuka kotak itu. Usman memandangnya tersenyum sambil mengangguk. Faham dengan anggukan itu, dia menarik keluar cincin itu dan menyarungkannya ke jari manis dengan perasaan indah yang sukar terungkap dengan kata-kata. Syukran ya Allah, kerana kau telah memakbulkan hajatku. Dan Aisyah tersenyum senang melihat pasangan itu. Mereka pasti bahagia.

Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz