"Isteri Encik Thaqif?" Soalan Reen dibalas dengan anggukan. Dahi sedikit berkerut memandang skrin telefon. Ah lantaklah, bini orang bukan bini dia.

"Safa..." Thaqif kaku melihat Safa bangun dan terketar-ketar mahu mendekatinya. Mata wanita itu jatuh melihat Saqif yang diam dalam stroller.

Bibir Safa mula bergetar, air mata yang tadi hanya bergenang di tubir mata akhirnya luruh mengalir ke pipi. Esakan kecil mula kedengaran dan akhirnya Safa terduduk dihadapan stroller anaknya dengan bahu terhinjut-hinjut melepas tangisan.

Melihat keadaan Safa seperti itu, Thaqif laju bergerak mendapatkan tubuh isterinya.

"Safa.."

"Kenapa kau buat aku macam ni Thaqif.. kenapa? Kau tahu tak aku lelah rindukan Saqif! Tapi kau..." Safa tak dapat habiskan ayat tapi esakan yang keluar hinggalah wanita itu menekup wajah di bahu Thaqif. Perasaanya bercampur baur, dia gembira dan kecewa pada masa yang sama.

Thaqif hilang kata dan membiarkan tubuhnya dipukul tangan kecil Safa sepuas hati wanita itu.

"AIR.." Sebaik meletak gelas air diatas meja sofa, Thaqif ambil tempat berhadapan Safa yang ralit menilik wajah Saqif sambil menyusu anak itu dengan susu tubuhnya. Anak mata dilarikan ke televisyen dengan helaan nafas berat.

"Aku sepatutnya menyusukan Saqif lepas aku lahirkan dia, tapi lepas 4 bulan baru aku dapat susukan anak aku sendiri." Ruang heninh diantara mereka akhirnya diakhiri dengan kata-kata Safa. Seperti mempersalahkan Thaqif atas semuanya.

Ya perempuan tak pernah salah.

"Aku minta maaf." Thaqif memandang sekilas sebelum dia bangun ingin beredar ke dapur dengan hela nafas berat. Banyak perkara mahu diluah kenapa dia bawa Saqif lari daripada Safa, tapi biarlah dia diamkan sahaja.

Safa sudah kembali, dia tak mahu mulakan pergaduhan pula. Biarlah apapun dianggap Safa untuknya, yang penting dia lega dapat melihat Saqif ada dalam dukungan mamanya.

"Lepas ni kau merancang nak bawa Saqif jauh dari aku lagi ke?"

"Apa kau cakap ni?" Tak jadi Thaqif mahu hilang ke dapur, langkah terhenti memandang Safa dengan dahi berkerut.

"4 bulan kau sembunyikan Saqif daripada aku Thaqif! Apapun kau nak buat lepas ni, tolong jangan pisahkan Saqif daripada aku. Aku separuh gila rindukan dia..."

"Aku tak ada niat pun nak pisahkan kau daripada Saqif." Suara Thaqif mendatar.

"Habis 4 bulan tu apa?!" Tersentak badan kecil Saqif dalam gendongan Safa dengan tengkingan mamanya dan tak semena-mena anak kecil itu menangis buat Safa mula diserang panik.

"Tak... Papa kat sini sayang. Shh Saqif.. Mama tak sengaja." Laju Thaqif mengambil tubuh kecil Saqif dari gendongan Safa. Belakang anak itu diusap-usap lembut sebelum dia menghilang ke dalam bilik meninggalkan Safa termanggu sendiri disitu.

Lama Safa kelu disitu dengan rasa serba salah membuat Saqif menangis kuat kerananya. Hinggalah Thaqif kembali muncul melabuhkan duduk dihadapannya. Berat helaan nafas lelaki itu kedengaran.

"Sa-Saqif mana?"

"Tidur."

"Sorry.." Safa tunduk kepala. Buat pertama kali dia rasa tidak berguna sebagai seorang ibu.

"Aku tak sembunyikan Saqif dari kau, aku cuba nak beritahu kau Safa. Dua kali aku cuba nak beritahu, tapi pengakhirannya buat aku jadi takut." Saqif genggam tangan sendiri.

