"MAAF SAQIF, HARINI Saqif kena teman papa kerja lagi. Tapi papa janji sekejap je, tak lama." tubuh kecil Saqif diletak perlahan-lahan ke dalam car seat. Topi comel bewarna putih disarung dikepala anaknya. Saqif kelihatan diam dalam lena kerana kekenyangan susu. Harapnya tidur anak itu lama, sampai dia siap segala urusannya hari ini.

Sampai sahaja ditempat dituju, stoller baby menempatkan Saqif didalamnya ditolak masuk ke dalam pasaraya besar di kawasan itu sebelum dia terus berjalan menuju ke tingkat atas menempatkan pejabat urusan Pasaraya itu. Melihat pekerja yang tersenyum menyambut kedatangannya, Thaqif turut membalas senyum.

"Encik Martin dah sampai?" Thaqif berhenti menolak stroller memandang salah seorang pekerja disitu.

"Dah sampai Encik Thaqif, baru je. Baby Saqif nak kami jagakan dulu ke sementara Encik meeting kat dalam?" Tawar salah seorang pekerja wanita disitu.

Kepala Thaqif tunduk memandang Saqif lena tak berkutik di dalam strollernya.

"Tolong ya, kalau Saqif meragam boleh beritahu saya." Thaqif tolak stroller pada pekerja wanita itu.

"Baik Encik Thaqif! Setakat jaga Saqif yang comel ni kami rela hati sanggup." Seorang lagi pekerja menyampuk buat Thaqjf tergelak kecil.

"Saya tinggal sekejap." Thaqif tunduk mengusap kening Saqif dengan ibu jari sebelum dia berlalu meninggalksn anaknya pada pekerja-pekerja itu. Ini bukan kali pertama, walau awalnya Thaqif agak ragu-ragu ingin menyerah anaknya pada orang lain. Tapi atas urusan kerja, dia serahkan juga Saqif dibawah jagaan pekerjanya sementara waktu.

"Kau orang rasa-rasa kan, kenapa ya Encik Thaqif jaga anak dia seorang diri? Isteri dia meninggal ke masa lahirkan Saqif?" Seorang pekerja disitu meneka. Mana tak nya, tiap kali Thaqif datang kepejabat atau kemana-mana pun lelaki itu pasti akan bawa Saqif bersama. Nasib baiklah lelaki Malaysia itu majikan mereka, kalau tidak mahu dibuang bos sebab tak profesional.

"Apa kau cakap macam tu, mana tahu isteri dia hidup lagi. Isteri dia kerja ke apa."

"Habis kalau hidup kenapa tak pernah nampak? haritu aku ada nampak Encik Thaqif shopping barang dapur, weekend tahu! Tak kan lah sampai ke weekend dia bawa Saqif kemana-mana. Tak rasa suspicious ke?" Seorang lagi menyampuk.

"Hm.. mungkin mereka dah bercerai."

"Ish mengarutlah! Kalau bercerai pasti hak jagaan budak kecil macam Saqif ini jatuh ke tangan Ibu. Sebab dia masih menyusu."

"Tapi kalau betul Encik Thaqif tu tak ada isteri, dia mesti dapat gelaran duda hot kat pasaraya ni. Mana nak cari ayah sanggup heret anak kesana sini, tak lepas Saqif dari mata dia. 1 dalam sejuta tau."

"KAU TINGGAL SAQIF kat luar ke?" Martin menyoal Thaqif yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam biliknya. Dalam kesibukkan menjaga anakpun, lelaki itu tetap nampak bergaya seperti lelaki bujang walau ada calitan bekas susu di bahunya. Mungkin angkara Saqif.

"Ya, geng office tolong jaga. Maaf buat kau menunggu." Thaqif tarik kerusi lantas melabuhkan punggung dihadapan Martin.

Martin, salah seorang rakan kongsinya dalam membangunkan Pasaraya di Singapore itu sejak 3 tahun yang lalu. Tak ramai tahu yang Thaqif mempunyai perniagaan di Singapore memandangkan lelaki itu terlalu sibuk dengan urusan kerjanya di Malaysia. Dalam kesibukkan, Thaqif tetap bersedia dengan masa depannya.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now