"How bad to meet you.. What your name again? Nora?" Safa senyum segaris.

"I safa, wife Thaqif, yang juga bos di pasaraya tempat you bekerja ni." Wajah Nora serta merta berubah. Jatuh tangan wanita itu menatap Safa tak percaya. Wanita dihadapannya ini isteri Thaqif?

"Oh? Isteri yang tinggalkan suami dan anak berdua berbulan-bulan. Akhirnya dah balik? No wonder." Nora kawal riak wajah dengan perlian dilempar pada Safa.

"At least I don't abuse my workers. Your action just now can consider as work violation, sampai naik tangan. Kalau I pekerja you, dah lama I report benda ni." Perlian dibalas perlian. Pekerja yang menadah telinga sudah seperti cacing kepanasan melihat Puan Safa mereka dengan berani berlawan mulut dengan Mak Janda singa itu. Selama ini tak ada seorang pun berani nak membantah!

"Kau orang luar jangan masuk campur!" Gigi Nora terketap-ketap menutur ayat.

"You nak orang jaga perasaan you. Tapi you tak fikir perasaan orang lain. Dengan menengking pekerja dan hampir naik tangan, kononnya kau terpaling bagus. Actually, kau layak latih anjing dari latih manusia, you are much talented." Biar dia kenal Safa si mulut berbisa.

Dada Nora kelihatan naik turun cuba menahan amarah dengan kata-kata pedas Safa. Mahu dilayan penampar, perempuan itu isteri Thaqif.

"Thaqif!!" Panggilan dengan nada penuh mengada Nora buat Safa turut menoleh kebelakang memandang Thaqif mengerut dahi menghampiri mereka.

"Safa?"

"Papa!!" Safa senyum manis menyambut kedatangan suaminya dan kali ini mata Thaqif mula membulat dengan panggilan isterinya.

Papa?

Nora jenggil mata, Safa pula senyum jengkel.

"Kenapa ni? Bising-bising dengar kau orang membebel sampai ke dalam office aku tahu?" Thaqif merapati Safa.

"You tanya isteri you sendiri. Tak ada angin tak ada ribut nak masuk campur urusan kerja I. I marah lah dia, sebab I ada tanggungjawab dalam office ni. I manager kat sini. Suruh dia buang sikap kebudak-budakkan dia tu." Nora putar bola mata memandang tangan Thaqif sudah melingkar di pinggang isterinya.

"Safa..." Suata Thaqif tetap lembut menunggu penjelasan isterinya.

"Papa.. Sorry mama tak bermaksud nak ganggu papa kerja." Safa cebik bibir. Dan dengan serangkap ayat itu cukup buat Thaqif lemah lutut mahu tumbang disitu juga. Halkum sudah bergerak-gerak memandang Safa dengan mata terkebil-kebil tak percaya.

Habis hilang segala aduan Nora tadi, yang penuh dikepalanya cuma Safa!

"Sokay, pa..pa tak marahkan mama. Kalau.." Thqif garu kening. Tergagap-gagap juga dia mahu membahasakan diri.

"Kalau mama tak selesa kat luar, masuk office papa. Kat dalam banyak benda best boleh main?" Apa yang banyak benda nak main tu Thaqif oi! Bini kau tengah perang dunia kat luar ni tahu!

"Mama boleh ganggu papa buat kerja?" Safa pandang Thaqif penuh menggoda.

"B-boleh sayang.." makin Thaqif tarik pinggang Safa merapat. Dalam masa itu, habis berasap Nora di hadapan melihat segala adegan itu. Sungguh, kalau boleh dibuat andaian mahu berasap tidak beratap office itu kerana terbakar dengan amarahnya.

"Jom! Duduk luar ni panas, office Papa best.." Safa sengaja menyendeng ke dada Thaqif hingga Thaqif memaut bahunya lalu membawa Safa ke office.

Sempat Safa berpaling kebelakang menghadiahkan senyum sinis buat Nora. Tengoklah kuasa dia di dalam office itu! Tak perlu penjelasan, bos di dalam office itu boleh tunduk dengan godaanya sahaja! Padan muka!

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now