"Lepas kau bersalin, dan bila aku masuk jumpa kau. Kau terus anggap Saqif dah mati dan kau gembira dengan semua tu.."

"Jadi anak tu dah tak ada?"

"Baguslah,, aku pun memang tak sanggup lagi nak mengandungkan anak dari lelaki macam kau.."

"Inikan nak bayangkan hidup aku terpaksa besarkan anak, sleepless, faking love untuk seorang budak yang aku tak cinta.."

Dan sekarang Safa terhempap dengan kata-kata sendiri.

"Apa yang kau cakap kat aku hari itu, sama dengan apa yang Najla cakap pada aku lepas gugurkan anak kami dulu." Dan sekali lagi Safa tersentak memandang Thaqif tidak percaya.

"Banyak yang ada dalam fikiran aku masa tu Safa sampai aku tak dapat berhenti berehat dengan fikiran aku sendiri." Thaqif raup rambut sendiri.

"Aku fikirkan kau, aku fikirkan Saqif, aku fikirkan keluarga kita. Aku fikirkan nasib syarikat." Suara Thaqif kedengaran lelah.

"Sampai satu tahap aku penat, masa kau nekad tuntut penceraian dengan aku. Kat mahkamah aku cuba untuk beritahu tentang anak kita tapi kau mati-matian berkeras nak aku ceraikan kau."

"Kau beritahu aku yang kau tak boleh nak tengok muka aku lagi. Kau sakit bila tengok aku. Dan aku faham. Kau masih belum pulih sepenuhnya." Air mata Safa akhirnya mengalir mengingat waktu itu.

"Tapi kenapa kau tak beritah yang Saqif masih hidup. Mungkin aku.. aku dapat terima Saqif."

"Sebab kau cakap kau sakit bila tengok muka aku." Laju Thaqif memintas buat Safa kelu tidak mengerti.

"Aku tahu kau pernah dapatkan rawatan mental beberapa tahun lalu. Bukan aku nak fikir buruk pada kau. Cuma aku tak nak dalam keadaan kau tak boleh tengok muka aku, dan kau sendiri jagakan Saqif yang masih kecil tu." Thaqif geleng kepala.

"Too much pressure akan tambah sakit kau. Jadi aku bawa Saqif sementara kau pulihkan diri. Sumpah, aku tak berniat nak sembunyikan anak kita daripada kau."

"Kau akan lebih sakit bila tahu Saqif masih hidup dan dibawa lari dari kau. Dan kau akan sakit juga bila Saqif ada dengan kau. Kau akan faham semua ni bila kau mula kurang tidur saat Saqif menangis malam nakkan susu. Nakkan orang dukungkan dia. Ada anak perlukan komitmen dua orang iaitu ibu dan ayah bukan seorang diri Safa.

"Thaqif..." Safa sudah sebak, basah pipi dengan air mata.

"Aku tak ada pilihan. Dalam keadaan kita macam tu. Dengan kau yang sakit bila tengok muka aku. Aku dah terlalu penat berfikir sampai aku lepaskan semuanya dan bawa Saqif pergi untuk sementara waktu sampailah kau pulih dari sakit kau."

"Aku cuma nak yang terbaik untuk kau dan Saqif."

Bahu Safa sudah terhinjut-hinjut dengan wajah ditekup dengan tapak tangan memikir apa yang telah berlaku dalam rumah tangga mereka.

Mereka berdua terseksa oleh orang yang SAMA!! Najla Inayah!!

"Aku tahu, aku cuma seorang ayah dan suami yang pernah gagal.."

"No!!" Safa akhirnya duduk melutut dihadapan Thaqif dan menarik tubuh suaminya dalam pelukan. Kepala Thaqif direhatlan di bahunya.

"Maafkan aku Safa.." akhirnya dia merasa getaran suara Thaqif.

Mereka tak salah, tiada siapa yang salah. Mereka tak meminta untuk dihantar ke jalan duka itu. Cuma jalan pilihan yang ada terlalu sukar untuk ditentukan sendiri..

______

Tempat Sempurnaजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें